Archive for September 2012

Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF


MAKLUMAN DAN PERHATIAN     

            1     Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.     

                        
            2     Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah untuk maklumat lanjut).     

                        
            3     Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian  daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.     

                        
            4     Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.     

                        
            5     Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.     

                        
            6     Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.     

                        
            7     Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp     

                        
            8     Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    

                       

PENDAFTARAN     
          
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
                       


IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU     
           
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.



Untuk mengisi borang secara online,sila beli no pin di BSN terdekat dan klik gambar di bawah untuk ke aplikasi borang secara online..
 

Tuan Blog Dah Mati...

Innalillahi wainna ilaihi rooji'un..

Wei...nanti2..jangan fikir bukan-bukan ye,tuan blog ni bukan mati kehidupan..tapi mati akal la..hehe..jangan marah haa...^_^

Lama dah blog ni tak berupdate,begitulah kehidupan sebagai seorang hamba yang sememangnya banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah,segala kerja Suruhanjaya Pilihanraya persatuan telah selesai,tahniah dan takziah buat pimpinan mahasiswa tganu yang baru menaiki tampuk kepimpinan,semoga Allah membantu kalian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir akhirnya melabuhkan tirai dua hari yang lepas,pelbagai lontaran idea dan cadangan serta muhasabah diberikan untuk sepenggal pentadbiran sesi yang lalu. Setiap manusia pasti ada kekurangan,sebab itulah kita harus berjemaah/berpersatuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain...

Sejuta keampunan dirafa'kan kepada Allah atas penerimaan usul yang dibawa oleh waalid berkaitan kesatuan. Kesatuan yang mantap ditagih untuk menguatkan ukhuwah dan kekuatan ahli-ahli dalam menjalani kehidupan sebagai mukmin.

Semoga anak-anak Terengganu di Mesir akan terus meningkatkan dan mengeratkan kesatuan yang sudah terpateri erat sejak sekian lama.

p/s : maaf buat semua sahabat kerana lama dah waalid tak dapat ziarah kalian..insyaAllah akan membalas kunjungan sehabis mampu yang mungkin..:)

Ujian Allah Datang Pelbagai Cara..Sabarlah..

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah taala atas segala limpahan kurnianNya yang tidak terhingga.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam,para sahabat,pengikut2nya dan seluruh ummat Islam.

Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba. Bagaimana sang pencipta menguji kesabaran dan kehambaan seorang hamba terhadap penciptanya.

Begitu juga dengan nikmat2 yang Allah berikan,semuanya berlaku dengan perjalanan taqdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

Ayat-ayat di atas adalah pujukan kepada si hamba yang lemah di atas musibah dan ujian yang berat. Berita tentang penyakit 'cancer' atau dikenali dengan nama leukemia yang dihidapi oleh anak saudara waalid sangat memeranjat dan menyedihkan. Kanak-kanak yang masih belum baligh,berumur 5 tahun sudah merasai kesakitan yang sangat berat dan sukar untuk diubati..

Sungguh berat ujian yang diberikan Allah kepadamu...bak kata pepatah,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Dengan ketiadaan sayap kiri a.k.a sang isteri yang dijemput Allah dalam kemalangan 4 tahun lalu,abang ipar waalid terpaksa mengharungi ujian Allah yang berat ini. Semoga dikau tabah dalam menghadapi segalanya..

Ya Allah,ringankanlah bebanan yang ditanggung oleh mereka,juga bebana orang-orang Islam seluruh dunia..aamin...

Hanya doa dan munajat mampu dilakukan agar Allah memberikan kesembuhan dan kepulihan dari kesakitan yang dihadapi...mohon sahabat-sahabat doakan juga..Jazakumullahu khairan jazak..

This is My STYLE, Islam is The Best

Akhir-akhir ini kita ummat islam sangat sedih dengan beberapa perkara yang berlaku melibatkan maruah dan kehormatan kita sebagai seorang yang beragama Islam. perkara pertama ialah merebaknya  'gangnam style' yang waalid boleh katakan berjayanya orang kafir melaghakan orang Islam dengan hanya 1 tarian simple. cuma oleh kerana minat kepada korea mungkin,ianya begitu cepat merebak dan mempengaruhi anak-anak muda,tidak terlepas masyarakat melayu amnya.

[++] 'Hazihi Sabili', Inilah Jalanku! This is My STYLE, Islam is The Best.. So, which one is your 'STYLE'? - Credit to MFR Studio

Mudahnya kita terpengaruh dengan kemajuan semasa,semberono mengikut rentak orang kafir,sudahkah kita mengkaji makna-makna lirik nyanyiannya,makna gerak lenggoknya. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang menjual maruah agamanya..aamiin.

Perkara kedua yang sangat menikam dan menghiris-hiris hati ini ialah sebuah filem yang MENGHINA junjungan besar SAIDINA RASULULLAH shallallahu 3alaihi wasallam. Filem yang dibuat oleh orang kafir berbaur lucah itu menghina tubuh mulia Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda S.A.W. Waalid sangat sedih kerana tidak ada apa yang mampu waalid lakukan selain berdoa agar Allah memelihara agama Islam yang mulia ini.

Mungkin tindakan yang dilakukan terhadap duta US di Libya agak keterlaluan,namun ianya tidak mustahil bagi seseorang yang tersangat menyintai Rasulullah dan tidak sanggup dengan penghinaan terhadap Baginda. Tetapi waraslah dan berfikirlah dengan rasional untuk melakukan tindakan agar tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada Ummat Islam.

Sama-samalah kita berusaha untuk menentang penghinaan terhadap Baginda S.A.W.. ada yang menyuarakan ketidakpuashatian dengan berdemo aman..silakan,ada yang hack dan memberi ingatan kepada orang amerika..silakan,ada yang membuat penerangan tentang kemuliaan Nabi..silakan..dan lain-lain tindakan yang boleh menguntungkan dan menyelamatkan kekasih Mulia yang kita cintai dan sanjungi..

wallahua'lam

p/s : blog jarang update..SPR masih terpundak atas batu jemala patik..huhu...bleh lihat sini...-->http://www.infokpt.com/v3/2012/09/13/pengumuman-kekosongan-kerusi-ajkt-sesi-20122013/
doakan dipermudahkan urusan waalid olehNya..insyaAllah..TQ

Otak Ligat! Badan Lincas!

Alhamdulillah,segala puji bagi Sang Pencipta yang teragung,Selawat dan salam kehadrat kekasih junjungan serta buat para pengikut dan seluruh kaum muslimin.

Dalam melakukan sesuatu perkara,peranan otak sangat penting. Terlebih-lebih lagi perkara tersebut memerlukan otak yang ligat dalam mencernakan buah fikiran mahupun mengeluarkan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu kemusykilan atau masalah.

ihsan google
Bagi mereka yang sibuk,memegang jawatan dalam persatuan,organisasi, harakah,dan sebagainya, otak ligat dan badan lincas sangat besar peranannya. Bagi yang banyak tanggungjawabnya, tersangatlah memerlukan otak yang ligat berfikir bagi mengawal gerak kerja agar tidak bertindan dan terlepas pandang.

Kadang-kadang kita(khususnya waalid) sangat perlu untuk belajar melakukan banyak benda dalam satu masa. Sebagai persediaan untuk berada dalam medan yang sebenar di tanah air tercinta. Tugas sebagai seorang anak,seorang suami,seorang da'ie dan mungkin banyak lagi taklifan yang akan diberikan nanti amat memerlukan persediaan yang cukup. Barulah nanti tidak 'mati katak' untuk melakukan semuanya.

Untuk mendapatkan otak yang ligat dan badan yang lincas,petua yang senang dan paling mudah untuk dilakukan ialah berSUJUD, mungkin petua ini jarang diambil berat oleh kita.

ihsan google

Sujud mampu menjadikan otak kita cerdas kerana ketika sujud,darah akan mengalir ke dalam satu saluran yang tidak akan sampai darah padanya melainkan ketika kita sujud. InsyaAllah otak kita akan semakin cerdas dan pintar. Disamping itu,banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan dan 'keligatan' otak kita ni. Termasuklah faktor pemakanan,persekitaran,pergaulan dan sebagainya.

"Akal yang cerdas dari badan yang sihat..."

Seorang yang bergelar ustaz atau pendakwah,kadang-kadang dilihat atau sinonim hanya menadah kitab,mengajar,kuliah,ceramah dan sebagainya. Sebenarnya,dalam Islam juga menggalakkan untuk kita beriadhah. Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam juga turut beriadhah,Nabi beriadhah dengan menunggang kuda,berenang dan memanah.

Mempelbagaikan kemahiran diri termasuk bersukan juga merupakan satu cara untuk para da'ie untuk mendekati para mad'u mereka,namun bukan perlu jadi pemain sukan yang pro,cukuplah sekadar kita reti untuk bersukan. Kalau main bola,agak-agak sepak bola tu kena dah kira ok la tu..begitu juga sukan-sukan yang lain.

Ok,ok..dah melalut dah..asalnya waalid hanya nak buat entry ringkas..jadi panjang pulak,harap maaflah kalau kalian bosan baca entry yang panjang lebar ini..huhu.

Sebagai kesimpulan,blog waalid yang agak bersawang akhir-akhir ini adalah kerana waalid sedang cuba untuk menjadi otak ligat dan badan lincas...huhu. Dah takde keje cari keje..nah,rasakan kau waalid..sahabat-sahabat tolong doakan agar segala pekerjaan waalid dimudahkan olehNya ya.. jazakumullahukhairan jazak...^_^

Jumaat Berselawat #04 : Bersahabat

Sumber : Ustaz google..huhu

Contohilah Saidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi Wasallam dalam bersahabat. Mereka adalah contoh persahabatan yang berakhir sehingga ke Syurga Allah...Allah...^_^.

"Manisnya bersahabat kerana ALLAH..."

اللهم صلّ على سيدنا وحبيبنا محمّد وعلى آله وأصحابه اجمعين


Nostalgia Tumbong Nyor

Apa khabar kawan2 semua?harap sentiasa sihat dan senyum sokmo2...kali ini waalid ada satu benda nak kongsi dengan sahabat2 semua..mungkin ada yang mengenali benda ini dan pernah merasainya..apakah itu?hehe...lihat gambar ni....

Ihsan fb page :
Benda ni biasanya orang teganu panggil tumbong nyor..nama standardnya entahlah,waalid pun tak pasti..benda ni kalau saiz dia kecik,sangat manis dan best,lain pula kalau dah besar,rasanya tawar dan 'lecah'. mungkin yang mempelajari ilmu sains tahu kenapa ia menjadi tawar, boleh kongsikan dengan waalid ok..hehe

Sesiapa yang merasainya sahaja mengetahui...zaman sekarang ni,santan pun dah ada yang diperah dan disegerakan..entah budak2 sekarang kenal ke tidak makanan ni..hehe

p/s: dulu time kecik2 suka sangat berebut dengan adik untuk makan benda ni..kikiki...silap aribulan dapat 'hadiah' dari emak...huhu...

Kadar Update Berkurang...

Alhamdulillah,Syukur kepada Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidina Rasulullah Shallalahu 3alaihi Wasallam dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta ke atas para sahabat dan seluruh pengikut-pengikutnya.

Sebagai makluman untuk sahabat-sahabat waalid yang dihormati,mungkin blog ini akan mengalami kelembapan dari sudut update entry kerana? :

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT)  Mesir sesi 2011/2012. Suruhanjaya ini bertindak sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi bermula dari 1 September 2012  hingga 20 September 2012. Antara matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:

1. Mengendalikan pencalonan sebagai AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.

2. Mengendalikan pengundian sekiranya berlaku pertandingan antara calon.

3. Bertanggungjawab memastikan proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.

Sehubungan  itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan saudara Mohd Syamshul bin Sidik (Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012) di talian 0111-4485597.


“CEKAP DAN TELUS”
“BERILMU DAN BERAMAL”

Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.
haa...itulah sebabnya waalid akan lembab sikit dalam update entry blog ni,mungkin juga akan bersawang sedikit...huhu

Sebenarnya waalid sudah ditaklifkan untuk mengetuai Suruhanjaya Pilihanraya Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir bagi memudahkan proses pemilihan calon2 kepimpinan KPT Mesir untuk sesi akan datang.

InsyaAllah,kalau ada kelapangan..waalid cuba untuk mengupdate blog kesayangan ini. waalid menagih doa dan semangat sahabat-sahabat agar dipermudahkan urusan dan gerak kerja waalid untuk kesekian kalinya ini.mungkin ini adalah jasa terakhir waalid di sini sebelum terbang ke tanah air..atas doa dan semangat kalian,waalid dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Jazak..^_^

Gune Autolike Menang Peraduan..ade ke...

Orang cakap,tak baik dengki dengan rezeki orang..tapi kalau main tipu dalam sesuatu pertandingan,sudah tentu ramai yang tak puas hati..kan?

hem..kan baru2 ni waalid ade join satu pertandingan yang dibuat oleh KBBUTV3,contest gambar hari raya,contest yang dibuat berakhir dengan kontroversi..kesian plak kat admin KBBUTV3 tu,ramai yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Tapi benda dah jadi,apa nak kata?tanggunglah pemenang tu dosa 'kering' dan kalau duit rm300 tu dibuat utk makan,maka tumbuhlah daging yang haram dalam tubuh badannya akibat penipuan yang dibuat.

Al-kisahnya,si pemenang ini,ntah nama ape,waalid xusahlah mentionkan kat sini, telah membuat aplikasi autolike kat gambar dia hingga jumlah like pada gambarnya sebanyak 1k lebih...memang comfirmlah menang..huhu..

Tak apelah,semua dah terjadi,namun,pada pendapat waalid,semua itu boleh diperbetulkan oleh admin, kalau dia mahu berlaku adil dan telus. pihak penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan si 'dia' apabila terbukti dia telah melakukan penipuan. Entahlah,waalid sangka baik admin tidak tahu akan hal ini.

Yang lepas biarlah lepas,tapi yang akan datang beringatlah agar pisang tidak berbuah dua kali.

sekian bebelan waalid untuk kali ini..wallahua'lam


p/s:maaf kalau ada yang terawang2an...huhu...

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -