Archive for November 2011

Rakyat M'sia dinasihati elakkan Dataran Tahrir, Mesir

Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Mesir dan yang sedang berada di negara itu dinasihatkan agar tidak berkunjung atau melalui Dataran Tahrir di Kaherah dan kawasan berhampiran, terutama pada hari Jumaat.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak lokasi 'panas' lain di negara tersebut.

Rakyat Malaysia juga diseru sentiasa berhati-hati dalam soal keselamatan diri dan peka serta mematuhi sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, yang boleh dihubungi di talian +00-202-37610013/19/68/73 atau e-mel malcairo@kln.gov.my.

Mesir kini dilanda kekacauan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir sejak Jumaat bagi menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Sementara itu, AFP melaporkan angka kematian akibat pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota polis di Mesir kini mencecah 30 orang.

Angka terbaru itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan apabila keganasan memasuki hari keempat hari ini.

Dua lagi maut di Kaherah semalam, menurut kenyataan yang dipetik agensi berita MENA selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di perkarangan ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berhampiran dengan Dataran Tahrir.

Polis dikerah untuk mengawal keadaan selepas penunjuk perasaan menuntut agar Mesir dibebaskan daripada pemerintahan tentera.

Lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpulan di Dataran Tahrir untuk menuntut peralihan kuasa tentera kepada awam.

kredit : MK

Tahrir Berdarah Kembali??

بسم الله الرحمن الرحيم
Kebangkitan rakyat dan kejatuhan rejim Husni Mubarak tanggal 25 Januari 2011 lalu menimbulkan banyak tanggapan dan cakap-cakap dikalangan rakyat mesir.



Ada dikalangan mereka yang gembira dengan keadaan semasa dan ada yang marah dan tidak suka dengan keadaan semasa yang berlaku.

Namun,kini dataran tahrir bergegar kembali..apakah sebabnya?revolusi kali kedua?tidak...demonstrasi yang berlaku sekarang hanyalah menuntut agar pihak kerajaan sementara memansuhkan satu akta dalam 'perlembagaan silmi' yang mana memberikan kuasa kepada tentera untuk membubarkan kerajaan jika dilihat perlu. oleh kerana akta inilah menyebabkan rakyat mesir sekali lagi bangkit untuk menuntut keadilan.

Al-faqir melihat,kejatuhan rejim Husni Mubarak merupakan satu petanda awal untuk kebangkitan Islam dan sinar cahaya kepada saudara-saudara kita di Palestin.jadi,bagi yang melihatnya sebagai satu kesilapan rakyat mesir menggulingkan kerajaan sebelum ini,sila lihat dengan pandangan yang lebih jauh.

Adapun huru-hara dan ketidakstabilan yang berlaku sekarang,hanyalah adat dan sedikit dugaan dalam mencapai sesuatu yang lebih indah dan nikmat di masa akan datang.

Sedikit penderitaan yang di alami adalah jauh bezanya dengan penderitaan saudara kita di Palestin selama ini.oleh itu,sama-samalah berdoa agar Mesir(ummu dunia) kembali aman dan memimpin semenanjung arab untuk menggapai zaman kegemilangan khilafah Islam satu hari nanti..insyaAllah..

والله أعلم.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -