Archive for August 2011

Aduan Salahlaku Atase Pendidikan [Khairi Jallaluddin]

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menghantar delegasi yang diketuai oleh Ketua DPP Malaysia bersama Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang – undang dan hak Asasi Manusia DPPM ke Mesir pada 2 hb Ogos 2011 yang lalu untuk melihat dan meneliti dari dekat mengenai aduan ramai pihak mahasiswa/i Mesir mengenai salah laku seorang Pegawai Atase Pendidikan Malaysia [ Education Malaysia Egypt ] Kementerian Pengajian Tinggi yang bernama Khairi Jalalluddin.

Sebagai seorang pegawai atase pendidikan, Khairi Jalalluddin telah dilihat terlalu banyak melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah pula dengan profesionalisme tugasnya. Beliau juga menjadi Ahli Lembaga Kelab UMNO Mesir.

Beliau sepatutnya berperanan untuk memberi khidmat dan membantu peningkatan akademi mahasiswa\i di Mesir, tetapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di kaherah Mesir.

Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan ialah
• Berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik ArabMesir [PMRAM]
• Merancang untuk mengheret pelajar Perubatan Mesir menyertai Kelab UMNO.
• Berkempen dihadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai Kelab UMNO Mesir
• Mengadu domba agar pihak duta bertembung dengan Mahasiswa

Lebih banyak penyelewengan dan salahlaku beliau telah didedahkan oleh sebuah laman social facebook KJ Bocor Fan Club.

Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius perkara ini dan memohon pihak berwajib seperti pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.

Sekiranya Khairi Jalalluddin bertindak seperti yang didedah, DPP Malaysia mendesak dan menggesa supaya Khairi Jallauddin segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar. Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai Pegawai Atase Pendidikan dan beliau bolehlah kembali ke Mesir atas nama Ahli kelab UMNO Mesir tanpa perlu lagi berselindung di sebalik jawatan kerajaan.

Sekian pandangan dan aduan kami;

Disediakan oleh;

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Temuramah TV Selangor bersama pelajar Malaysia di Syria

DAMASCUS 16 OGOS : Tatkala negara kecoh dengan keadaan pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia ketika rusuhan di London awal minggu lalu, negara seolah- olah melupakan nasib pelajar yang masih lagi terperangkap di satu lagi negara yang kini bergolak hebat.

Lebih 200 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria, berdepan dengan situasi getir seandainya rusuhan di negara itu semakin buruk lantaran pemberontakan rakyatnya terhadap pemerintahan zalim rejim Presiden Bashar Al-Assad, sejak awal tahun ini.

Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Syria, Mohammad Hazuanuddin Sofuan ketika bercakap kepada TV Selangor berkata, rakyat Malaysia tidak dibekalkan maklumat sebenarnya tentang status pelajar Malaysia di Syria walaupun tatkala ini tentera Syria rakus membedil rakyatnya tanpa sekelumit belas ehsan.

Beliau yang juga pelajar Kuliah Dakwah Mujamma' Syeikh Ahmad Kiftaro Jazmateah,di Damascus atau Damsyik berkata, pelajar- pelajar Malaysia kini terdedah kepada situasi getir apabila, pada satu- satu masa, rusuhan hanya berlaku beberapa meter sahaja dari rumah kediaman mereka.

"Kebanyakan pelajar tinggal di kawasan yang sama, Asaduddin dan Olihiyah di Damascus. Tempat berlaku demonstrasi memang dekatlah dengan penempatan pelajar kita.

"Saksi mengatakan mereka nampak rakyat dipukul oleh pihak keselamatan..Cuma pelajar kita dapat mengelakkan diri dari terlibat," jelas Hazuanuddin.

Syria adalah negara Arab yang turut menerima tempias revolusi rakyatnya selepas kejatuhan kerajaan Mesir dan Tunisia. Kebangkitan rakyat Syria adalah berpunca daripada konflik dalaman yang berterusan sejak Mac 2011.

Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada kebangkitan pada 15 Mac 2011.

Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya.

" Seorang lagi pelajar Malaysia di Syria, Syed Muslim Zainuddin menceritakan kesulitan mereka meneruskan kelangsungan hidup di sana berikutan harga makanan meningkat secara mendadak.

Muslim yang juga Penasihat Persatuan Pelajar Malaysia di Syria berkata, ramai pelajar di sana terpaksa berpindah dan menyewa secara beramai-ramai lantaran kadar sewa rumah juga meningkat secara drastik.

"Harga barangan dan keperluan harian meningkat. Kebanyakan pelajar bukan dari keluarga yang kaya. Kebanyakan bantuan berbentuk peribadi seperti dari keluarga dan sebagainya. Banyak juga pelajar keluar berpindah dari rumah kerana harga rumah sewa naik dan (kini) hidup berhimpit ramai-ramai di sebuah rumah,"katanya.

Pelajar Kuliah Dakwah Mujamma' Syeikh Ahmad Kiftaro Jazmateah, Damascus ini turut menceritakan, beliau pernah ditahan dan diperiksa oleh tentera Syria.

Apa yang paling dikesali ratusan pelajar Malaysia di sana adalah sikap Duta Besar Malaysia ke Syria yang seolah- olah tidak serius menjaga kebajikan mereka disana.

"Secara peribadinya saya lihat (dari sudut) pantauan Kedutaan hanya berhubung dengan Persatuan untuk maklumat.

"Bila ada program di rumah persatuan baru dia (kedutaan) turun. Itupun tak selalu. Dan bukan duta yang turun, dia hantar wakil. Daripada sudut peribadi sepatutnya kedutaan hantar duta sendirilah baru pelajar lebih yakin dengan maklumat yang disampaikan kerana beliau lebih tahu hal-hal sebegini,"katanya.

Muhammad Hafizullah Muda pula menceritakan betapa pihak kedutaan seolah- olah tidak serius dengan rancangan membawa pulang pelajar- pelajar ke Malaysia.

Beliau yang kini pelajar tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Mujamma' Fatah Islami Mujtahid di sini, menceritakan betapa beberapa bulan lalu, pihak kedutaan telah menawarkan untuk membiayai pelajar yang mahu pulang apabila keadaan semakin getir lantaran tindakan ketenteraan terhadap mereka yang berdemonstrasi.

"Dia (kedutaan) nak tanggung pelajar kita balik. Pelajar yang sudah habis urusan, peperiksaan boleh balik. Tapi bila pelajar dah siap kemas barang dan urusan mereka (kedutaan) kata Wisma Putra tak buat keputusan pun. Ramai yang kecewa ketika itu. Ramai ambil keputusan minta duit dengan keluarga dan balik sendiri,"katanya.

Menggunakan modus operandi yang mirip kepada Tunisia dan Mesir, rakyat Syria membuat perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan rusuhan kedai- kedai.

Beribu- ribu penunjuk perasaan telah dibunuh, cedera dan ditahan.

Kumpulan hak asasi manusia dan PBB berkata pasukan keselamatan Syria telah menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan telah membunuh lebih 1500 orang awam.

Dalam usaha mematahkan kebangkitan rakyat, tentera Syria bertindak memasuki bandar Baniyas, Hama, Homs, Talkalakh, Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan beberapa bandar lain.

Penduduk tempatan mendakwa askar yang enggan berperang ditembak dan penduduk "disembelih seperti biri-biri" di atas jalan.

Negara Arab seperti Bahrain, Arab Saudi dan Kuwait telahpun memanggil pulang duta mereka ke negara itu sebagai satu bentuk tekanan ke atas negara terbabit.

Namun, Menteri Luar Malaysia, Dato' Sri Anifah Aman setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung pendirian Malaysia bersabit pergolakan di negara itu.

Sebaliknya menurut laman web kementerian Luar, satu notis bertarikh 12 Ogos 2011 dikeluarkan daripada kedutaan besar Malaysia di Syria meminta agar pelajar menjaga keselamatan diri dan berhubung dengan kedutaan.

Berdepan dengan apa sahaja kemungkinan, Hazuanuddin selaku Presiden yang mewakili pelajar Malaysia di Syria, merayu agar Wisma Putra dan kedutaan tidak memandang sebelah mata akan nasib yang bakal menimpa mereka kelak.

"Apa yang boleh kami harapkan agar pelajar di sini tidak dipandang sebelah mata dan ataupun diberi perhatian supaya tak terlepas dari sebarang maklumat. Malang tak berbau kita harap segala kemungkinan diambil kira dan semua pihak sedia ambil tindakan,"tambahnya lagi.

Ketahui Perkembangan Ummat Islam Semasa

Di samping menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan yang lain,janganlah kita lupakan dan tidak mengendahkan saudara-saudara kita di tempat lain yang sedang ditindas,dizalimi dan dianiaya. Sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :" Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan muslim yang lain,maka dia bukanlah dari kalangannya".

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang pentingkan diri sendiri serta tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,Nauzubillah.

layarilah laman-laman web yang disediakan di bawah ini untuk mengetahui akan perihal saudara-saudara kita di PALESTIN,YAMAN,EGYPT,SYRIA DAN LIBYA

Palestine: http://blogs.aljazeera.net/liveblog/Gaza

Mesir: http://blogs.aljazeera.net/liveblog/Egypt

Syria: http://blogs.aljazeera.net/liveblog/Syria.

Yaman: http://blogs.aljazeera.net/liveblog/Yemen

Libya: http://blogs.aljazeera.net/liveblog/Libya

Nasyid Pembakar Semangat Yang Luntur(Sunnah Orang Berjuang)

sekadar hiasan






Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu

rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu

Orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuhnya tidak terbilang

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati dilupa
para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tak berjaya

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

Sikap Kurang Ajar Encik Khairi Jalalludin



KAHERAH, 15 Ogos - Hasil desakan daripada suara mahasiswa dalam menuntut hak kepada salah seorang mahasiswi yang terpaksa menanggung bayaran yuran pengajian ulangan akibat kecuaian oleh seorang Pegawai Atase Pendidikan,Encik Khairi Jalalludin.

Hari ini Encik Khairi Jalalludin telah berurusan dengan pihak Universiti Ain Syams untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Menurut beberapa sumber, Pegawai HEP Selangor Encik Mohd Faryzan bin Subehi telah dihubungi oleh Encik Khairi Jalalludin untuk bersama beliau menguruskan isu ini dengan pihak pengurusan universiti.

Namun begitu, Encik Khairi Jalalludin telah menunjukkan sikap kurang ajarnya kepada Pegawai HEP Selangor apabila bersikap acuh tak acuh memberikan arahan tempat pertemuan dalam menyelesaikan kes ini .

Antara arahannya " Cari bangunan yang ada karpet yang berwarna merah" , Pegawai HEP Selangor bersama seorang wakil pimpinan BKASM terpaksa mencari tempat yang diarahkan.

Apabila tiba di bangunan yang disebutkan beliau bersama Encik Sulaiman dengan muka selambanya mengatakan urusan sudah selesai ,jangan risau.

Betapa kurang ajarnya sikap beliau dengan mempermainkan Pegawai HEP Selangor sedemikian rupa, inikah yang dikatakan dia telah berubah sepertimana yang didakwa oleh Pengarah EME Prof Suaidi.

Sungguh memalukan dan Encik Khairi masih rasa begitu selesa biarpun sikapnya yang suka menipu itu telah ketahui ramai.

Disebabkan sikap sambil lewa beliau, seorang mahasiswi terpaksa menanggung kerugian.Ini baru satu episod tentang perangai dan sikapnya yang hanya tahu mencari salah laku pelajar dan memperhambakan diri kepada UMNO semata-mata.

ARMA : ANTARA KEBAJIKAN DAN BAHAN UGUTAN

web pmram 
 
Semenjak penafian awal hak PMRAM dalam meduduki anjung ARMA yang sudah pun berlalu selama hampir dua dekad, siri demi siri penafian hak telah dilalui PMRAM dan juga ahlinya.
Setiap peristiwa dan catatan kronologi daripada setiap penafian hak tersebut memberikan kesan yang cukup mendalam dan   dapat dilihat hingga kini.

Bagaimana kita lihat hak yang telah dipersetujui antara PMRAM dan pihak kedutaan iaitu kuasa pemutus kepada dasar pentadbiran ARMA perlu melibatkan 3 orang wakil badan pengurus telah pun dihapuskan daripada peraturan ARMA 1981 tanpa perbincangan secara bersama dengan pihak PMRAM.
Ketiadaan 3 orang wakil PMRAM dalam struktur jawatankuasa pemutus dasar pentadbiran ARMA untuk membuat keputusan sekaligus sebagai ahli mesyuarat telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap pihak-pihak tertentu.

Ini dapat kita lihat apabila keputusan yang hampir merenggut hak bersuara 3 orang mahasiswa yang menetap di ARMA yang telah diugut untuk dikeluarkan daripada ARMA ekoran terlibat dalam perhimpunan BERSIH baru-baru ini.

Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya perjuangan untuk mendapatkan kembali hak keberadaan 3 orang wakil PMRAM dalam jawatankuasa lembaga itu.

Ini kerana, seperti yang termaktub dalam peraturan asrama tahun 1981, PMRAM mempunyai kuasa dalam kumpulan mesyuarat pentadbiran dan pengurusan ARMA. Berikut senarai ahli jawatankuasa asal pentadbiran dan pengurusan ARMA:-

1. Pengarah, JPM (Pengerusi)
2. Penyelia Asrama (Setiausaha)
3. Pegawai Kebajikan (I) JPM
4. Pegawai Kebajikan (II) JPM
5. Juruwati Asrama
6. Tiga orang wakil PMRAM

Ahli Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang berhak membuat dasar dan keputusan  serta menjadi penasihat dan menimbang sebarang rayuan daripada pelajar.

Walaupun bilangannya hanya 3 daripada 8, sekurang-kurangnya pihak PMRAM dapat menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu keputusan. Akan tetapi kumpulan Ahli Jawatankuasa ini dibubarkan dan diubah tanpa restu dan persetujuan PMRAM dan sekaligus menafikan hak keberadaan PMRAM di ARMA.

Tujuan asal perjuangan orang-orang dahulu untuk mendirikan sebuah asrama adalah untuk kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di sini, namun kini asrama tersebut iaitu ARMA telah dijadikan sebagai ‘senjata’  dan bahan ugutan  bagi mahasiswa yang berani bersuara menyatakan pendapat mereka.

Usaha untuk mendapatkan semula ruang  pejabat PMRAM di ARMA telah pun dimulai dan dilakukan oleh mereka terdahulu yang cintakan hak dan kebajikan.

Maka peranan kita pula selaku mata rantai penerus perjuangan untuk mempertahankan tujuan murni mereka itu agar ia kekal menjadi tujuan kebajikan dan tiada unsur memberatkan terhadap mana-mana individu yang bersuara.

Bersama-samalah  kita memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dikecapi oleh PMRAM. Dan bangkitkanlah sensitiviti dan semangat sesama ahli dalam memperjuangkannya. Tidak lain tidak bukan hanya untuk kebajikan kepada seluruh mahasiswa.

“ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka”
Semarak Gelombang Kuning.


Disediakan oleh:-

Muhammad Nadzir b. Jamaluddin
Pengarah,
Unit Panitia ARMA,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.
Sumber : Web Rasmi PMRAM

Gelagat KJ Boboy berhadapan dengan Pelajar

Dalam satu majlis berbuka puasa yang dia adakan di Mansurah, en. KJ boboy yang sudah cuak perangainya oleh pelajar-pelajar mesir turut hadir sama...pun begitu,kehadirannya membuka peluang bagi pelajar-pelajar bersua muka dengannya untuk berbicara berkenaan isu kezaliman terhadap mahasiswa yang kian menjadi-jadi.

pendedahan yang dilakukan kak limah mungkin menyebabkan KJ boboy takut untuk berhadapan dengan pelajar kerana difahamkan beliau hanya menunggu dalam kereta setibanya di tempat majlis apabila melihat sekumpulan pelajar memegang sepanduk yang tertera "Sila Hantar KJ pulang!!!"..takut ke KJ boboy?

rakaman di bawah adalah antara adegan dan peristiwa yang berlaku di sana.




Musykil :
  1. larangan untuk pelajar ambil gambar,tapi KJ boboy boleh ambil plak?
  2. nampak Pengarah EM bengang dengan KJ jee..
  3. KJ boboy libas kamera/video pelajar?

Pengurusan Haprak En Khairi Jalaludin (Atase Pendidikan EM Mesir).

"Isu mahasiswa di Mesir yang berlaku baru-baru ini tidak senyap begitu sahaja. Timbul pula isu baru berkaitan pengurusan KJ.

FB Kak limah telah mendedahkan pelbagai kejahatan yang telah dilakukan oleh en.KJ. Antara tugas utama KJ adalah untuk memastikan semua pelajar di Mesir akan menyokong UMNO.

KJ terlalu sibuk untuk mengUMNOkan orang sampai terabai kerja utama dia selaku Atase Pendidikan. KPT (kementerian Pengajian Tinggi) melantik beliau untuk menjalankan tugas selaku pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke universiti-universiti di Mesir ini. malang sekali tugasan utama beliau terbengkalai dan menyusahkan orang lain.

Isu terbaru berkaitan pengurusan pegawai "haprak" ini telah terbongkar apabila seorang mahasiswi Universiti Ain Shams bernama Hanisah Hashim mendedahkan kelalaian KJ dalam mengurus kemasukan beliau ke tempat pengajian beliau.

Saudari hanisah telah menerima surat "Pemakluman Kemasukan Ke Universiti di Mesir" dari pihak KPT yang bertarikh pada 8 disember 2009. Surat tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah mendapat tempat di Universiti Ain Shams dan akan memulakan pengajian pada sesi 2009/2010.

surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 1)

surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 2)

Saudari hanisah telah mengalami beberapa masalah sehingga terpaksa memohon untuk menagguhkan pengajiannya. Permohonan beliau telah dihantar kepada KJ untuk diuruskan dan dimaklumkan kepada pihak Pejabat Pelajar Luar (wafidin) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Pihak KPT telah memberi jawapan balas kepada saudari hanisah terhadap permohonan tersebut dan menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan pendaftaran bagi sesi 2009/2010.

surat penangguhan pendaftaran (16 julai 2010)

Namun malang sekali, KJ telah menipu pihak KPT dengan memaklumkan bahawa permohonan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Ini terbukti apabila pihak universiti mengesahkan bahawa status pengajian hanisah adalah mengulang tahun "repeat year" bukan sebagai pelajar baru sesi 2010/2011. Status pengajian ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung sendiri kos yuran yang berganda sebanyak GBP 3000 bersamaan LE 30,000 (RM 15,000).

Rentetan dari bebanan yuran yang tidak mampu dijelaskan, saudari hanisah tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan sesi 2010/2011.
pengesahan status pengajian "repeat year" saudari hanisah dari pihak universiti.


"financial slip" yang perlu dijelaskan berjumlah GBP 3000 / RM 15,000.

Isu ini jelas menunjukkan pengurusan haprak KJ yang telah menipu pihak KPT dan menyusahkan banyak pihak. Mahasiswa sedar menyarankan agar pihak KPT menyiasat maklumat yang telah diberikan oleh pegawai ini dan memilih pegawai yang profesional untuk menjalankan amanah tugasan. En Khairi Jalaludin perlu dipanggil pulang dan menamatkan perkhidmatannya di Mesir.

Kerana terlalu sibuk dengan tugasan parti, kerja utama selaku Atase terbengkalai.


sumber :http://ibnharith.blogspot.com/ "

PENGURUSAN EN KHAIRI JALALLUDIN : SURAT PENANGGUHAN TIDAK SAH, STATUS MENGULANG



KAHERAH, 12 Ogos - Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Saudari Rozana Masnan mengesahkan bahawa status pengajian Saudari Hanisah Hashim adalah mengulang sebagaimana aduan yang dilaporkan.

Ia dikuatkan lagi dengan bukti yang diterima daripada pihak universiti hasil perjumpaan Timbalan YDP II, Saudari Siti Hajar Atikah M.Tarman yang merupakan Timbalan setiausaha II bersama mangsa dengan Madam Maha selaku kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams pada jam 10.15 pagi semalam.

Perjumpaan dengan kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams tersebut adalah bagi memastikan bahawa status mangsa adalah mengulang akibat surat penangguhan yang diterima oleh pihak mangsa tidak laku.

Bahkan maklumat yang diterima bahawa, tiada langsung sebarang urusan yang dilakukan oleh Pegawai EM, En Khairi Jalalludin bersama pihak Pejabat Pelajar Luar (idarah wafidin) berkenaan permohonan mangsa untuk menangguhkan pengajian selama satu sesi.

Hasil semua maklumat dan bahan bukti yang diperolehi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak PMRAM untuk siasatan lanjut bagi tindakan susulan.

"Apa yang kita kesal ialah bagaimana En Khairi Jalalludin boleh mengeluarkan surat atas nama JPMK untuk meminta pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agar mengeluarkan pengesahan surat penangguhan kepada saudari Hanisah Hashim sedangkan urusan dengan pihak Pejabat Pelajar Luar langsung tidak dibuat?" soal Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman ketika ditanya respon mengenai isu ini.

"PMRAM akan meneruskan tindakan susulan serta perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini agar Saudari Hanisah Hashim tidak teraniaya dengan beban yuran yang mahal (1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000) yang tidak sepatutnya beliau tanggung," tambah beliau lagi.


Sumber : pmram.org

Oh Indahnya Demokrasi Malaysia....

Inilah yang demokrasi dan kebebasan yang dilaung-laungkan...cubalah buka sikit minda dan fikiran kita...

lihatlah....


Dalam kes di UPM, seorang calon pro-mahasiswa yang menang PRK secara sah melalui PRK yang dikendalikan oleh HEP, di buang kolej sertamerta selepas disahkan menang!

Teringat kata George Bush. Either you are with us, or you are with the terrorists. Jadi jika tak menyokong Aspirasi anda adalah menyokong pembangkang. Maka bertepuk sorak kaki-kaki pengampu.

sumber asal :baginda

PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, En Khairi Jalaluddin

KAHERAH, 9 Ogos - Satu aduan berkaitan salah laku seorang pegawai EM, En Khairi Jalalluddin ke atas seorang mahasiswi perubatan bidang pergigian Universiti Ain Shams telah diterima oleh pihak PMRAM tengahari tadi.

Aduan tersebut berkaitan kekeliruan status penangguhan kuliah selama setahun oleh mahasiswi tersebut, Hanisah binti Hashim yang berasal dari Selangor.

Beliau disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.

Sehubungan itu, beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK (sekarang EM) rujukan JPMK(AKA)1000/016/06(03) atas alasan Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi , Pegawai Atase EM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia.

Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa saya sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah dibuat.

"PMRAM memandang kes ini sebagai isu penganiayaan ke atas mangsa (Saudari Hanisah Hashim). Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci bagi tindakan susulan," ujar Syeikh Mujahid, Naib Presiden III, selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini dan surat yang JPMK yang telah dikeluarkan daripada En. Khairi selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam isu ini. Kita juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membela nasib saudari kita ini," tambah beliau lagi.

sumber : PMRAM

Apakah Tandanya?

Bismillah Walhamdulillah..
Syukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ramadhan kali ini,masuk hari ini sudah hari ketujuh kita dan semua ummat Islam berpuasa,bagaimanakah dengan amalan kita?puasa kita,tadarrus Al-Quran kita,Bacaan Al-Quran kita,solat tarawih kita,Qiam kita dan ibadah-ibadah lain,adakah semuanya maintain atau 'cerlang-cerluk'..tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Kelopak mata sebelah kiri atas bergerak

Sudah masuk dua hari kelopak mata sebelah kiri atas ni asyik bergerak-gerak...agak menyulitkan sebab kadang-kadang menyebabkan mata tak boleh nak fokus kepada sesuatu... seingat saya,pernah ibu dan kakak saya memberitahu akan alamat dan petanda kalau kelopak mata bergerak-gerak,dan itu hanyalah petua orang dulu-dulu. Memang tidak boleh mempercayai sangat dan boleh membawa kepada rosak akidah.

Sememangnya petua orang dulu-dulu berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang luas..mungkin juga ada benarnya petanda-petanda ini..tapi,sebaiknya kita tidak mempercayai sangat perkara-perkara sebegini. 

Apa Tandanya?

Entahlah..mungkin saudara-saudara di luar sana ada yang mengetahui dan boleh berkongsi di sini akan alamat dan tanda tersebut..apa yang saya dapati hasil carian di google maka terjumpalah akan jawapan ini...

Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

harap-harapnya..apa yang dikatakan benar sebab sekarang saya menunggu keputusan peperiksaan baru-baru ini..kalaulah benar apa yang dikatakan..moga-moga sesuatu yang baik itu adalah keputusan yang baik..amin..(^_^)..

dan ada lagi petanda-petanda yang dikhabarkan...sebanyak 80 petanda..mungkin boleh baca tapi percaya jangan sangat..huhu..

layanz....

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut


1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

so,harapan saya..perkara ini tidak di ambil serius dan mempercayai 100%..sebaliknya,berdoalah akan kesejahteraan dan diberikan kebaikan dunia dan akhirat..wallahua'lam.

Isu Mahasiswa : Temubual Bersama Ustaz Ridhuan Mat Nor




5 OGOS - Pihak Media Mesir hari ini telah menyiarkan video temubual eksklusif bersama Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan YB Khalid Samad berhubung isu pencabulan hak mahasiswa.



Video selama 3 minit 48 saat boleh didapati pada pautan di bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=CgkwcClKwRk (klik)

sumber asal : http://mediamesir.blogspot.com

KJ Boboy sayang...sila kemas barang dan pulang!

Bismillah walhamdulillah.

Akhir-akhir ini,air nil yang sentiasa mengalir tenang menyaksikan kebangkitan mahasiswa timur tengah khususnya mesir melawan kezaliman dan kekejaman pihak yang kononnya 'menjaga kebajikan' para pelajar di Mesir ini.

Banyak kes yang berlaku dek kerakusan nafsu serakah yang ingin melihat mahasiswa kita mandom dalam mendepani isu-isu yang berlaku terutama yang melibatkan politik sedangkan mahasiswa kita adalah warga Malaysia yang mempunyai hak individu yang wajib diraikan oleh mana-mana pihak.

Bermula dengan isu pembuangan saudara Alang@Firdaus Mazlan yang dikeluarkan dari pengajiaannya di Darul Ifta' Al-Misriyyah(kursus mufti) yang hanya berbaki seminggu untuk ditabalkan sebagai graduan,dibuang tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab telah membogelkan sikap profesional satu pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini.

Antara pendedahan yang dibuat oleh Kak Limah


Mahasiswa dipanaskan lagi dengan isu pembuangan sahabat-sahabat daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiyah(kini dikenali Dewan Malaysia Abasiah Kaherah) juga menunjukkan pihak yang terlibat tidak profesional dalam melaksanakan tugas. Tanpa sebarang dokumen yang membuktikan dan hanya dengan arahan lisan menyebabkan mereka senang untuk bermain lidah dengan isu ini,namun hakikatnya 3 orang sahabat yang dibuang telah tampil di hadapan ribuan mahasiswa untuk adakan pengakuan ketika munajat perdana dan qunut nazilah yang diadakan di dataran Hayyu Asyier.

Tidak puas dengan itu,pihak yang suka dengan kekejaman ini terus rakus mendabik dada dan mengugut pelajar-pelajar untuk ditarik pinjaman dan zakat pengajian mereka,agaknya mereka bangga dapat menggunakan kekuasaan yang ada pada mereka untuk menyekat kebebasan hak mahasiswa. 40 orang pelajar dari Negeri Perak di senarai hitamkan dan pelajar-pelajar disulitkan untuk membuat urusan di Education Malaysia.

Semalam,4 ogos mahasiswa terus diapikan perasaan mereka disamping bahang cuaca yang seakan-akan merasai bahang kebangkitan mahasiswa dengan 6 orang mahasiswa Terengganu yang dihantar surat oleh yayasan terengganu untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kpd pihak mereka.

Dalam kepanasan yang sedang membara,muncul satu lembaga yang digelar 'kak limah' oleh mahasiswa Mesir. 'kak limah' ini merupakan hacker yang berjaya memecah masuk ke dalam laman sosial seorang pegawai atase pendidikan,en,khairi jalaluddin atau nama glamournya 'kj boboy' dan telah membongkar segala kegiatan balik tabir dan sememangnya terbukti bahawa segala tindakan yang disebut di atas adalah di dalangi oleh pegawai ini.

Sahabat-sahabat semua boleh merujuk laman facebook 'KJ bocor fan Club' untuk menyaksikan sendiri bukti-bukti yang dikeluarkan oleh 'kak limah' berkenaan salah laku pegawai ini. Semuanya fakta dan bukannya auta.

Dengan kebangkitan mahasiswa,saya merasakan bahawa kj boboy yang terbukti ketidakrasionalan kewujudannya di sini(mesir) sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia kerana telah memalukan institusi pendidikan dan pihak Education Malaysia(EM) dengan kewujudan pegawai sebegini.

Moga-moga,ramadhan yang mulia ini membuka pintu hati kj boboy untuk bertaubat dan membetulkan keadaan dan ketegangan yang dilakukannya serta berkemas barang dan berambus dari ardhul kinanah ini sebelum munajat dan doa mahasiswa yang dizalimi menenggelamkan kamu di bumi kinanah. kalau kamu tiada perasaan sekalipun,ingatlah penderitaan anak isteri kamu..wallahua'lam.

serangkap pantun dariku untukmu kj boboy...

berapi-api kemarahan mahasiswa mahasiswi
semakin meletup kedatangan kak limah
kj boboy buat apa kau bertangguh lagi?
kemas barang,minta maaf...teruslah kau blah!


Sebagai rujukan dan perhatian sahabat-sahabat,boleh mendapatkan berita-berita semasa dan terkini dari beberapa sumber yang dipercayai iaitu :

1) http://mediamesir.blogspot.com/
2) https://www.facebook.com/pages/KJ-Bocor-Fan-Club/168407069899029  - (kj bocor) 

Jom Jalankan Usrah!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah yang maha pemurah lagi maha pemberi rahmat, segala puji bagi Allah yang bersifat adil kepada semua hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ahli bait Baginda dan para pengikut Baginda.

Kedatangan bulan Ramadan yang mulia menyerikan senario tarbiyah bagi kita selaku umat islam lebih-lebih lagi buat golongan mahasiswa Islam yang menjadi tunjang harapan ummah akan datang. Sesuai dengan nama program ihya’ Ramadan kali ini iaitu “Syahru Tarbawi” atau bulan tarbiyah, maka ia menandakan bulan ini menjadi universiti untuk mendidik rohani mahupun jasmani setiap individu.

Di samping melakukan ibadah kepada Allah Ta`ala, janganlah kita mengambil enteng perjalanan usrah atau Muzakarah Berkelompok (MB) yang tidak kurang pentingnya dalam institusi pentarbiyahan. Tarbiyah melalui usrah amat berbeza dengan cara-cara yang lain kerana usrah mampu melahirkan insan yang mempunyai nilai tambah sebagai persediaan buat masa akan datang.

Oleh itu, saya yang diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Fasilitator KPT Mesir dengan berbesar hati menyeru semua fasilitator untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka bagi menggerakkan perjalanan usrah masing-masing bermula 5 Ramadan 1432H bersamaan 5 Ogos 2011M berdasarkan manhaj yang telah ditetapkan.

Semoga usrah yang dijalankan akan menambahkan amalan kebajikan kita di bulan Ramadan dan juga mendekatkan diri kita kepada Allah dengan tautan ukhuwwah antara sesama ahli usrah. Siiru ‘ala barakatillah, wassalam.

“Usrah Tunjang Tarbiyah”

MOHD SYAMSHUL BIN HAJI SIDIK
Ketua Jabatan Fasilitator,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2010/2011.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -