Archive for June 2014

ILMAM TRG : RAYUAN SUMBANGAN PROGRAM KEM BINA INSAN ILMAM '14

Assalamualaikum.
RAYUAN SUMBANGAN PROGRAM KEM BINA INSAN ILMAM '14
Ilmam Terengganu Original akan mengadakan Kem Bina Insan ILMAM '14 (program persediaan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir);
Pada 26, 27 & 28 Jun 2014 di Chalet Yunie, Rusila.
Kos bagi membiayai keseluruhan program adalah RM3,500 (tempat, makanan dll).
Oleh itu, ILMAM menyeru agar semua pihak dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut DEMI KESINAMBUNGAN PEWARIS ULAMA.

Sumbangan boleh disalurkan melalui;

Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - 13017010826146 atas nama Bimbingan ILMAM.

Sumbangan hendaklah dimaklumkan jumlahnya @ terus melalui Ust Abdullah Haris bin Zakaria +60145155577 (Bendahari Program).

Jutaan terima kasih atas sumbangan dan komitmen kalian semua.

Yang Menjalankan Amanah;

Mohd Riduan bin Abu Bakar
Pengarah
Kem Bina Insan '14
ILMAM Terengganu


P/S : kalau kawan-kawan ada yang rezkinnya lebih dan ingin menambah saham akhirat,dipersilakan untuk membantu dan menderma agar program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar...

Siiru 3ala Barokatillah!

Jangan Pakai!



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain . Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

Majlis Fatwa Kebangsaan.

via : Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Setelah 18 Bulan...

Bismillahirrahmanirrahim....

 Apa yang setelah 18 Bulan?

Alhamdulillah, segala syukur kepada Allah Taala yang masih memberikan ruang dan peluang untuk kita tetap menikmati kehidupan. sudah lama blog permata perjuangan ini tidak diisi dengan entry-entry terkini. Mungkin ada dikalangan pelawat-pelawat waalid yang stress dan kecewa tertanya-tanya kenapa dengan waalid kan?sebenarnya selama 18 bulan waalid telah menyambung pelajaran bagi mendapatkan Diploma Pendidikan Lepas Ijazah(lepas dpt ijazah..ambik diploma balik..haha)..

Waalid juga menjalani latihan dan praktikum di sekolah kebangsaan seri makmur,kuantan. Sungguh banyak pengalaman dan memori yang dapat dirasai di sana. Belajar dan mengajar merupakan satu perkara yang sangat susah jika tidak ada kesabaran dan perancangan yang baik.

Alhamdulillah,walau apa pun yang berlaku,18 bulan itu tetap berlalu,baik atau buruk hanya memohon agar Allah Taala menjadikan ianya sesuatu yang baik buat Waalid.

Doakan waalid dapat anugerah cemerlang ye..hehe

Sekarang masih menunggu keputusan akhir DPLI untuk sem 3 dan juga keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Mudah-mudahan waalid berjaya dan dapat penempatan di semenanjung a.k.a di Negeri Terengganu. Pun begitu,Pahang menjadi pilihan nombor 2 waalid sekiranya tak dapat negeri Terengganu..hihi(risau anak murid terasa hati..=P).

Cukuplah sekadar ini coretan semasa waalid...mencari semangat daripada kawan-kawan untuk teruskan berblog..rugi jugak rasanya kalau tidak berblogging nih..ramai kawan-kawan lari..hihi..

Oklah..bulan Ramadhan dah dekat..bola piala dunia pun semakin rancak, entah ada yang tahu atau tidak sekarang sedang berlangsung tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa..hehe..apapun,pilihlah dengan baik dan seimbangkanlah antara semuanya agar hidup kita sentiasa diberkati Allah...:)

Vrooommmm...vroommmmm...vrommmmmm...erk,bilalah waalid dapat beli motor macam nih..haha..terima kasih sudi membaca...wassalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh....

Kami Baru Belajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabaarokaatuh....

Lame dah tak berupdate blog ni..ini pun buka blog sebab subjek teknologi pengajaran kena buat blog..sy dah ada blog,jadi nak berkongsi blog2 kawan2 satu kelas yang baru blajar buat blog. di samping buat simpanan peribadi saya...kawan2 lain pun boleh melawat dan jadi friend diorang...mereka adalah yang terbaik..hehe..

1- https://www.fouuzie.blogspot.com (ini laman blog pensyarah : Puan Dr. Fouziah binti Mohd)
2- https://www.murabbiarab.blogspot.com
3- https://www.tintahatikecilku.blogspot.com
4- https://www.nadianah.blogspot.com
5- https://www.fadilahazizah.blogspot.com
6- https://www.azzahaziz.blogspot.com
7- https://www.ustazhilmiabdullah.blogspot.com
8- https://www.permataummiwalid.blogspot.com
9- https://www.semekarkemboja.blogspot.com
10- https://www.bicarakalamilahi.blogspot.com
11- https://www.persismutiara0687.blogspot.com
12- https://www.maqalsufi2014.blogspot.com
13- https://www.epalnani.blogspot.com
14- https://www.nidasaiful.blogspot.com 


semoga ilmu kalian dapat dikongsikan di ruangan maya masing-masing serta dapat memberi manfaat kepada semua,,in syaa' Allah....(^_^)

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -