- Back to Home »
- hukum hudud , Isu Semasa , Syarak dalam Kehidupan »
- PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud
Posted by : Yu. Syamz
Jun 17, 2011

Mereka melihat hudud itu sekadar hudud semata-mata dan terpisah dari hukum perundangan Islam yang lain. Perundangan Islam bukanlah hanya berkisar pada Hudud semata-mata. Masih ada Takzir, qazaf dan macam2 lagi.
Mereka hanya faham, apabila berlakunya rogol, perogol hanya akan didakwa apabila wujudnya 4 orang saksi sahja. Mereka lupa dan mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu bahawa kes berkaitan rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
Jadi, dalam kes rogol, sekiranya mangsa rogol gagal membawa 4 orang saksi yang melihat kejadian itu maka perogol masih boleh didakwa melalui undang-undang Takzir di mana beban pembuktian adalah lebih ringan berbanding hudud.
Melalui Undang-undang Takzir, pemeriksaan doctor dan keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis termasuklah rakaman video rogol, DNA, laporan doktor dan sebagainya dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah ini boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan perogol dengan Undang-undang Takzir. Qarinah juga boleh mengelakkan mangsa daripada kesalahan Qazaf kerana tuduhan ke atas perogol kerana melalui qarinah ia boleh menimbulkan keraguan ke atas kes Hudud dan boleh digugurkan.
Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
Jadi, jangan kerana kurangnya pemahaman kita kepada sesuatu, kita terus menghukum dan mengatakan ia zalim dan kejam. Tak kurang lagi yang menghina agama sendiri dek kerana pintu hidayah masih belum dibukakan dan tidak ada usaha mencari hidayah.
Mudah-mudahan dengan penerangan tidak seberapa ini dapatlah memberikan gambaran yang lebih kepada perundangan Islam yang lebih kepada mencegah daripada menghukum. Islam itu indah dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.
dipetik daripada : http://tenangsudey.blogspot.com
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
June
(31)
Gambar : Puding Buih Timun Cine@Tembikai
Hiburan Islam : Lirik Qasidah Alfa Shollallah
Hiburan Islam : Qasidah Alfa Shollalah
Pengajaran Dari Perang Ahzab
Mahasiswi Islam Yang 'Seksi'
Unggun Bersih
Mujahid Tegar : Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dala...
La Adri (Aku Tidak Tahu)
Kena Taat Pemimpin,So...Tak Boleh Lawan Kerajaan BN
Dalang Fitnah Seks (Rakaman Penuh)
Tazkirah Via Gambar
15 Aktiviti Merapatkan Hubungan Suami Isteri
Soalan Bersih,Sila Jawab
BERSIH 2.0 : Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat
Selamat Hari Bapa...Ayah,Aboh
Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai
Usrah: kasih Sayang Kerana Allah
Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Ut...
‘Tok guru’ gagal periksa
BERSIH : Pesanan Buat PDRM
PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol ...
Perjuangan Pas Dan Perjuangan Umno
Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
Sepakat Yang Tidak Membawa Berkat
KISAH TATAR DARI AWAL HINGGA HARI INI...
Tahniah!!!
Isu Yang Wajib Di Baca Dan Difahami
Terengganu Bakal Dipasak Menara Berkembar
Bahaya gambar perempuan disiar di facebook
Mahasiswa Terengganu Mesir Difitnah Dan Ditohmah
Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS
-
▼
June
(31)