Archive for April 2012

Pandangan Saya Terhadap BERSIH 3.0

Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.

Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?

Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."

9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!

Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:

Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.

Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.

Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.


p/s : pandangan ini adalah dari saudara Hilal Asyraf..namun,saya mempunyai pendapat yang sama dengannya..cuma xpandai nak buat ulasan je..hehe..kira acila ye..:)...wallahua'lam..

Isu Kereta Polis langgar Pendemonstran

Ketika mengikuti secara langsung perhimpunan BERSIH 3.0 dari dataran merdeka melalui streaming,fb dan twitter...hati ini begitu terkejut dengan berita kereta polis melanggar pendemonstran. saya bukanlah ada di tempat kejadian,apa yang dilaporkan tidak memuaskan hati ini...akhirnya,malam ini(waktu egypt)...seperti biasa,akan meronda-ronda mencari info...dan seperti biasa juga,satu blog yang agak sy minati membuat penjelasan yang sangat baik...oleh itu,saya sebarkan untuk tatapan semua pembaca...terima kasih amenoworld atas ulasannya...:)

__________________________________________


" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer. 

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;

 

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].
Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;
- Ada kon
- Ada batu
- Lampu kereta pecah
- Kereta kemek
- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.
- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?
Lihat gambar kat bawah neh pula ;
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.
Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.
Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.
Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.
Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?
Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 


Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;


Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?



Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.
Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 
Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.
Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.




Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq

-----------------------------------------------------------------------------

Permata : 
1- pihak berkuasa perlu selidik dan tangkap orang yang buat onar ini,dakwalah kalau betul mereka yang mulakan
2- kawan2 yang sertai demo,selepas ini janganlah ada hal sebegini lagi
3- sesiapa yang berminat sertai unit amal,silakanlah..xcukup tenaga tu...huhu
4- paling asas..kalau tidak ada serangan dari pihak berkuasa(tear gas/water cannon) agak2 benda ini jadi x?lu pikir la sendiri,,,huhu
 

Kontrak Pinjaman PTPTN Dari Perspektif Syara'

Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat di kalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual. Hal ini demikian kerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad dengan memulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 April baru-baru ini dan meneruskan perhimpunan dengan mengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebut bagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.
 
Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihat dari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTN tersebutMaka MANHAL mengambil langkah untuk mengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.
 
KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN
 
Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menawarkan pinjaman kepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Pinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohon dan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.
 
Justeru, berdasarkan kepada penjelasan di atas, PTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjaman. Iaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untuk membiayai bayaran pendidikan mereka.
 
 
HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN
 
Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jual beli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusan keuntungan. Maka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantu bukan atas dasar keuntungan.
 
Disebabkan itu, pihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untuk memastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggi, dengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.
 
Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadar yang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewat melunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian kerana tambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan riba. Hukum riba adalah secara jelas dan qath’ie bahawa haram bahkan tergolong dalam dosa-dosa besar.
 
 
PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG
 
Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepada sistem konvensional yang dijalankan oleh pihak pengurusanBahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutang mereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.
 
Begitu juga, pihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutang mengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerima ijazah kelas pertama atau setaraf.
 
 
KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM
 
Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutang. Garis panduan tersebut ialah :
 
Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntungan. Berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW : 
  كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ
 
“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asal) maka ia dikira riba”
Sunan Baihaqi Kubra no 10715.
 
Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal ini sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehingga digelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.
 
     FirmanNya :
 
 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ
  
 "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda
Surah Ali Imran ayat yang ke-130.
   
Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutang hendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutang mampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yang dikenakan merupakan riba.
 
     Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :
 
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ
 
“sekiranya mereka (pihak yang berhutang) mempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkan) maka berikanlah masa sehingga mereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280
 
- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiah, bukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkan berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
 
“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.
 
- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yang memberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaran. Bahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yang berhutang walaupun tanpa sebab, atas dasar hadiah atau sedekah.
 
Firman Allah SWT :
 
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
 
“maka sekiranya kamu melepaskan hutang, maka itu adalah yang terbaik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.
 
 
SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM
 
Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3 peratus kepada penghutang ke atas nilai hutang. Maka ia mempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan ke atas nilai asal hutang.
 
Justeru, pinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.
 
Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkan. Rujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.
 
Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besar, antaranya ialah riba. – Sahih Bukhari no 2766
 
Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketika itu, telah memutuskan bahawa sebarang faedah yang dikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.
 
Syeikh Rashid Redha menukilkan fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakan kontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belah pihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belian. Hujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyah yang menyifatkan bahawa kontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.
 
KESIMPULAN
 
Berdasarkan kepada kajian di atas, maka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalah haram. Justeru, respon pihak MANHAL berikutan isu pemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.
 
Hasilnya, MANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :
 
  1. Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.
  2. Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.
  3. Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba.    Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yang mereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.
  4. Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebut memberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyat terutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insan, tanpa memudharatkan negara, maka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangka pengurusan yang terbaik.
 
Sekian,
 
Disediakan oleh
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -