- Back to Home »
- Isu Semasa , Mahasiswa , penindasan mahasiswa »
- "Henti Penghantaran ke Mesir Satu Penilaian"
Posted by : Yu. Syamz
Dec 26, 2011
Bismilllahirrahmanirrahim,
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,yang
menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia agar mereka tidak lari dari
landasan yang sebenar selaku hamba Sang Pencipta di atas muka bumi ini, agar
manusia tidak lupa dan bangga diri serta tidak melakukan kefasadan di dunia
yang sementara ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar ,Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam serta kaum kerabat dan para pengikut sehingga hari pembalasan.
Terkedu dan terguris jiwa saya sebagai
antara pelajar Terengganu di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,Mesir apabila
tempat belajar saya dikatakan “ketinggalan zaman” oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat istiadat
Melayu(MAIDAM), Wan Harujan Sulaiman sebagaimana yang dipetik dalam keratan
akhbar sinar harian semalam yang bertarikh 25 Disember 2011(Ahad).
Dalam kenyataannya yang bertajuk “henti hantar pelajar ke
Mesir”, antara alasan untuk tidak menghantar pelajar-pelajar ke Mesir adalah :
1-
Sistem pengajian yang
ketinggalan
2-
Mengikut langkah Yayasan
Terengganu
3-
Fokus untuk hantar pelajar
ke Jordan
4-
Dasar kerajaan dan MAIDAM
perlu patuhi
5-
Pelajar terlibat dengan
aktiviti yang merugikan kerajaan
6-
Keadaan keselamatan yang
tidak terjamin
SISTEM PENGAJIAN YANG KETINGGALAN
Ya,tidak dinafikan bahawa Universiti Al-Azhar masih
terkebelakang dari sudut infrastruktur,TAPI
bukan dari sudut pengajian. Dengan menggunakan sistem pemfailan yang
manual,tidak bermakna Univ. Al-Azhar ketinggalan dalam sudut pengajian.
Ulama’-ulama’ Al-Azhar sentiasa mendepani Isu-isu semasa dan juga Isu-isu
sejagat yang berlaku disekitar. Contoh
yang paling dekat ialah perhimpunan yang di adakan di Masjid Al-Azhar
bagi menyelamatkan Al-Azhar dan juga pemerkasaan ‘Wathiqah Al-Azhar’
sebagaimana yang dibentangkan oleh syeikhul Azhar,Syeikh Ahmad Toyyib di
Al-Azhar Conference Center(ACC) baru-baru ini menunjukkan Masyayeikh Al-Azhar
sentiasa memastikan keluarannya berkualiti dan dipercayai oleh semua lapisan
masyarakat.
Sistem Pengajian Al-Azhar adalah yang amat unik kerana
menggunakan dua institusi iaitu jami’ah(universiti) dan jaami’(masjid) dalam
usahanya melahirkan Ulama’ Al-Amilin(Ulama’ Yang Bekerja) dalam masyarakat dan
bukan hanya melahirkan mahasiswa/wi yang cemerlang di atas sijil sahaja.
Buktinya, selepas berlakunya revolusi 25 Januari tempoh lalu,percambahan dan
meriahnya kelas di Masjid Al-Azhar merupakan kembalinya usaha untuk menjadikan
Al-Azhar gemilang di persada dunia.
Selain itu, pengajian di Univ. juga melatih mahasiswa dan
mahasiswinya dalam mendepani masalah-masalah kontemporari seperti wujudnya
subjek ‘qodoya mu’asarah’ yang berkaitan
soal hukum hakam semasa yang berlaku dalam masyarakat. Dan untuk pengetahuan
semua,matapelajaran ini sentiasa dikemaskini sekiranya ada permasaalahan baru
yang muncul dalam dunia moden ini, nah,terbuktilah bahawa Univ. Al-Azhar tidak
ketinggalan dalam pengajiannya sebagaimana yang di tohmah.
(gambar kanan : para syeikh yang mengajar di masjid Al-Azhar setiap hari dalam seminggu)
Oleh itu,sahlah tohmahan yang mengatakan Al-Azhar tidak
sesuai untuk menjadi tempat belajar kerana ketinggalan adalah tuduhan dan
tohmahan yang ‘atas angin’ semata-mata.
PELAJAR TERLIBAT DENGAN PERKARA YANG MERUGIKAN
KERAJAAN
Berkenaan perkara ini,saya merasakan alasan yang umum ini
perlu kepada penjelasan yang khusus daripada MAIDAM. Apakah ‘perkara’ yang
dikatakan merugikan kerajaan?
Yang saya Nampak,perkara yang merugikan kerajaan ialah
boleh jadi ramai lepasan yang belajar di Al-Azhar apabila balik ke tanah
air,tidak terlibat dalam institusi kerajaan dan berada di pihak politik
pembangkang. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan perkara yang dikatakan
merugikan kerajaan.
Untuk pengetahuan semua,kami di sini dinaungi oleh
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dan Education Malaysia(EM) secara
amnya dan di bawahnya terdapat Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir(KPT)
yang mana persatuan ini sentiasa memastikan yang terbaik buat ahli-ahlinya. Baik
dari sudut keilmuan mahupun nilai tambah dalam ilmu berorganisasi.
Sebagai contoh, dalam memastikan ahli-ahli KPT sentiasa
cemerlang dalam peperiksaan, KPT Mesir di bawah seliaan Biro Akademik telah
mengadakan Misi Mumtaz Imtihan(motivasi) yang menampilkan doktor Muhamad Hameda
selaku pensyarah Maahad Bahasa Arab Univ. Al-Azhar.
Adakah terlibat dengan persatuan sebagai nilai tambah
kepada kami dalam sudut berorganisasi yang mana ilmu ini tidak didapati di
kuliah-kuliah dan perlu kepada praktikal dikatakan merugikan kerajaan?
Saya melihat ini merupakan satu bonus kepada kerajaan
bilamana golongan ini balik kelak,mereka sudah terdedah dengan ilmu-ilmu asas
berorganisasi, baik protokol majlis,mengendalikan
mesyuarat,dan lain-lain lagi.
Sekiranya perkara sebegini dipandang serong, amat tidak
adillah pihak kerajaan dalam melayani anak-anak bangsanya di luar Negara
khususnya Mesir sedangkan di tempat-tempat lain dilambung-lambung.
TELITILAH DENGAN BAIK DAN BUATLAH KEPUTUSAN
Saya berharap kepada pihak-pihak yang terbabit agar
perkara ini perlu diperhalusi lagi agar ulama’-ulama’ amilin bermanhaj Al-Azhar
dari Terengganu tidak disekat dan diteruskan penghantarannya kerana bimbang
kalau-kalau kurangnya ulama’ menyebabkan masyarakat menjadi jahil serta jauhnya
dari Rahmat Allah taala. Biarlah negeri kita ramai dengan ulama’ kerana tiada
ruginya memiliki mereka,tapi kalau tiadanya ulama’,maka alangkan rugi dan
bodohnya kita.
Semoga perkara ini tidak dipandang remeh oleh semua orang
kerana sekirany kita benci alim ulam’,samalah kita benci pewaris-pewaris Nabi.
" العلماء ورثة
الأنبياء"
“ulama’ adalah pewaris Nabi”
Justeru,buatlah keputusan yang terbaik dengan mangambil
kira segenap aspek dan bukan dengan pandangan keuntungan politik
semata-mata.wallahua’lam
{ 4 Tembakan... read them below or Comment }
●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :
1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>
●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Do you confront issues in Binance? Issues can be small or big and accordingly they can be fixed. Some people due to their less information fail to fix the issues on their own. Under such circumstances, you can call on Binance support number and get rid of any kind of issues in short-interval of time. The experts provide accessible solutions Binance Support Number and ultimate assistance related to your errors. You can call them as per your convenience to get assistance related to your errors.
ReplyDeleteHave you got frustrated with coming across the problem related to the pending transaction of deposit in Blockchain? If the same situation is persisting in front of you for a long time then rather than wasting your most important time, dial our Blockchain support number to drop a line to our experienced techies. They are highly skilled and know Blockchain Support NUmber the quite working tactics to resolve issues in no time. You can dial Blockchain customer care number and get required solutions and inventive techniques from the experts.
ReplyDeleteHave you got frustrated with coming across the problem related to the pending transaction of deposit in Gemini? If the same situation is persisting in front of you for a long time then rather than wasting your most important time, dial our Gemini support number to drop a line to our experienced techies. They are highly skilled and know Gemini Support Number the quite working tactics to resolve issues in no time. You can dial Gemini customer care number and get required solutions and inventive techniques from the experts.
ReplyDeleteAre you dealing with the 2fa problems? 2fa errors need to be resolve soon as 2fa provides extra coating to the Libra Coin account that protects it from unwanted activities. To minimize all your existing 2fa issues you can reach the experts by dialing Libra Coin support number and snap all your problems from roots with germane solutions Libra Support Number and tricks. The experts can be reached anytime from anywhere so feel free to approach them whenever you encounter any sort of issues in your Libra Coin account.
ReplyDelete