- Back to Home »
- Berita , Ilmiah , Info dan Maklumat »
- Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan
Posted by : Yu. Syamz
Jul 13, 2013
PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi mengandungi bahan radioaktif semula jadi berikutan kajian mendapati ia boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sama, pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan loket berkenaan, tetapi beliau menggalakkan pengguna tidak menggunakannya.
Menurutnya, berdasarkan laporan analisis pengujian ke atas sampel pendant yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapati analisis menunjukkan kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semula jadi Uranium-238 berada pada paras yang dibenarkan, manakala Thorium-232 adalah melebihi had yang dibenarkan.
“Penggunaan loket ini boleh memberi kesan jangka panjang yang memudaratkan kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pengguna khususnya pemakaian berterusan bagi tempoh yang lama dan berhampiran tubuh badan.
SUBRAMANIAM menunjukkan loket yang mengandungi bahan radioaktif pada sidang media di Kementerian Kesihatan, di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
“Keadaan ini akan memberi kesan bahaya terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Loket diperbuat daripada abu gunung berapi yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi terdiri daripada Uranium-238 dan Thorium-232 dan ia dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal.
Ia diedarkan beberapa syarikat jualan langsung serta berada di pasaran negara sekitar 2009 dan penjualannya dilakukan oleh individu di kaki lima, pasar malam dan laman sesawang tanpa melalui saluran sah.
Dr Subramaniam berkata, pembekal dan penjual mendakwa beberapa kelebihan penggunaan loket seperti meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakainya, melancarkan peredaran darah dalam badan, meningkatkan tenaga dan daya ingatan serta pelbagai manfaat lain.
“Bagaimanapun, kementerian mendapati loket tidak mempunyai bukti saintifik mengenai manfaat kesihatan kepada pemakai loket dan ia tidak boleh dikategorikan sebagai peranti perubatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap loket bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai peranti perubatan mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
“Ini kerana ia bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semula jadi. Memandangkan ia bukan mengikut maksud perubatan, pengawalan loket adalah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).
“Penggunaannya tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya memberi kesan risiko kesihatan kepada pemakainya,” katanya.
Berikutan itu, Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta LPTA untuk bekerjasama bagi mengenakan larangan penjualan roket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.
Sumber myMetro
{ 5 Tembakan... read them below or Comment }
●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :
1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>
●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2013
(56)
-
▼
July
(23)
- Assignment!
- Jumaat Berselawat #8 : Rahmat Ramadhan
- Kita Masih lagi di Ramadhan
- Header Ramadhan...Jazakillah!
- 30 Pesanan Imam Syafie #2
- Bila Natijah Mahu Keluar?
- Bloggers Ganu | Siap Mung!
- Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kaherah Mesir.
- Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke?
- [Isu Asyraf Muslim] : Apa Dapat Sibuk kat Rumah Ta...
- Oh Air....
- Nyawa Guru Dalam Bahaya?
- [Review] - Syafakallah akhi! (sama-sama doakannya)
- Ikhlas ke macam ni?
- 5/30 Pesanan Imam Syafie Rahimahullah
- Segmen : Blog Paly ajak tengok blog aku !
- Abu gunung boleh memudaratkan kesihatan
- Jumaat Berselawat #7 : Fastabiqul Khairaat
- Ibadah Bermusim?
- Ramadhan Kareem
- Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel
- Ramadhan Checklist
- Seram : Kemana Kereta Itu PerGI~????!!!
-
▼
July
(23)
Abu gunung pun boleh buat loket? Ish2.. Memang bahaya pun kalau fikir logik.. Huhu..
ReplyDeleteem..memang boleh buat loket, dia panggil batu gunung berapi..kalau search google akan kluar jenis2 dia..
DeleteMungkin ada khasiatnya,cuma bila terlebih guna,sebab itu ada effectnya..lagi2 kepada kanak2 dan ibu mengandung dan menyusu..
waalid pun ada juga simpan batu gunung berapi ni..hehe
nampak ramai juga yg beli dan pakai tp tak tahu apa maksud di sebaliknya, .. rupanya blh mendatangkan mudarat...ramai dari kita yg suka ikut2 itu masalahnya.
ReplyDeletesetakat ini saya mengunakan batu gunung berapi ini ok alhamdulliah sehat
ReplyDeletekalau menggunakan dalam kuantiti yang sesuai mungkin tidak mendatangkan masalah..
Deletesama juga seperti ubat2an...kalau guna dalam kuantiti yang sesuai,boleh sembuhkan penyakit..kalau guna terlampau..jadilah dapat penyakit..hhuhu..:)