Archive for 2016

Matt Barbershop : "Anda Pasti Kacak"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar sidang pembaca semua? dah lama waalid tak update blog ini, bukan saja dah bersawang, bahkan ber'hutan belantara' dah..haha

Sebagai salam mesra untuk posting waalid kali ini, waalid nak review sikit berkenaan sebuah kedai gunting yang femes dengan nama Matt Barbershop. Kedai Matt Barbershop ini adalah sebuah kedai gunting yang sedang berkembang maju di negeri Terengganu ini. Setakat hari ini, perniagaan Matt Barbershop ini telah memiliki empat(4) cawangan di empat buah daerah di Terengganu.

Antara 4 cawangan yang telah di buka ialah :



Matt Barbershop ini merupakan salah sebuah perniagaan yang dimajukan dan dikembangkan oleh anak tempatan Terengganu yang berasal dari Batu Enam, Kuala Nerus. Mutu, kualiti serta layanan yang mesra pelanggan salah satu faktor perniagaan Matt Barbershop ini.

Waalid sudah beberapa kali mengunjungi kedai gunting Matt Barbershop ini terutamanya di cawangan ketiga,iaitu cawangan Padang Midin. Menggunakan moto "Anda Pasti Kacak" bukan hanya sekadar moto yang dicanangkan, mutu hasil kerja pekerja-pekerja Matt Barbershop sangat bertepatan dengan moto nya.

Baru-baru ini pula, waalid diberi tugas untuk membangunkan satu weblog Matt Barbershop oleh kerana adik waalid merupakan salah seorang daripada kakitangan Matt Barbershop ini. Agak kekok dan janggal setelah lama tidak bermain dengan koding2 blog tiba-tiba kena pula buat blog untuk sebuah perniagaan. Oleh itu, waalid mulakan blog mereka dengan menggunakan domain blogger sahaja bagi memudahkan adik waalid belajar menggunakan blog.



Semoga dengan berkat kesabaran,kejujuran dan kerjasama dikalangan kakitangan Matt Barbershop bakal memajukan lagi perniagaan mereka di masa akan datang. Setiap usaha yang ikhlas, sabar dan menepati syarak pasti akan menemui kejayaan. Cumanya lambat atau cepat sahaja yang membezakan.

Ayuh sama-sama membantu anak tempatan untuk menggapai kejayaan lantas memberi kebanggaan kepada kita atas kejayaan anak jati melayu!!!

Night Hunter...

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, kesempatan ini waalid nak mengajak kita semua menjadi pemburu malam. Bukan jadi vampire ye,tapi menjadi orang yang memburu malam Lailatul Qadr. Dimana malam ini adalah lebih baik daripada 1000 bulan = 83 Tahun. Allah....dapat ke kita dapat hidup selama 83 Tahun? dan sekiranya umur kita sampai 83 tahun, adakah 83 tahun itu padat dengan ketaatan kita kepada Allah Taala?

Jadi, sempena fasa 10 terakhir Ramadhan 1437 H ini, waalid menyeru dan mengajak diri waalid
sendiri serta kawan2 semua untuk sama-sama memburu malam lailatul qadar ini, tahun hadapan belum tentu kita mampu berjumpa dengan ramadhan lagi.

Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Nabi S.A.W berkenaan malam lailatul Qadar ini :


عَنْ عَائِشَة أمّ المؤمنين قَالَتْ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟ 
قَالَ: " تَقُولِينَ: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي "

Maksudnya : Daripada Aisyah ummul mukminin berkata : "Wahai Rasulallah, apakah pendapatmu sekiranya aku mendapat malam lailatul qadar, apakah yang aku doakan? Rasulullah S.A.W menjawab :"katakanlah,  اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan menyukai keampunan, maka Ampunilah dosaku).

Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan dan sentiasa bermotivasi dalam mengejar dan memburu malam yang cukup bermakna ini, in syaa' Allah.

CHARGED!!!!!!!

Bila Ustaz Dapat Mikrofon..(^_^)

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran...

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk meneruskan kehidupan dan menjalani tanggungjawab berpuasa ke atas kita semua yang bergelar Muslim.



Dua hari yang lalu, tanggal isnin 20 Jun 2016, sekolah waalid telah mengadakan majlis pelancaran bulan panitia bahasa arab dan juga ceramah nuzul al-Quran. Hamba yang dhaif ini telah diberi amanah untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Seperti biasa, bila dapat sesuatu tugasan terutamanya untuk memberikan ceramah/tazkirah, perasaan yang tidak boleh dihalang ialah GUGUP. Sebagai persediaan untuk memberikan ceramah, waalid cubalah membaca sedikit sebanyak input dari pelbagai sumber.

Setelah selesai majlis pelancaran, maka sampailah masa untuk waalid memberikan ceramah. Masa
diperuntukkan hanya 15 minit. Berceramahlah waalid...dengan perasaan tak tahu apa yang nak diceramahkan..haha...kebetulan pulak hari itu cuaca tersangatlah baik, point2 yang nk diceramahkan pun banyak lagi tak disebut, jadi waalid terus lajakkan masa sampai setengah jam lebih, tgok dalam gambar kat sebelah tu, PK 1 asyik duk jeling jaa...haha... itulah, bila tak mula, rasa macam tak tahu apa nak cakap, tapi, bila dah start ceramah, masa yang diperuntukkan tu rasa tersangatlah tidak cukup...bila ustaz dapat mikrofon...hehe..

Selesailah majlis pelancaran dan ceramah nuzul quran..waalid tampal sedikit gambar2 pada hari tersebut di bawah...layan.....(^_^)

persembahan murid pra sekolah







sebahagian besar guru GPI/GBA SK Taman Selasih

MaghfirahMu

Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran : 133,  

" Dan bersegeralah kamu kepada keampunan drp tuhanmu dan disediakan Syurga yang seluas langit dan bumi untuk orang² yang bertaqwa"

Ayuh sama² kita mengejar keampunan dan syurga Allah di kesempatan Ramadhan yang masih berbaki ini.

Sama² manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik²nya..


#cubaan kembali menjadi blogger setelah berehat sekian lama..harap kawan2 semua sentiasa sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.


- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -