Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Bila Ustaz Dapat Mikrofon..(^_^)

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran...

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan kehidupan dan menjalani tanggungjawab berpuasa ke atas kita semua yang bergelar Muslim.



Dua hari yang lalu, tanggal isnin 20 Jun 2016, sekolah waalid telah mengadakan majlis pelancaran bulan panitia bahasa arab dan juga ceramah nuzul al-Quran. Hamba yang dhaif ini telah diberi amanah untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Seperti biasa, bila dapat sesuatu tugasan terutamanya untuk memberikan ceramah/tazkirah, perasaan yang tidak boleh dihalang ialah GUGUP. Sebagai persediaan untuk memberikan ceramah, waalid cubalah membaca sedikit sebanyak input dari pelbagai sumber.

Setelah selesai majlis pelancaran, maka sampailah masa untuk waalid memberikan ceramah. Masa
diperuntukkan hanya 15 minit. Berceramahlah waalid...dengan perasaan tak tahu apa yang nak diceramahkan..haha...kebetulan pulak hari itu cuaca tersangatlah baik, point2 yang nk diceramahkan pun banyak lagi tak disebut, jadi waalid terus lajakkan masa sampai setengah jam lebih, tgok dalam gambar kat sebelah tu, PK 1 asyik duk jeling jaa...haha... itulah, bila tak mula, rasa macam tak tahu apa nak cakap, tapi, bila dah start ceramah, masa yang diperuntukkan tu rasa tersangatlah tidak cukup...bila ustaz dapat mikrofon...hehe..

Selesailah majlis pelancaran dan ceramah nuzul quran..waalid tampal sedikit gambar2 pada hari tersebut di bawah...layan.....(^_^)

persembahan murid pra sekolah







sebahagian besar guru GPI/GBA SK Taman Selasih

Tokey Kedai Kasut Yang Sombong

Assalamualaikum semua,

Entry kali ini waalid nak kongsi satu cerita yang berlaku semalam dekat bandar Kuala Terengganu. Waalid cuba menolong kakak waalid yang sarat mengandung untuk mencari sepasang kasut. kasut yang sesuai untuk seorang ibu mengandung,tapak yang hanya tinggi 1 inci .

Pusat Kasut DIAMOND(baca BENGONG) Sogo

Nak dijadikan cerita, berlegar-legarlah waalid dan isteri serta anak-anak sambil berjalan2 untuk mencari sepasang kasut itu, Lepas satu kedai ke kedai yang lain kami mencari. Sampai ke satu kedai kami nampak ada pattern yang sesuai dan saiz yang padan dengan kakak, waalid cuba la snap gambar untuk dihantar ke kakak sblm beli,manalah tahu kalau dia tak berkenan..

Tiba-tiba tauke dia datang dan marah jangan ambik gambar,pastu waalid cakaplah yang nak beli kasut tak dapat datang sebab uzur mengandung. Dia tetap xnak bagi kerjasama...dia cakap kalau nak beli beli sahajalah,tidak boleh ambil gambar..dia cakap lagi itu law kedai dia,erkk...pernah ada ka undang-undang macam ini?

Kalau nak cakap ambil gambar untuk tiru design ke ape ke, dah tu kalau waalid beli kemudian snap gambar untuk disebar tak ke sama tu...ce fikir..ce fikir..(dok dang nok mikir waalid..haha), last-last, walaupuan ada yang berkenan, waalid angkat punggung dan terus blah dengan sekarung bebelan tak puas hati...haha

Apa pun, kawan2 yang ada di Terengganu, jom boikot kedai dalam gambar di atas tu, tauke tak mesra alam, tidak pandai layan pelanggan, dia layan vvvvvvvvvvvip je kotttt...huhu

p/s: rupenye dah ramai yang kena kat situ bila waalid post kat group anak Terengganu...huhu...

Permata : Tirai 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan2 semua?diharap semuanya sihat sokmo hendakNya. Sudah agak lama sesawang ini dibiarkan usang tanpa coretan, ternyata hari demi hari sentiasa dikejar dek waktu yang semakin lama dirasakan semakin singkat..


Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya,2015 menjelma dengan pelbagai tragedi dan juga bencana yang bertimpa-timpa. Semuanya adalah ujian Allah Taala kepada kita. Yang ditimpa bencana Allah telah menguji mereka dengan kesabaran di atas bencana yang berlaku,manakala yang tidak ditimpa bencana pula diuji oleh Allah dengan bagaimanakah sikap mereka apabila melihat saudara-saudara seislam mereka yang dalam kesusahan.

Mudah-mudahan ujian Allah ini akan meningkatkan persaudaraan kita dan juga meningkatkan iman serta taqwa kita kepada Allah Azza Wajalla. Sama-samalah moga2 Allah sentiasa melebarkan belas kasihanNya kepada kita semua.aamin

Sekadar ini dulu buat waalid mengambil semangat untuk kembali aktif dalam dunia blog ini..huhu..nanti kalau ada masa nak melawat rakan2 yang sudah lama tidak dijenguk..agak2 mereka juga pun bersawang macam blog waalid???..kiki..gurau je..sekian..wallahua'lam

Setelah 18 Bulan...

Bismillahirrahmanirrahim....

 Apa yang setelah 18 Bulan?

Alhamdulillah, segala syukur kepada Allah Taala yang masih memberikan ruang dan peluang untuk kita tetap menikmati kehidupan. sudah lama blog permata perjuangan ini tidak diisi dengan entry-entry terkini. Mungkin ada dikalangan pelawat-pelawat waalid yang stress dan kecewa tertanya-tanya kenapa dengan waalid kan?sebenarnya selama 18 bulan waalid telah menyambung pelajaran bagi mendapatkan Diploma Pendidikan Lepas Ijazah(lepas dpt ijazah..ambik diploma balik..haha)..

Waalid juga menjalani latihan dan praktikum di sekolah kebangsaan seri makmur,kuantan. Sungguh banyak pengalaman dan memori yang dapat dirasai di sana. Belajar dan mengajar merupakan satu perkara yang sangat susah jika tidak ada kesabaran dan perancangan yang baik.

Alhamdulillah,walau apa pun yang berlaku,18 bulan itu tetap berlalu,baik atau buruk hanya memohon agar Allah Taala menjadikan ianya sesuatu yang baik buat Waalid.

Doakan waalid dapat anugerah cemerlang ye..hehe

Sekarang masih menunggu keputusan akhir DPLI untuk sem 3 dan juga keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Mudah-mudahan waalid berjaya dan dapat penempatan di semenanjung a.k.a di Negeri Terengganu. Pun begitu,Pahang menjadi pilihan nombor 2 waalid sekiranya tak dapat negeri Terengganu..hihi(risau anak murid terasa hati..=P).

Cukuplah sekadar ini coretan semasa waalid...mencari semangat daripada kawan-kawan untuk teruskan berblog..rugi jugak rasanya kalau tidak berblogging nih..ramai kawan-kawan lari..hihi..

Oklah..bulan Ramadhan dah dekat..bola piala dunia pun semakin rancak, entah ada yang tahu atau tidak sekarang sedang berlangsung tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa..hehe..apapun,pilihlah dengan baik dan seimbangkanlah antara semuanya agar hidup kita sentiasa diberkati Allah...:)

Vrooommmm...vroommmmm...vrommmmmm...erk,bilalah waalid dapat beli motor macam nih..haha..terima kasih sudi membaca...wassalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh....

Buah hati baru?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Ehem3...tajuk memang tak boleh blah..hehe...ni kalau bini ade kat tepi komfem kne hikmat cekikan padu sebijik dua...huhu..

Ini haa...buah hati baru waalid..


Moga si 'dia' ni mampu berjasa kepada waalid dengan sebaik2nya...aamin..

Stakat pemanduan dari trg - phg arini alhamdulillah,tiada masalah yang timbul....moga berterusan...In Syaa' Allah...^_^

Al-Fatihah Buat Abdullah Bin Azahari

Al-Fatihah...


Setiap yang bernyawa pasti akan mati,

Sesungguhnya Allah menyanyangi hamba-hambaNya yang soleh.

Seorang junior waalid ketika berada di Mesir,namanya Abdullah Bin Azahari telah meninggal dunia pagi tadi(28/8/2013) akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya pantai timur Bukit Besi- Ajil.

Arwah diceritakan telah melanggar benteng lebuh raya dan mengalami pendarahan dalam kepala. Meninggal di tempat kejadian.

Waalid cukup tersentap dengan berita pemergiannya. Setakat yang waalid kenal,beliau(arwah) sangat baik dan cukup sopan santun. Baik muamalahnya bersama kawan-kawan,senior2 yang lebih berumur daripadanya.

Ayuhlah sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Aamin..

"Sungguh!kematian itu pasti...bilakah giliran kita?wallahua'lam...BERSEDIALAH!...."

Mata - Pantang Tengok Yang Lawa

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar!

Sesungguhnya setiap daripada kita mesti sukakan kecantikan/lawa. rumah cantik,kereta cantik,perempuan cantik, suami hensem, dan sebagainya..

Tapi waalid tak berniat nak cerita pasal itu semua,apa yang waalid nak bagitahu ni ialah waalid ni kan memang pantang bila tengok template blog yang cantik2...mula lah rasa nak tukar template dan wajah blog ni,entah kenapa ya?

Mungkin perangai ni waalid sorang je kot..haha,adakah diriku ini bersifat tamak?wallahua'lam..huhu

Kawan2 ada tak yang bersifat seperti waalid ni?maksud waalid,pantang tengok template lawa,mesti geram dan rasa beriya-iya nak tukar template blog yang baru...

p/s : ada tips nak bagi hilangkan sifat ni x?huhu..

#Ya Allah, bantulah dan berilah perlindunganMU kepada saudara-saudara kami di Mesir,Syria,dan semua ummat Islam yang ditindas..Aamin..

Hasad Dengki!!!


Ramadhan baru sahaja berlalu,Syawal pula masih lagi berbaki...namun sedih kerana berlalunya tarbiyah Ramadhan seperti tidak membawa apa-apa makna dalam diri...Hasad dengki bermaharajalela dalam diri,kemaksiatan tidak segan digelumangi,berbalah sentiasa dicari...Sukarnya mencari hati yang luhur murni...

Ya Allah jauhkanlah diri kami dari hasad dengki...Aaamin...T_T

Alhamdulillah..Segalanya Terungkai...^_^

Alhamdulillah, segala yang dinanti-nanti sebelum ini akhirnya muncul juga...keputusan peperiksaan DPLI j-QAF IPG Kampus Dato' Razali Ismail akhirnya telah di umumkan semalam.



Walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang, waalid tetap bersyukur kerana telah lulus dalam sem pertama dan sekarang sudah berada pada sem dua. Interaksi in syaa' Allah pada bulan oktober nanti.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..^_^

Assignment pun dah siap,tunggu nak hantar je petang ni,okeh,sedia untuk hari-hari terakhir ramadhan pulak..sedihnya...huk3..T_T

# result dapat pointer 3.31 je..huhuhu

Bila Natijah Mahu Keluar?

Alhamdulillah,masih lagi kita bernyawa untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini, semestinya yang membaca entry ni masih bernyawa kan?hehe..kalau ada yang tak bernyawa membaca mesej ni tolong jangan komen dekat bawah ye..huhu..

Telltrac KDRI


Sudah hampir 2 bulan tamatnye peperiksaan sem 1 bagi DPLI jQAF 2013. Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum mendapat khabar tentang natijah peperiksaan, jenuh jugak menunggu dan berdebar dengan natijah yang bakal keluar. Orang kata kalau lambat-lambat keluar ni biasanya berjaya semua,hehe..aaamin!

Itu kata orang, bagi waalid pulak, ketidakyakinan menyebabkan bertambah pulak rasa berdebar dalam dada ni,al-maklum sajalah, masa periksa hari tu bukannya elok sangat jawabnya, banyak yang ditembak je pun, semacam bermain game tembak-tembak pulak. Itulah jadinya bila study last minit, kawan-kawan janganlah ikut sikap yang tidak elok ni, study last minit ni boleh membawa mudarat yang besar kepada kita terutamanya kepada masa depan kita, kena gaya menembak in syaa Allah berjaya, tetapi kalau tidak kena dengan tembaknya..alamat kita yang 'tertembak'

Oleh kerana tidak tahan menunggu, waalid beranikan diri untuk hantar emel kepada Ketua Unit Peperiksaan untuk bertanyakan hal ni, lalu di jawab bahawa keputusan terpaksa digantung kerana mempunyai masalah 'system item', ntah ape ntah sistem tu..hem itulah hakikat ciptaan manusia,banyak kelemahan dan kekurangan yang susah nak ditampungnya.

Ape nak dikata...SaBorRRR jelah!..huhu..

~Penantian satu penyeksaan~ecceh!

|||Selamat menjalani ibadah puasa dan berbuka puasa,doakan kesejahteraan ummat Islam|||


Oh Air....

Alhamdulillah,Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Air...oh air...

Bermula pukul 3.00 petang tadi area waalid tinggal terputus bekalan air. Allahurobbi... tersangatlah seksanya. Nak mandi pun tak boleh,nak 'termenung' pun tak boleh.. Kesian pulak dekat zaujah waalid yang nak masak hari ini. Dahlah rancang nak masak spesel skit arini..^_^

sumber : http://alamendah.files.wordpress.com
Kalau tunggu air kembali ada,entah bilalah akan ada, alhamdulillah, berhampiran rumah waalid ada tempat yang masih ada bekalan air(air tangki), terpaksalah mengangkut air dari sana. Bolehlah digunakan untuk memasak juadah berbuka dan mandikan anak(mandi kerbau je..haha)

Hem...rupanya sampai sekarang(10.45 Malam) masih belum nampak tanda2 kewujudan air tu..Allahurobbi, macam manalah hari esok untuk bersahur dan sebagainya..T_T

Terbayang pula bagaimana keadaan saudara-saudara kita di Syria,Palestin,Mesir dan sebagainya...bagaimanakah keadaan mereka,cukupkah makan minum mereka,tempat tinggal mereka bagaimana. Mereka hidup dalam ketakutan dari musuh-musuh Islam, berhujankan peluru dan kesempitan hidup yang amat.

Kita?(baca waalid) diuji dengan terputus bekalan air pun dah rasa tersangatlah susahnya. Macam manalah agaknya jika diuji seperti mereka,sungguh! masih lemah iman kita(baca waalid)!!!

Air sememangnya keperluan yang sangat didambakan dalam kehidupan, tanpa kehadiran air,sebarang hidupan boleh mati kehausan dan kekeringan. Bersyukurlah dengan nikmat selagi ianya masih mampu kita rasai. Bila dah tiada jangan pula baru nak bersyukur.

Wallahua'lam...


Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!

Alhamdulillah, lagi seminggu kita nak bertemu dengan bulan yang sangat mulia,bulan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda,bulan yang mana semua syaitan dan iblis dibelenggu oleh Allah Taala..bulan yang tiada HANTU..hehe..

Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.

Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.

Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.

Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....

Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...

Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???

jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu

Update tapi tak update


Haa...faham ke tak dengan tajuk entry waalid kali ni?update tapi tak update. maksudnya waalid update entry kat blog,tapi dekat bloglist kawan2 waalid yang ada listkan blog waalid tidak berupdate..dah 5 bulan tu..padahal waalid sekarang boleh kata aktif jugaklah update blog ni..

Sebagai contoh, waalid ada join listkan blog dekat BlogWalking Area , namun setiap kali waalid update entry,waalid pergi check kat sana,tetap sama..tak timbul pun tajuk entry terkini...

haa..nampak tak blog waalid still 5 bulan yang lepas...huk3...(T_T)

Aduh!.macam mana nak selesaikan masalah ni ye?tak ramailah yang datang blog waalid..walaupun dah sememangnya takde orang datang pun sini..hehe..em,kalau ada sahabat2 waalid yang tahu macam mana nak selesaikan kes ni,boleh bagitau ye,waalid dah buntu dah ni..Terima kasih....huhuhu

Segmen dia..lantak dialah...


Bila sudah lama tidak aktif dalam dunia blogger ni,terasa nak hanginkan semula satu badan agar berpusu-pusu idea datang kepada waalid. Seperti biasalah,untuk mencari idea-idea baru waalid akan meninjau-ninjau dan berjalan-jalan ke blog-blog yang lain.

Gambar sekadar Hiasan


Tiba-tiba waalid terlihat satu segmen. Tertarik jugak nak sertai segmen bila takde idea ni..tup2..bila waalid buka je laman web segmen tu, terkedu jugak tengok syarat-syarat yang bukan main banyak 'songe' nye..huhu..

Dengan muka seposen waalid terus klik [X]...haha...ape tidaknye, internet di rumah waalid ni bukanlah selaju papan selaju 'conan'..hanya menumpang wireless free..al-maklum sajalah.

Harap lepas ni kawan-kawan yang ingin buat segmen,GA ke ape2 ajelah...'consider' la sikit dengan blogger yang nasib macam waalid ni...tapi ini hanyalah pendapat waalid semata-mata,bukanlah satu perkara yang kalian kena patuhi 100%...

P/S : kalau buat syarat yang banyak2..korang jugak yang rugi sebab waalid takkan join..haha...jangan marah..:P

Ohh..sikap orang kita...jadikan pengajaran

Kehidupan kita tidak lari dari kehidupan bermasyarakat, kerana makhluk yang bernama manusia ini adalah bersifat lemah dan saling memerlukan satu sama lain.

Dalam hidup bermasyarakat,banyak benda dan adab2 yang perlu dijaga agar keharmonian hidup bermasyarakat mekar dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Semalam waalid ada pergi ke sebuah rumah ni(nama dirahsiakan untuk kebaikan bersama), tujuannya untuk menghantar barang kiriman yang dikirimkan oleh ahli keluarganya di Mesir kpd salah seorang sahabatnya.

Waalid singgah ke rumah si fulan ni dengan memakai jubah dan berkopiah...setibanya di sana,waalid memberi salam. beberapa kali jugak waalid memberi salam,namun tidak berjawab. Waalid cuba mengembangkan telinga untuk mendengar kalau2 ada bunyi manusia dalam rumah tu..

Tetiba waalid terdengar satu perbualan(dengar hujung2 telinga)

si a : eh,dengar mcm orang bagi salam..sape tu?
si b : orang mintak sedekah
si a : royak(bgtau) xde orang

Waalid agak terkilan mendengar kalam2 itu menyebabkan perasaan bercampur baur,sedih dan geram dengan sikap yang ditunjukkan oleh isi rumah itu. Mungkin tidak semua orang bersikap begitu,namun,sebagai peringatan...janganlah kita cepat berburuk sangka dengan orang lain.

Apalah salahnya kalau benar waalid ingin pergi minta sedekah pun,bukankah itu membuka pintu rahmat Allah?jawablah salam..bagitau elok2 yang 'dia' tidak berkemampuan untuk bersedekah..bukannya melayan seburuk itu..

Apapun..waalid doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua serta mengislahkan diri kita kepada yang terlebih baik terutama yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan sesama manusia..

Wallahua'lam.

p/s: cerita ini bukan bertujuan memburukkan mana2 pihak..tapi hanya untuk dijadikan pedoman dan pengajaran bagi yang ingin berubah...wallahua'lam

Ujian Allah Datang Pelbagai Cara..Sabarlah..

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah taala atas segala limpahan kurnianNya yang tidak terhingga.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam,para sahabat,pengikut2nya dan seluruh ummat Islam.

Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba. Bagaimana sang pencipta menguji kesabaran dan kehambaan seorang hamba terhadap penciptanya.

Begitu juga dengan nikmat2 yang Allah berikan,semuanya berlaku dengan perjalanan taqdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

Ayat-ayat di atas adalah pujukan kepada si hamba yang lemah di atas musibah dan ujian yang berat. Berita tentang penyakit 'cancer' atau dikenali dengan nama leukemia yang dihidapi oleh anak saudara waalid sangat memeranjat dan menyedihkan. Kanak-kanak yang masih belum baligh,berumur 5 tahun sudah merasai kesakitan yang sangat berat dan sukar untuk diubati..

Sungguh berat ujian yang diberikan Allah kepadamu...bak kata pepatah,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Dengan ketiadaan sayap kiri a.k.a sang isteri yang dijemput Allah dalam kemalangan 4 tahun lalu,abang ipar waalid terpaksa mengharungi ujian Allah yang berat ini. Semoga dikau tabah dalam menghadapi segalanya..

Ya Allah,ringankanlah bebanan yang ditanggung oleh mereka,juga bebana orang-orang Islam seluruh dunia..aamin...

Hanya doa dan munajat mampu dilakukan agar Allah memberikan kesembuhan dan kepulihan dari kesakitan yang dihadapi...mohon sahabat-sahabat doakan juga..Jazakumullahu khairan jazak..

This is My STYLE, Islam is The Best

Akhir-akhir ini kita ummat islam sangat sedih dengan beberapa perkara yang berlaku melibatkan maruah dan kehormatan kita sebagai seorang yang beragama Islam. perkara pertama ialah merebaknya  'gangnam style' yang waalid boleh katakan berjayanya orang kafir melaghakan orang Islam dengan hanya 1 tarian simple. cuma oleh kerana minat kepada korea mungkin,ianya begitu cepat merebak dan mempengaruhi anak-anak muda,tidak terlepas masyarakat melayu amnya.

[++] 'Hazihi Sabili', Inilah Jalanku! This is My STYLE, Islam is The Best.. So, which one is your 'STYLE'? - Credit to MFR Studio

Mudahnya kita terpengaruh dengan kemajuan semasa,semberono mengikut rentak orang kafir,sudahkah kita mengkaji makna-makna lirik nyanyiannya,makna gerak lenggoknya. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang menjual maruah agamanya..aamiin.

Perkara kedua yang sangat menikam dan menghiris-hiris hati ini ialah sebuah filem yang MENGHINA junjungan besar SAIDINA RASULULLAH shallallahu 3alaihi wasallam. Filem yang dibuat oleh orang kafir berbaur lucah itu menghina tubuh mulia Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda S.A.W. Waalid sangat sedih kerana tidak ada apa yang mampu waalid lakukan selain berdoa agar Allah memelihara agama Islam yang mulia ini.

Mungkin tindakan yang dilakukan terhadap duta US di Libya agak keterlaluan,namun ianya tidak mustahil bagi seseorang yang tersangat menyintai Rasulullah dan tidak sanggup dengan penghinaan terhadap Baginda. Tetapi waraslah dan berfikirlah dengan rasional untuk melakukan tindakan agar tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada Ummat Islam.

Sama-samalah kita berusaha untuk menentang penghinaan terhadap Baginda S.A.W.. ada yang menyuarakan ketidakpuashatian dengan berdemo aman..silakan,ada yang hack dan memberi ingatan kepada orang amerika..silakan,ada yang membuat penerangan tentang kemuliaan Nabi..silakan..dan lain-lain tindakan yang boleh menguntungkan dan menyelamatkan kekasih Mulia yang kita cintai dan sanjungi..

wallahua'lam

p/s : blog jarang update..SPR masih terpundak atas batu jemala patik..huhu...bleh lihat sini...-->http://www.infokpt.com/v3/2012/09/13/pengumuman-kekosongan-kerusi-ajkt-sesi-20122013/
doakan dipermudahkan urusan waalid olehNya..insyaAllah..TQ

Otak Ligat! Badan Lincas!

Alhamdulillah,segala puji bagi Sang Pencipta yang teragung,Selawat dan salam kehadrat kekasih junjungan serta buat para pengikut dan seluruh kaum muslimin.

Dalam melakukan sesuatu perkara,peranan otak sangat penting. Terlebih-lebih lagi perkara tersebut memerlukan otak yang ligat dalam mencernakan buah fikiran mahupun mengeluarkan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu kemusykilan atau masalah.

ihsan google
Bagi mereka yang sibuk,memegang jawatan dalam persatuan,organisasi, harakah,dan sebagainya, otak ligat dan badan lincas sangat besar peranannya. Bagi yang banyak tanggungjawabnya, tersangatlah memerlukan otak yang ligat berfikir bagi mengawal gerak kerja agar tidak bertindan dan terlepas pandang.

Kadang-kadang kita(khususnya waalid) sangat perlu untuk belajar melakukan banyak benda dalam satu masa. Sebagai persediaan untuk berada dalam medan yang sebenar di tanah air tercinta. Tugas sebagai seorang anak,seorang suami,seorang da'ie dan mungkin banyak lagi taklifan yang akan diberikan nanti amat memerlukan persediaan yang cukup. Barulah nanti tidak 'mati katak' untuk melakukan semuanya.

Untuk mendapatkan otak yang ligat dan badan yang lincas,petua yang senang dan paling mudah untuk dilakukan ialah berSUJUD, mungkin petua ini jarang diambil berat oleh kita.

ihsan google

Sujud mampu menjadikan otak kita cerdas kerana ketika sujud,darah akan mengalir ke dalam satu saluran yang tidak akan sampai darah padanya melainkan ketika kita sujud. InsyaAllah otak kita akan semakin cerdas dan pintar. Disamping itu,banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan dan 'keligatan' otak kita ni. Termasuklah faktor pemakanan,persekitaran,pergaulan dan sebagainya.

"Akal yang cerdas dari badan yang sihat..."

Seorang yang bergelar ustaz atau pendakwah,kadang-kadang dilihat atau sinonim hanya menadah kitab,mengajar,kuliah,ceramah dan sebagainya. Sebenarnya,dalam Islam juga menggalakkan untuk kita beriadhah. Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam juga turut beriadhah,Nabi beriadhah dengan menunggang kuda,berenang dan memanah.

Mempelbagaikan kemahiran diri termasuk bersukan juga merupakan satu cara untuk para da'ie untuk mendekati para mad'u mereka,namun bukan perlu jadi pemain sukan yang pro,cukuplah sekadar kita reti untuk bersukan. Kalau main bola,agak-agak sepak bola tu kena dah kira ok la tu..begitu juga sukan-sukan yang lain.

Ok,ok..dah melalut dah..asalnya waalid hanya nak buat entry ringkas..jadi panjang pulak,harap maaflah kalau kalian bosan baca entry yang panjang lebar ini..huhu.

Sebagai kesimpulan,blog waalid yang agak bersawang akhir-akhir ini adalah kerana waalid sedang cuba untuk menjadi otak ligat dan badan lincas...huhu. Dah takde keje cari keje..nah,rasakan kau waalid..sahabat-sahabat tolong doakan agar segala pekerjaan waalid dimudahkan olehNya ya.. jazakumullahukhairan jazak...^_^

Gune Autolike Menang Peraduan..ade ke...

Orang cakap,tak baik dengki dengan rezeki orang..tapi kalau main tipu dalam sesuatu pertandingan,sudah tentu ramai yang tak puas hati..kan?

hem..kan baru2 ni waalid ade join satu pertandingan yang dibuat oleh KBBUTV3,contest gambar hari raya,contest yang dibuat berakhir dengan kontroversi..kesian plak kat admin KBBUTV3 tu,ramai yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Tapi benda dah jadi,apa nak kata?tanggunglah pemenang tu dosa 'kering' dan kalau duit rm300 tu dibuat utk makan,maka tumbuhlah daging yang haram dalam tubuh badannya akibat penipuan yang dibuat.

Al-kisahnya,si pemenang ini,ntah nama ape,waalid xusahlah mentionkan kat sini, telah membuat aplikasi autolike kat gambar dia hingga jumlah like pada gambarnya sebanyak 1k lebih...memang comfirmlah menang..huhu..

Tak apelah,semua dah terjadi,namun,pada pendapat waalid,semua itu boleh diperbetulkan oleh admin, kalau dia mahu berlaku adil dan telus. pihak penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan si 'dia' apabila terbukti dia telah melakukan penipuan. Entahlah,waalid sangka baik admin tidak tahu akan hal ini.

Yang lepas biarlah lepas,tapi yang akan datang beringatlah agar pisang tidak berbuah dua kali.

sekian bebelan waalid untuk kali ini..wallahua'lam


p/s:maaf kalau ada yang terawang2an...huhu...

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -