Showing posts with label Usrati. Show all posts
Gambar : Puding Buih Timun Cine@Tembikai
"Usaha Tangga Kejayaan"...tahniah buat ummu aisya a.k.a Zaujati Almahbubah yang berjaya membuat puding buih timun cine ini(tembikai) setelah beberapa kali percubaan(hik2..sebelum ni kne kutuk dek waalid aisya je..) tapi sekarang pujian ikhlas dari waalid aisya ye..hehe..mabruk!..lps ni blehla buat selalu..:)..buat orang kat kampung sana..tgok dulu ye,jangan meleleh air liur sudaa..nnti kalau ada kelapangan,boleh buat kat malaysia..insyaAllah..papepun..layanlah gambar2 ni..(sy nk sambung study..esok imtihan Usul fiqh)..doakan kejayaan bersama..syukran!
Selamat Hari Bapa...Ayah,Aboh

Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
Tahniah!!!
Merupakan atsar yang dinisbatkan kepada Husain bin `Ali r.a., bahawa beliau mengajarkan seseorang jika mendapati orang lain dikurniai anak, agar mengucapkan selamat dengan do`a:
Barokallahu laka fil-mauhubi wasyakarta al-Wahib wabalagha asyuddahu waruziqta birrohu.
“Semoga keberkahan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Dapat melihatnya hingga dewasa. Dan dikurniai kebaikan-kebaikannya serta keberbaktiannya.”
Di kesempatan ini,TAHNIAH diucapkan buat kekanda Suhaimi dan Kak Maria atas kurnian dan limpahan Rahmat Allah S.W.T kepada kalian.moga dengan kelahiran cahaya mata yang baru ini menyerikan lagi rumahtangga kalian dan bertambah rezeki daripada Allah Taala.didiklah dan bajailah ia dengan iman dan taqwa agar kelak menjadi pembawa panji ISLAM,insyaAllah..
"Ya Allah,Jadikanlah Anak saudaraku Ahmad Haris Zafran sebagai hambaMU yang Soleh dan lindungilah dia dari sebarang kejahatan manusia dan jin.Allahumma aamin."