Posted by : Yu. Syamz Sep 17, 2011

Bismillah Walhamdulillah..

Bersyukur kita ke hadrat Allah taala atas kurniaan nikmat Islam dan Iman yang amat besar nilainya dan seharusnya kita senantiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas kita dengan meningkatkan ketaatan dan mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa.

Sudah lama al-faqir tidak mencoretkan idea di sini,sudah berbulan2 semenjak awal ramadhan yang lalu sehingga kini,mungkinlah dek kesibukan dan kewajipan yang perlu dilunaskan sebagai tanggungjawab yang telah di amanahkan ke atas diri al-faqir.

Sebagai Muqaddimah setelah sekian lama menyepi..disini al-faqir ingin mengucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Aiman Bin Mohd Ariffin(kheimang) dan kepada pasangannya Al-Fadhilah Ustazah Siti Mariam Binti Alias di atas ikatan perkahwinan yang berlangsung pada 15 September 2011 dengan ucapan :

 "بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير"

 Semoga dengan ikatan yang bahagia ini mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada pemuda dan pemudi yang lain untuk terus mengikut jejak langkah mereka berdua.insyaAllah.

kheiman-pengantin(dua dari kiri)

Akhir kalam,perkahwinan di usia muda terdapatnya di sana kelebihan dan kekurang,kesemuanya bergantung kepada pelbagai faktor...sebagai orang beriman,kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara yang menjadi hak individu kepada orang lain...oleh itu,lihatlah dengan hati yang jujur dan bersangka baik,mudah2an kita tidak sentiasa berlapang dada dalam sesuatu hal...(^_^)

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -