Showing posts with label Ulasan Isu. Show all posts

Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke?

Belumpun reda isu penghinaan pelakon seks terhadap Islam, hari ini keluar pula berita berkenaan 4 gadis Islam yang tersenarai sebagai finalis "Miss Malaysia World 2013".

Utusan Online

Waalid menganggap ini adalah satu daripada penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan juga kesucian Islam oleh ORANG ISLAM SENDIRI!

Tambahan pula, sudah di fatwakan haram orang Islam untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Berdasarkan petikan yang ditulis dalam  utusan online :

Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.
Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.
Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.
Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
Perbuatan mereka telah melanggar fatwa yang telah ditetapkan?apakah tindakan yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka?Di harapkan pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak menjaga kesucian Agama Islam.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Wallahua'lam.

Sumber berita : Utusan

Renungan : Kalau orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kesucian Agama Islam, apakah yang kita harapkan orang lain(kafir) untuk menyanjung kesucian Agama Islam?fikir-fikirkan...

[Isu Asyraf Muslim] : Apa Dapat Sibuk kat Rumah Tangga Orang?

Isu perkahwinan Asyraf Muslim sepatutnya kita tidak menimbulkan spekulasi yang pelbagai. Bila tersebarnya berita tentang perkahwinannya di Thailand, ramai yang seolah-olah menjadi 'isteri' kepada Asyraf Muslim ni. Pelbagai status,artikel blog dan sebagainya tentangnya yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya,Dayana.


Tidak lama selepas itu, isu menjadi semakin 'BOOOOMMM!!!' dengan tersebarnya status fb yang dikatakan ditulis oleh isterinya,dayana kepada Asyraf.

Inilah status itu :

Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Ramai yang mencemuh tindakan Asyraf ini, namun bagi waalid ianya sangat tidak manis untuk kita menyalahkan perkahwinannya. Lebih-lebih lagi kita seumpana 'menjaga tepi kain orang' dengan mempertikaikan perkahwinannya. Sedangkan dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin empat.

Ya,memang salah cara Asyraf berkahwin tanpa pengetahuan Isterinya,namun kita tak payahlah sibuk-sibuk menjaja-jaja cerita yang macam-macam. Tak cukup 'garam' kita tambah sikit, kemudian orang lain nak menyedapkan lagi cerita, tambah ' asam ' sikit..akhirnya timbul perkara yang boleh menjadikan sesuatu perkara menjadi lebih rumit...

Hem...memang tabiat orang kita..pantang ada benda 'hot' nak sebar!

Apa yang kita dapat?

1- Memang dapat dosa lah sebab menyibuk hal rumahtangga orang lain.

2- Dosa lagi sebab menyebarkan berita palsu(Puisi Dayana)

3- Dosa lagi sebab boleh jadi kita makin mengeruhkan keadaan

Haa...apa yang kita dapat? tidak lain hanyalah DOSA!

Banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan Allah dan kita doakan agar hubungan mereka tidak porak peranda dan dijaga oleh Allah Taala.

Wallahua'lam.

p/s : kahwin dua pun nak heboh...kalau kahwin 22 ke, 40 ke..lain cerita lah...huhuhu

Maaf kalau ada salah bicara...

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama

Buku Apakah Yg Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat Obama turun dari kapal terbang, juru gambar sempat memfokuskan lens nya ke arah buku yg di pegang Oleh Obama , Buku tersbut bertajuk (The Post- American World) yg di karang Oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria ,berasal dari India dan berkerja sbgai Wartawan Di News week International...

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yg mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mmpu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera2 Islam tersbut Bakal Meranapkan segala Usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke ats negara2 Islam setelah saki baki Pro- amerika Syarikat d negara2 Islam di kalahkan....Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pd Tahun 2008 ...sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku...
dan Nmpaknya Obama sangat mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...

Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang di Menangi Oleh Calon Pilihan Rakyat....Dr Mohammad Mursi (Ikhwan) tugasnya bukan sekadar merubah segala Sistem Peninggalan Kerajaan terdahulu Bahkan Beliau Bakal merubah Kuasa Dunia ke Tangan Umat Islam...Nasib Umat Islam Di Seluruh negara bergantung pd bahu beliau dan Pemimpin2 Islam Di Tanah Arab...Moga Apa yg Di analisiskan Oleh Penulis Tersebut Menjadi Realiti dan kenyaataan,InsyaAllah...
 
Sumber:kawan FB

KpOP tetap Haram sekalipun ditaja!

berita yang disiarkan oleh Malaysiakini(MK) yang berbunyi :

Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Drag race crash Shabery Cheek

Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta.

"Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.

Manfaat ekonomi pada semua
Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada kementerian, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.

Ketulenan surat itu bagaimanapun belum dapat disahkan pada masa ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery yakin penganjuran Hari Belia Negara 2012 itu membawa manfaat ekonomi kepada pelbagai pihak seperti peniaga, pempamer, pembekal kelengkapan logistik dan artis terlibat.
"Tahun lepas, kesan ekonominya lebih RM100 juta. Tahun ini dijangka lebih besar dari itu.

"Ertinya modal yang dikeluarkan akhirnya kembali kepada rakyat melalui kesan gandaan yang lebih besar lagi," katanya.

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu menarik perhatian sebahagian pengguna Internet di Malaysia kerana ia didakwa jauh lebih besar berbanding bayaran RM1.8 juta kepada ramai artis tempatan yang turut terlibat.

Soalnya,sekalipun kpop itu ditaja oleh orang kaya...hukum memanggil dan mempersembahkan kpop jugak haram. Kerana pertembungan dengan aturan syarak yang menjaga kesejahteraan hidup manusia dunia dan akhirat.

Anologinya mudah saja...mcm ni lah,kalau islam mengatakan DADAH itu haram...pastu si ayah beli dan sponsor dadah itu untuk anaknya?hah...amacam??!tidak ke bangang  namanya tu..

Apapun,kalau betul kita melakukan kesalahan,mengaku sajalah..daripada mencari jalan dan helah untuk menyelamatkan diri...ye..selamat di dunia...akhirat mana lepas bro...

Berkait penajaan yang besar itu...agak2 boleh perincikan tak sapa yang sponsor?,dll yang berkaitan agar tidak berlaku lidah bercabang...:)...banyaknya duit untuk panggil orang telanjang buat persembahan..kalau bagi kat mereka yang memerlukan kan bagus...huhu..bagi kat saya xpe...xde duit utk belajar ni...
wallahua'lam.

PAS Perguna Artis???

Penghijrahan artis daripada kejahilan dan kehidupan yang kurang menepati kehendak Islam merupakan satu perkara yang baik dan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan pengamalan Islam secara menyeluruh di Negara Malaysia yang tercinta.Mereka mampu menarik peminat2 mereka untuk sama-sama memikirkan hakikat diri sebagai seorang hamba yang beragama Islam.Perintah Allah perlu kita taati samada kita suka atau tidak.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Kehidupan yang fana ini ada pantang larangnya,ada panduan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Panduan yang telah diturunkan oleh Allah Taala melalui Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam. Telah digariskan bahawa ummat Islam perlu masuk ke dalam Islam secara seluruhnya berdasarkan ayat yang disebutkan,bermakna kita yang menganut agama Islam perlu menerima dan melaksanakan 100% perintah Allah dan meninggalkan 100% larangan Allah.

Puan Abby di Ceramah PAS Kuala Nerus


Penglibatan artis dalam medan politik memberikan impak yang besar terhadap perjuangan parti dan juga dapat menarik minat orang ramai memandangkan publisiti dan populariti yang dimiliki oleh artis tersebut.

Namun,agak menyedihkan apabila penglibatan artis di pentas-pentas ceramah Parti Islam se-Malaysia(PAS) ditohmah sebagai PAS mempergunakan golongan yang berubah tersebut untuk kepentingan parti.(rujuk : SINI )


Bagi saya, perihal PAS  menggunakan pentas ceramah dan menjemput artis2 sebagai pengisi ceramah bukanlah sesuatu yang dikira mempergunakan artis tersebut. Perkara ini kerana :

1- PAS mengambil peluang sebarkan dakwah.

Dalam misi PAS untuk menyebarkan dan memperluaskan dakwah kepada seluruh manusia di bumi Malaysia. Segala bentuk wasilah dan cara digunakan untuk menarik minat orang yang jauh daripada agama bagi mendekati agama Islam.makanya tidak timbul PAS mempergunakan artis untuk kepentingan parti. PAS sudah menjemput Puan Abby Abadi untuk berceramah di Rhu Muda,Marang dalam "bicara selebriti" pada 19 Mei 2012 bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir. Kalaulah betul PAS menggunakan puan Abby untuk kepentingan mereka,kenapa puan Abby dijemput lagi oleh PAS untuk memberikan ceramah di Kuala Nerus?lagipun,ceramah itu adalah selepas puan abby mengumumkan dalam twitternya bahawa dia tidak menyertai PAS?Dalam bicara selebriti di Rhu Muda pun puan Abby langsung tidak menyebut PAS...

2- PAS adalah jemaah yang membawa risalah Islam

Sebagaimana yang dijelaskan beribu-ribu kali dah oleh Tuan Guru Presiden dan juga ulama' dalam PAS bahawa perjuangan PAS adalah untuk membawa mesej Islam agar suatu hari nanti(insyaAllah selepas PRU13..tak lama dah tu..hehe), Islam akan menaungi dan memayungi rakyat Malaysia. PAS sentiasa berusaha untuk mengajak masyarakat mengenali Islam dengan lebih dekat dan meninggalkan toghut. Sebab itulah,kebanyakan artis-artis yang berubah melihat jemaah PAS adalah yang terbaik serta paling jelas dalam membawa agama Islam dan PAS jugalah yang sedang bertungkus lumus untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Tidak kurang juga dalam PAS ramai alim ulama' dan juga murobbi,mereka yang dapat membantu mengenal Allah dan Rasul serta mengajar erti hidup untuk Islam.

3- PAS guna Artis beri nasihat agama,kerajaan sekarang guna artis untuk rosakkan rakyat

Himpunan Belia Negara(HBN) yang baru sudah baru2 ini adalah satu contoh kerajaan sekarang menggunakan artis(artis juga...huhu) untuk memberikan 'santapan rohani' kepada belia2 harapan bangsa dan negara(walhal merosakkan belia),bukannya berhibur itu salah..ulama'2 sudah menggariskan cara berhibur mengikut Islam. Secara umumnya, mana terlebih baik?menggunakan artis untuk memberi nasihat kepada masyarakat, dengan menggunakan artis untuk menjahanamkan masyarakat?kata nabil...(Lu Pikir La Sendiri..hik)

4- PAS tiada Isu???

Sebenarnya berlambak isu yang ingin disampaikan oleh PAS kepada rakyat,cuma mediumnya sahaja  tiada,nak masuk televisyen?hem...memang taakkk lah...radio?lagilah...Akhbar utusan,berita harian?juga sama,macam tunggu bulan jatuh ke ribalah jawabnya...oleh itu,hanya pentas ceramahlah yang menjadi satu2nya medium penyampaian bagi menjelaskan isu2 semasa,penerangan,mendedahkan penyelewengan dan kebobrokan pihak kerajaan dan sebagainya.

Justeru itu,saya langsung tidak melihat PAS menggunakan artis untuk kepentingan parti semata-mata,bahkan penyebaran dakwah islam itu menjadi agenda utama PAS. Sesiapa sahaja boleh digunakan untuk menyebarkan dakwah Islam kerana ianya tuntutan Allah kepada hamba-hambaNya yang berakal. Sebenarnya kamulah(kerajaan) yang tiada isu dan oleh kerana tiada isu,kamu menggunakan keterlibatan artis dalam medan dakwah sebagai isu politik kerana kamu melihat apabila masyarakat mula nampak Islam yang sebenar,maka perjuangan parti PAS lah yang lebih Islamik berbanding apa yang kamu laksanakan untuk Islam..

Wallahua'lam...

Tidak Perlu Buruk Sangka Artis Berubah!


Pelik...ya pelik,teramat pelik...hairan bin ajaib...

Inilah yang berlaku di negeriku...seorang exco pendidikan membimbangi senario artis berubah dan berada di pentas2 ceramah akan memberi kesan negatif kepada para pelajar.

Pelik Bin Ajaib!

Yang menjadi kepelikan bukanlah isu artis itu berubah..tetapi melihat kepada kecenderungan mereka terhadap perjuangan Parti Islam se-Malaysia(PAS). Itulah yang menjadi kepelikan sebenarnya. Agak-agak kalau artis berubah dan berada di pentas2 UMNO,rasa2 timbul tak isu kesan negatif kepada pelajar ni?(ingat tak HBN aritu?artis yang diorang panggil macam mana ye?hihi....)

Janganlah memandang serong terhadap mereka yang nak berubah,kata-kata sebegini boleh mengendurkan semangat seseorang untuk mendekati kebaikan. Artis nak menyokong@mendokong perjuangan mana-mana adalah hak masing-masing yang mana berdasarkan penilaian seseorang terhadap sesuatu perjuangan. Artis merasakan dalam PAS ramai ulama' dan golongan agamawan yang dirasakan lebih dekat untuk membawa mereka ke jalan yang diredhai Allah,itulah ciri-ciri yang ada dalam perjuangan jemaah Islam.

Jemaah Islam yang menjadi anutan dan dokongan para perjuang Allah mendidik ahlinya dengan acuan yang menepati manhaj nabi S.A.W agar ahli2nya sentiasa merasakan diri mereka akan dihisab dan dipertanggungjawabkan dengan setiap yang dilakukan dimuka bumi ini. - [Tarbiyah a.k.a didikan ini diserapkan oleh jemaah PAS dalam Usrah dan Program2 kerohanian etc : Qiamullail,Munajat dsb.]

Lagi Artis serah borang sertai PAS


"Ahmad Razif mungkin tidak pernah tahu Hadis yang sangat popular bagaimana taubat seorang pembunuh yang telah membunuh 99 nyawa yang kemudiannya mahu bertaubat. Akhirnya beliau membunuh lagi menjadikan 100 nyawa. Namun, Allah masih menerima taubat si pembunuh tersebut.

Juga di luar sana terdapat banyak kisah-kisah taubat yang mampu membuat si pendosa merasai pintu taubat sentiasa dibuka. Antaranya kisah taubat tokoh sufi Malik bin Dinar yang sebelumnya terkenal sebagai kaki maksiat. Kisah-kisah taubat sepatutnya sentiasa diceritakan, diulang dan dijadikan peringatan kepada masyarakat di luar sana." - kenyataan DPPNT(Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu)-
BO

*********************
Permata : aduyai exco pendidikan...kesian betul la...huhu

Isu BERSIH Makkah & Madinah

Riuh isu BERSIH 3.0 yang diadakan di Makkah dan Madinah..saya agak tidak mempercayai apa yang diwar-warkan oleh pihak media berkenaan kuota jemaah haji akan dikurangkan...dalam mencari-cari ulasan yang berkaitan,saya terjumpa satu blog yang menceritakan keadaan sebenar BERSIH 3.0 di sana. Kejadiannya sama seperti yang berlaku di bumi Kinanah,Mesir tempoh hari. Jalan ceritanya lebih kurang dan seolah-olah ada 'tangan tersembunyi' di sebalik kejadian yang berlaku.

ini ulasannya oleh Yeopmadiny...

Isu bersih 3.0 meletup diseluruh Negara, tetapi antara yang menjadi perhatian dan menimbulkan kontroversi sehingga kini ialah demontrasi di mekah dan madinah, sehingga kononnya menyebabkan kuota bakal haji Jemaah Malaysia bakal dikurangkan @ visa mereka bakal disekat  dan sebagainya. Adakah ianya sesuatu yang reality ataupun ianya provokasi oleh golongan-golongan tertentu, memandangkan tiada langsung berita rasmi daripada pihak kerajaan Saudi yang menyebutkan hal demikian.? Ataupun ianya memang sengaja dirancang dan diperbesarkan dengan melaporkan pelbagai cerita tokok tambah? Segala kemungkinan boleh terjadi memandangkan aura Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir.

Saya menyelidiki sendiri kes mereka yang terlibat dalam demo bersih mekah dan madinah. Bagaimanakah bentuk demontrasi bersih versi mekah dan madinah? Adakah kalian terkinja-kinja dan berarak disekitar masjid @ bertawaf? Hinggakan kedapatan mulut-mulut ganas yang menggelarkan kalian sebagai mulhid (tiada agama)? Walaupun jauh disudut hati kurang bersetuju aktiviti demontrasi bersih di tanah haram kerana suasana dan tabiat Negara Arab Saudi yang berbeza, tetapi ianya telah berlalu dan berlaku.

Akan tetapi rupa-rupanya demontrasi versi Mekah dan Madinah itu hanyalah SESI BERGAMBAR BAJU KUNING DENGAN BANER BERSIH sebagai sokongan kepada tuntutan sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap system pilihnraya yang adil dan bersih. Bukan sekadar itu, bahkan peserta ambil gambar bersih di masjid perkarangan masjid nabawi dilihat biasa sahaja oleh polis-polis masjid nabawi sepertimana lazimnya orang yang mengambil gambar kenangan. Dimanakah kononnya ucapan menghasut orang-orang arab untuk melakukan arab spring dan sebagainya? Maka nampaklah bahawa ianya adalah propanganda yang sengaja diperbesarkan oleh segelintir orang yang punya motif tersendiri.

Semua orang punya hak untuk berbeza fahaman dalam politik dan dalam perkara-perkara yang bukan usul agama. Mengapakah seolah-olah bersih versi Mekah dan Madinah dicanangkan oleh mereka sebagai kelakuan khawarij, mulhid dan penjenayah dan sebagainya? Saya berpendapat bahawa apa-apa yang dipaparkan melalui akhbar umum di Malaysia adalah hasil daripada tangan-tangan jahat yang mahukan supaya diambil tindakan buruk kepada peserta bersih di Mekah dan Madinah. Pena minang dan abu akif telah memainkan peranannya melalui kerjasama beberapa kerat pelajar Madinah yang berfahaman tertentu untuk melaporkan sesuatu yang kurang jelas kepada kedutaan Saudi di Malaysia. Kononnya kedutaan Saudi mahukan maklumat lengkap peserta bersih. Maka, caranya ialah menggunakan beberapa individu yang boleh mempengaruhi Duta besar Saudi di Malaysia untuk menakutkan dan kalau boleh mengambil tindakan undang-undang kepada peserta bersih versi Mekah dan Madinah.

Amat peliklah manhaj yang digunakan oleh puak-puak  yang  mendakwa bermanhaj salaf ini dalam menangani kepelbagaian fahaman politik di Malaysia semata-mata mahu menunjukkan dan membuktikan sokongan tebal mereka kepada pemerintah. Mungkin sebab itulah saya tidak perlu hairan apabila ada seorang pelajar agama keluaran university yang membuat kenyataan bahawa mengundi selain daripada parti BN adalah haram dan dianggap sebagai khawarij kerana ianya sama dengan menggulingkan kerajaan. Amat memalukan kenyataan seperti ini. Adakah dia ini tidak faham system demokrasi yang dia sudah hidup dan dibesarkan semenjak lahir hingga kepada umurnya sekarang ini?

Pelik sungguh manhaj yang mereka gunakan dalam berdepan dengan suasana politik demokrasi Malaysia! Adakah mereka mahu mendekatkan diri kepada pemimpin-pemimpin tersebut dengan alasan dakwah? Jika itulah sebenarnya tujuan mereka, maka sangatlah dialu-alukan, semoga para pemimpin yang rosak itu akan berubah dan melakukan banyak perubahan positif di dalam Negara. Tetapi sangatlah dikhawatiri jika mereka itu terjebak kepada kancah kepura-pura dan amibil mudah sehingga mereka dituduh pula sebagai golongan Murjiah. Ianya akan menyebabkan amalan Nahi munkar terpadam daripada kamus pemikiran jika kesalahan itu dilakukan oleh para pemimpin. Maka konsep menegur pemimpin mestilah secara sir di war-warkan dan mengharamkan secara mutlak teguran secara jahar dalam apa jua keadaan. Semoga mereka dan kita semua diberikan hidayah dan taufik Allah.

Suka saya nyatakan disini kepada mereka yang berniat buruk terhadap mereka yang mengambil gambar bersih di Mekah dan Madinah bahawa tindakan kalian ini adalah sesuatu yang melanggar hak mereka untuk menyatakan pendirian mereka. Tindakan kalian ini adalah perkara yang berbentuk fitnah jika laporan yang tidak tepat itu disertakan dengan tokok tambah dan kenyataan-kenyataan berbau permusuhan. Insaflah, bahawa kalian semua dan kita semua akan dihisab dan dihitung dihadapan Allah Rabbul Jalil. Tiada satu perkara pun yang akan terlepas dan tidak dihakimi. Jika kalian beriktikad demontrasi di Negara demokrasi adalah haram secara mutlak sedangkan ianya masih dalam urusan ijtihad, berpadalah dengan memberikan hujjah tanpa memaksakan orang lain kepada fatwa dan pandangan tersebut. Lagi pulak demo versi Mekah dan Madinah hanyalah sekadar MENGAMBIL GAMBAR BERSAMA BANER BERSIH! Wallahu A3lam.

*****************

Permata : Oleh itu,kita semua boleh fikir dan agak apa yang cuba dilakukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan terhadap peserta BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah...wallahua'lam.

Bila Orang Cina Terkejut Org Islam Kata Tok Guru Kafir.



Cikgu Lau Chin Chua kata: Orang melayu yang mengaku dia Islam, yg tak tinggal sembahyang dan puasa, mengaku tok guru Umno, tapi kata Tok Guru Nik Aziz tu Kafir? Ambo pun pelik. Ambo ni kafir, tapi bukan kafir harbi ni pun pelik, ambo rasa dia ni berat pada ambo lah.

Ramai tu gak pakat bui bunga kat polis, tapi peserta baju kuning ni jahat, polis sepak, nyer siku kat dia.

p/s: Guano gamok set kito terrr? Tak malu ko kat ore cina ni? adusss..malu ambo....


Permata : mudah-mudahan Allah memberi hidayahNya kepada cikgu Lau Chin Chua untuk memeluk Islam.aamin...kalau orang cina(kafir) memahami Islam yang sebenar,nescaya mereka tidak akan menentang Islam...:)

Majoriti Melayu : Selamatkan Melayu @ Selamatkan UMNO?

Pening membaca ulasan dan penerangan oleh saudara kickdefella berkenaan majoriti melayu dalam parlimen...begitulah yang diwar-warkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan kiranya pembangkang mengambil alih kerajaan Malaysia,akan melenyapkan orang Melayu..namun,penerangan dan statistik serta data yang saya rasa cukup lengkap dapat menangkis tohmahan tersebut, saya masih lagi samar dengan ulasan yang diberikan,maklumlah...kurang sikit bab2 statistik2 ni,hehe..tapi,point utama yang dapat diambil daripada ulasannya ialah,kiranya pembangkang dapat menakluk Malaysia dalam PRU 13 nanti,insyaAllah...majoriti Melayu dalam Parlimen tidak akan susut,bahkan akan semakin gagah.

Kalian boleh membaca ulasannya seperti berikut :

PARLIMEN Sheet1

Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti  komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.
Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP  bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat  Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.

KOMPOSISI PARTI 2004

KOMPOSISI PARTI 2008

Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%.

Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.
Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.

Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.

MALAY GOV 2004

MALAY GOV 2008

Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008

Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.

PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya.

Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi.

Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.

Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’ Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.

Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.

Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%.



MALAY OPPS 2004
MALAY OPPS 2008

Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.

Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?

Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring?

Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah?

Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO

Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.

PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.

Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.

Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti.

OVERALL 2004
OVERALL 2008

Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu

Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu.
Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.

Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.

Pandangan Saya Terhadap BERSIH 3.0

Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.

Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.


p/s : pandangan ini adalah dari saudara Hilal Asyraf..namun,saya mempunyai pendapat yang sama dengannya..cuma xpandai nak buat ulasan je..hehe..kira acila ye..:)...wallahua'lam..

Denda Melahirkan Keinsafan Setelah Kesalahan

Iqob atau dalam bahasa melayunya adalah bermaksud DENDA. Denda adalah satu cara 'mentarbiyah' seseorang setelah dia melakukan sesuatu kesilapan. Sememangnya manusia memerlukan kepada balasan denda ini kerana memang menjadi sunnatullah bahawa manusia sentiasa melakukan kesalahan sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam : 

   «كل ابن آدم خطاء، وخير الخطَّائين التوّابون »

Maksudnya : "setiap anak adam(manusia) melakukan kesalahan,dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat."




Allah S.W.T juga mengazab(menghukum) kepada hamba-hambaNYA yang melakukan kesilapan dengan di ancam pelbagai seksaan dan balasan di akhirat kelak. sebagaimana firman Allah Taala ;

   
 إِنَّ اللّهَ سَرِيعُ الحِسَاب

firman Allah lagi yang membicarakan tentang azab dan balasan ; 

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَاراً كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ, إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزاً حَكِيماً (56) النساء.


ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَـاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ, وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَـابِ (13) الأنفال.


Dapat difahami bahawa tujuan denda atau iqob adalah untuk 

  1. Melatih untuk meningkatkan Taqwa kepada Allah
  2. Mendisiplinkan seseorang dan juga untuk menyedarkan mereka dari kesilapan,kelalaian yang dilakukan. 
  3. Memberi pengajaran kepada orang lain
  4. Supaya manusia tidak lari dari landasan islam yang sebenar.

Oleh itu,sesuatu denda sepatutnya melahirkan perasaan 'gerun' dalam diri pesalah...denda bukan hanya semata-mata satu tindakan  untuk menampakkan sesuatu badan atau jawatankuasa membuat tugasan.namun di sana adanya perkara-perkara yang lebih mustahak iaitu asal hukuman denda dijatuhkan.

Sesuatu pihak yang mempunyai kuasa seharusnya lebih mengambil berat akan perkara ini supaya proses mentarbiyah dan mendidik pesalah-pesalah agar kembali kepada Islam yang sebenar. 

Semoga Allah taala memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita yang melakukan kesilapan di atas muka bumi ini,ingatlah,walaupun pihak berkuasa di bumi tidak nampak maksiat dan kesalahan yang kita lakukan,jangan kita lupa 'pihak berkuasa tetap' yang ada di kiri dan kanan kita iaitu raqib dan atid yang sentiasa mencatat amalan-amalan kita baik amalan kebajikan mahupun kejahatan. Mahkamah akhirat lebih dahsyat perbicaraannya dan lebih azab hukumannya..wallahua'lam 

Jadi 'HERO' dan 'HEROIN' yang BerAKAL

Kesekian kali kita mendengar tangkapan demi tangkapan,siasatan demi siasatan dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang entah bagaimana yang difikirkan oleh mereka, mereka bukanlah orang yang tidak berpelajaran,bahkan di antara mereka adalah golongan mahasiswa dan cerdik pandai.

Gambar Mahasiswi yang baru ditahan dek ugutan terhadap PM


Mungkinkah kecerdikan mereka menghalang pemikiran dengan baik dalam membuat sesuatu tindakan?.

Sebagaimana yang kita ketahui,para hukama' pernah menukilkan :

الحق بلا النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Benar, jika kita mahu melaksanakan sesuatu tindakan,tidak kiralah apa jua bentuk tindakan samada untuk kepentingan sesebuah gerakan,mahupun yang melibatkan urusan peribadi, apa yang perlu di utamakan ialah 'akal' atau pemikiran yang waras. dan akal tersebut mestilah dipandukan oleh iman.

bukannya sesuatu tindakan diletakkan hawa nafsu dalam menentukannya kerana nafsu akan mendorong manusia kepada kejelekan atau perkara yang dimurkai Allah.

Mahasiswa yang ditahan juga kes ugutan tempoh hari


Sebelum ini kita dikejutkan dengan ugutan bunuh oleh seorang mahasiswa kepada Perdana Menteri Malaysia..hari ini kecoh pulak berkenaan isu seorang mahasiswi yang ditahan untuk disiasat dek ugutan bunuh kepada PM di dalam laman sosialnya.

Entah apa yang mereka fikirkan. pada pandangan saya,diorang hanya main-main dan ingin menunjukkan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan Dato' Seri PM, namun bukan begitu caranya... Negara kita mempunyai undang-undang. perkara ugut bunuh ni bukan sesuatu yang main-main sedare.

Saya melihat anak muda khususnya mahasiswa/wi kian hari semakin bangkit menentang kebatilan,namun biarlah kebangkitan yang diaplikasikan biarlah yang mengikut flow dia dan bukannya membuta tuli. Antara tindakan yang boleh kita lakukan kalau benci sangat dengan kerajaan sekarang, realisasikannya pada PRU-13 nanti..hehe

Selain itu,tindakan yang relevan buat masa sekarang ialah memberi penerangan tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang. sungguh,di luar sana ramai yang masih berada di bawah tempurung,lagi-lagi mereka yang tidak terdedah dengan kecanggihan moden,hanya berharap dan ber'iman' dengan media massa yang kebanyakannya pro kerajaan. tiada kebebasan media untuk pembangkang dan surat-surat khabar yang sudah terbukti menjadi agen pemutar belit.

Oleh itu,tugas kita@mahasiswa untuk bertungkus lumus mengeluarkan masyarakat dari kepompong 'jahiliah moden'  ini. Jangan bertindak sembarangan yang boleh memakan diri,rugi sahabat-sahabat...tenaga kalian boleh digunakan dalam banyak perkara lagi. Kalau ditangkap,dihumban dalam penjara..kalian juga yang merana.
 Gunakanlah segala kemahiran yang ada untuk menyedarkan masyarakat agar tidak tertipu dengan kerajaan sekarang. 

Pendek kata, marilah sama-sama menjadi 'HERO' @ 'HEROIN' yang ber'AKAL'...buat sesuatu dengan berlandaskan perancangan dan  secara ber'JEMAAH' bukan INDIVIDU...

عليكم بالجماعة فإن الجماعة رحمة والفرقة عذاب

Bagi kalian berjemaah(berkumpulan) kerana berjemaah itu adalah Rahmat dan berpecah itu azab
wallahua'lam.

Saiful Bukhari dan KBSB - Pendedahan eksklusif untuk keadilan



Walaupun isu liwat DSAI sudah terbukti dan telah dikeluarkan keputusan rasmi oleh mahkamah,masih ada lagi sebahagian besar golongan-golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa DSAI tidak bersalah. Maklumlah, setelah dimomok-momokkan dan disumpah seranah sebelum ini serta pelbagai gelaran dimaki hamun kepada DSAI tanpa mengingat akan Allah yang maha Agung dan Maha Mengetahui segala sesuatu.

"Seumpama meludah dan perlu jilat balik ludah itu." begitulah mereka-mereka ini, jika EGO mereka tinggi,sudah tentu sukar untuk mereka menarik balik makian,cacian dan tohmahan serta fitnah yang digembar-gemburkan selama ini. Amat besarlah kesilapan yang dilakukan sekiranya masih belum BERTAUBAT dengan dosa-dosa yang mereka lakukan.

Saya terbaca satu post pendedahan yang dilakukan oleh 'pekerja2 amal' kebenaran yang mendedahkan secara eksklusif berkenaan laman fanpage 'Kami Benci Saiful Bukhari' atau KBSB dan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa Saiful Bukhari Azlan(SBA) hanya memfitnah semata-mata dalam kes liwatnya.

sahabat-sahabat boleh membaca pendedahan eksklusif tersebut di sini[KLIK SINI] :

sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,silalah ambil masa dan baca dengan teliti bukti-bukti dan keterangan yang diberikan,jangan kita menjadi orang-orang yang hanya mendengar khabar dari mulut-mulut sebelah pihak sahaja tanpa kita memerhati dan mengkaji sendiri.

Semoga kita semua terhindar dari BAHANA fitnah kerana ianya lebih dahsyat daripada memBUNUH.

Ayuh, Kembalilah kita kepada Allah dan Rasulnya sebagaimana sekiranya kita ada kekhilafan dan perbalahan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :" sekiranya kamu bercanggah dalam sesuatu,maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya"-ayat

wallahua'lam.


Permata : asalnya nak copy paste je artikel tuh..tapi panjang sangat dan banyak gambar serta video yang disertakan...bolehlah melawat ke sana..bleh 'up'kan traffic amenoworld..hehe...massalamah!


Biarlah Berpada-pada

Gambar suspek : seorang pelajar USM
Saya terbaca dalam Malaysiakini(MK) berkenaan seorang pelajar ditahan polis akibat mengeluarkan ungkapan atau ugutan 'bunuh' terhadap Perdana Menteri malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam facebooknya seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Macam-macam yang berlaku sekarang,bagi saya,kemungkinan ayat yang ditulis di FB pelajar itu menggambarkan kemarahan dan ketidakpuashatian terhadap pemerintahan PM sekarang ini. dan bukan betul-betul mahu letupkan helikopter yang akan dinaiki oleh PM..

Jika difikir dari segi logik..takkanlah orang nk bunuh orang,dihebah-hebah dan diwar2kan untuk pengetahuan umum..amat tidak bijaklah jika dia berbuat demikian.apapun,kita tunggulah keputusan siasatan Polis nanti..Semoga pihak polis dapat membuat keputusan yang baik,insyaAllah.

Satu perkara lagi yang menjadi tarikan kepada saya ialah Notis Saman yang dikeluarkan terhadap dua orang blogger yang saya menganggap sangat over dalam sudut 'kebebasan bersuara' di laman webnya dengan menggunakan kata-kata kesat dan lucah serta terdapat artikel-artikel yang berunsur fitnah.

Mereka yang saya maksudkan ialah PAPAGOMO dan PARPUKARI, boleh lihat berita berkenaan notis saman mereka di (sini)

Sebagai peringatan bersama,gunakanlah kemodenan dan kemudahan masa kini,khususnya media massa,alam maya untuk kita menjalankan 'AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR' serta menyampaikan maklumat yang benar lagi tepat kepada semua lapisan. Tidak kiralah berbeza pandangan mahupun parti politik.

Sememangnya,setiap apa yang kita buat,yang kita tulis...semuanya akan dikira kelak di hadapan Allah Taala.

Pada pandangan saya,mungkin sebab inilah,ramai yang mengambil jalan selamat dengan menggunakan laman blog,facebook,twitter dan sebagainya dengan perkara-perkara yang berlegar rutin harian masing-masing. Tiada masalah,cumanya biarlah berpada-pada. Jangankan apa yang di dalam 'kain' kita juga diceritakan untuk pengetahuan umum. Kan tidak elok..


Akhir kata, sama-samalah kita gunakan kemajuan yang kita kecapi sekarang untuk meninggikan kalimah 'LA ILAHA ILLALLAH' dan juga untuk memartabatkan ISLAM di persada dunia,insyaAllah.

DSAI bebas - Pemfitnah,Pemaki Hamun?Apa Nasib Mereka?

Dunia hari ini gempar dan panas dengan pengumuman kes tuduhan meliwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI), hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa DSAI tidak bersalah dah terlepas dari pertuduhan,memang satu kejayaan dan kita boleh kata bahawa mungkin keadlilan telah berpihak pada yang hak.

Namun,al-faqir sedikit curiga dan masih was-was dengan keputusan yang di war-warkan pada hari ini,bukan makna kata al-faqir percaya tuduhan DSAI melakukan kesalahan tersebut,cuma...sedikit terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan..

Melalui pemerhatiaan al-faqir selama ini,kemungkinan kes DSAI dibebaskan adalah tipis berdasarkan ulasan-ulasan,bukti2 yang dikemukakan,serta tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah blogger, dan kaki alam maya terhadap DSAI amatlah berat dan seolah-olah sudah terbukti yang DSAI.

Dua tahun lebih tuduhan2 liar,cacian,umpatan dan sebagainya diberikan kpd DSAI,cukup untuk membuatkan timbangan pahalanya berat jika ternyata DSAI tidak bersalah,bahkan hari ini mahkamah sudah memutuskannya..apakah mereka yang bertindak liar sebelum ini akan memohon maaf dengan DSAI dan akan dikenakan QAZAF(hukuman yang dikenakan ke atas pemfitnah zina jika tidak mampu menghadirkan 4 saksi yang layak)?.

Ketahuilah,kesilapan yang kita lakukan terhadap seseorang manusia tidak akan terhapus dengan memohon ampun daripada Allah semata-mata,bahkan perlu mendapat kemaafan dari manusia terlebih dahulu. al-faqir berharap mereka yang pernah melakukan kesilapan sedar dan memohon kemaafan sebelum dicabut nyawa oleh YANG MAHA ESA.

 Permata : curiga dengan permainan politik yang mendatang...walaubagaimanapun,al-faqir menyokong serta mengharapkan keadilan dalam segenap aspek di negaraku yang tercinta,baik politik,kampus,kerajaan, dan sebagainya...berpolitiklah dengan cara matang dan bukan dengan cara yang mudah dan jijik..wallahua'lam

HUDUD : ANTARA 'TIDAK MENYOKONG' DAN 'MENGHALANG'

Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya.
Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR.

Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini.

Pendirian PR dalam memperakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 membuktikan PR telah bertindak dengan penuh cermat dan berhemah dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu pelaksanaan hudud.

Perakuan ini bermakna PR memperakui bahawa undang- undang jenayah syariah yang dilulus oleh kedua- dua dewan negeri telah melalui prosedur yang betul, menepati kehendak dalam sistem demokrasi.

Sehubungan itu, perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, dan Enakman Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sekarang ialah sejauhmana kesediaan pusat untuk memberi kebenaran untuk pelaksanaan merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang dibawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama.

Kini terpulanglah kepada kerajaan Kelantan bagi menggazetkan undang-undang tersebut.



Antara “Tidak menyokong” dengan “Penghalang”

PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal ini dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka.

DAP berpendapat ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.
Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguat-kuasakannya.

Jadi jelas, yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun, dan bukannya DAP. DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf.

Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya.
Tambahan pula, dengan kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Namun responnya mengecewakan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan mereka dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai 'damage control' ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah.

Pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.



Hipokrit Umno dan BN

Kini, sikap menghalang Umno itu bertambah nyata kini apabila berhadapan tekanan dari MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN) seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu. Tapi, tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu. Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?

Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia.

Sikap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bilakah Umno akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini? Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno.



Hudud bukan isu politik

PAS ingin tegaskan bahawa isu hudud bukanlah isu politik tetapi ianya tuntutan syarak ke atas kerajaan yang memerintah. Kerana itu, kerajaan Kelantan secara konsisten telah melakukan pelbagai cara bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap kewajipan menerima dan melaksanakannya selama ini.

Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud telah diadakan setiap tahun. Kerana itu, bilamana isu hudud timbul dan dipolemikkan oleh media Umno, rakyat Kelantan samada Islam atau bukan Islam langsung tidak termakan dengan polemik tersebut, kerana mereka telah biasa dengan isu ini.

Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan perkara ini berpuluh kali bahawa beliau ingin melaksanakan sistem perundangan syarak ini kerana amanah yang terpikul di atas bahunya di akhirat.

Bahkan, kalau diamati beberapa langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembangunan Kelantan selaras dengan syarak tidaklah menguntungkan politik PAS di Kelantan - sebagai contoh tindakan menutup premis perjudian, kelab malam, disko dan menghadkan penjualan arak; semua ini dari sudut politik ia bukanlah menguntungkan PAS.

Natijahnya taukeh judi, kaki judi, disko dan lainnya tidak akan memberi undi kepada PAS, kerana mereka akan menentang peraturan ini. Namun, kerajaan Kelantan terus melaksanakannya semata-mata kerana tuntutan syarak.

PAS melihat keputusan yang telah dibuat oleh PR memberi ruang pengiktirafan dalam lingkungan demokrasi. Keputusan rakyat Kelantan untuk menerima PAS sebagai parti yang mewakili mereka, serta tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 adalah hak dan dalam bidang kuasa mereka.

Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak perlembagaan atau berlawanan dengan kehendak perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.



Jaminan PAS

PAS akan cuba menegakkan syariat Allah sedaya upaya dalam kerangka demokrasi yang ada. PAS sesekali tidak akan menjadi seperti Umno yang mengalah terus untuk menunaikan syariat Islam tanpa sebarang usaha yang ikhlas. Orang yang sikap mengalah tidak akan mencari jalan penyelesaian. Maka dengan Umno, masyarakat Islam bolehlah lupakan sahaja syariat Allah dapat ditegakkan.

PAS memberi jaminan tidak akan memaksa orang bukan Islam menerima hudud secara paksa. PAS juga ingin menegaskan di sini, hudud hanya melibatkan orang Islam sekiranya ia dapat dilaksanakan dalam kerangka demokrasi yang ada.

Namun, diharap rakyat dapat memahami situasi amat berlainan di negeri Kelantan, kerana rakyat Kelantan ingin hukum hudud dilaksanakan. Hak dan keinginan rakyat Kelantan harus dihormati.
 
sumber : Tuan Ibrahim

Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari Kemarahan??


Melihat kepada situasi genting yang berlaku di Malaysia sekarang ini,teringat di benak fikiran saya akan  peristiwa 25 Januari di Mesir ini,yang mana, asal usul tercetusnya akan Thaurah(revolusi) adalah disebabkan 'onar' yang dibuat oleh pihak polis yang mana telah menembak rakyat yang sedang DEMONSTRASI secara AMAN. Kesannya,rakyat semakin marah dan mula menyebarkan akan kekejaman regim Husni Mubarak yang dahulu,semakin kejam polis dan kerajaan ketika itu,semakin rakyat bangkit untuk menegakkan keadilan..

Berbalik kepada situasi di Malaysia,berdasarkan pemerhatian dari saya yang kerdil ini,pihak POLIS semakin hari semakin mengganas dan kerajaan juga semakin agresif dalam membanteras rakyat yang ingin menyertai BERSIH 2.0 pada 9 JULAI 2011 nanti,tangkapan demi tangkapan dibuat,kekangan demi kekangan,tidak kurang juga pihak kerajaan(BN) negeri yang mengugut rakyatnya untuk tidak menyertai himpunan BERSIH 2.0 nanti, penjawat awam diberi amaran,mahasiswa diberi amaran,sehingga dalam khutbah pun beri amaran untuk hindari BERSIH 2.0.


Tidak kurang juga yang mengeluarkan FATWA akan perlunya BERTAUBAT kerana menyokong BERSIH, cuba kita kembali kepada asal tujuan BERSIH ini diadakan,bukankah ianya bertujuan yang baik,perhimpunan aman dsb,lagipun,Malaysia bukannya negara kuku besi,yang kebebasan BERSUARA tiada..kalau mereka(kerajaan) kata sebab diharamkan BERSIH adalah kerana akan mencetusnya huru hara dalam negara,dari manakah akan datangnya huru hara tersebut?bukankah kita lihat sekarang terdapat beberapa pihak yang mengugut untuk membuat onar dalam perhimpunan tersebut,selogiknya,jika KERAJAAN sekarang adil dan saksama,pihak2 yang membuat ugutan itulah yang sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan,tapi sebaliknya berlaku.

Ingat,'mereka' datang selepas tarikh BERSIH dibuat,jadi yang mana harus kita aula(utamakan)?tentunya BERSIH bukan?sepatutnya pihak berwajib memastikan perhimpunan BERSIH ini berjalan dengan baik,bukan mengutamakan pihak yang datang selepas BERSIH...

Kalaulah perkara ini berterusan,tidak mustahil rakyat Malaysia akan berkumpul utk mengadakan "يوم الغضب" iaitu hari KEMARAHAN sebagaimana yang berlaku di Mesir,asbabnya dari polis juga,tapi saya harap perkara ini tidak berlaku di Malaysia,amin...tapi jika sudah ditakdirkan,tentunya para pejuang menantikan MATI SYAHID...betul?

Sama-sama doakan dan fikirkan dengan hati yang tulus..:),selamat berhimpun kepada semua pejuang demokrasi..

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -