- Back to Home »
- Mahasiswa , Politik Tanah Air »
- Politik,Mahasiswa dan Modus Operandi Pemerintah
"Mahasiswa
dan politik merupakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Tapi itu
dulu. Mahasiswa sanggup berada dibarisan hadapan apa sahaja isu
berkaitan sosial amnya, opresif dan ketidakeadilan terhadap masyarakat
oleh sang penguasa yang rakus.
Lama-kelamaan, mahasiswa dan
politik cuba dipisahkan. Ia cuba dipisahkan oleh golongan-golongan fasis
yang ingin mengekalkan kuasa mahupun golongan konservatif yang takut
akan perubahan dan sering berada di zon selesa.
Hak mahasiswa
untuk berpolitik dihadkan melalui akta-akta drakonian yang diluluskan
oleh ahli-ahli parlimen yang berkiblatkan budaya fasisme. Sejak
akta-akta drakonian ini mencengkam institusi pengajian tinggi, gerakan
mahasiswa mula hilang taring.
Mahasiswa dibonzaikan pemikiran
mereka. Politik itu seolah-olah bukan sebahagian daripada mahasiswa.
Mereka menjadi takut untuk berbicara soal politik, perubahan dan rakyat
di dalam mahupun di luar kampus.
Modus Operandinya sangat mudah:-
Pertama
sekali, mahasiswa dimomokkan dengan akta-akta drakonian kononnya
pelajaran dan masa hadapan akan terjejas jika melakukan sesuatu aktiviti
mahupun perkara yang bertentangan dengan idealisme sang pemerintah.
Sebagai contoh, menjanjikan ‘imbuhan’ berbentuk hukuman.
Kedua,
‘budaya syukur’ ditanam kedalam jiwa mahasiswa. Mahasiswa diajar untuk
bersyukur dan membalas jasa dan budi sang penguasa dari semua aspek.
Jika ingkar, bahananya mahasiswa akan dilabel sebagai derhaka dan
petualang bangsa kerana tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan dari
aspek pendidikan.
Ketiga, sang penguasa akan merekayasa satu
entiti dijadikan sebagai musuh. Ia kononnya bertujuan menyatupadukan
mahasiswa melawan entiti tersebut. Sebagai contoh mengunakan
perkataan-perkataan berikut ketika berhujah atau menyebarkan
propaganda:- “anasir luar”, “agen asing yang cuba memecah-belahkan”,
“agenda pembangkang” dan sebagainya.
Keempat, mereka akan cuba
mendoktrinasi minda mahasiswa dengan mengatakan bahawa pelajaran itu
penting dan ia merupakan amanah kedua ibubapa. Di sini mereka cuba
mengambarkan bahawa jika mahasiswa bergelumang dengan politik,
pembelajaran mereka akan terjejas. Sejajar dengan pandangan Mahathir
mengenai AUKU.
Tidak mengapa, mahasiswa masih mempunyai peluang
untuk beraksi di pentas demokrasi semula dibawah program transformasi
kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Kerajaan menjanjikan untuk
membenarkan mahasiswa berpolitik. Adakah ia sekadar kosmetik atau
retorik pilihanraya yang kian tiba? Ataupun sudah masanya untuk
merehatkan parti tua ini dari landskap politik Malaysia?
Tepuk dada tanya selera.
sumber asal : http://bangsarakyat.blogspot.com/
{ 1 Tembakan... read them below or add one }
●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :
1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>
●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
One gets irritated when they face unexpected issues while bitcoin transaction in Binance. Such unexpected issues are unable to resolve and also put stop Binance Support Number at the user’s works. In order to fix such issues, you can dial Binance support number which is functional throughout the 365 days in a year. If this issue is bothering you much, call directly on our helpline number and get quality assistance from the professionals in no time.
ReplyDelete