Posted by : Yu. Syamz May 5, 2011

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.



Para pembaca yang budiman.

Lihatlah video di atas bahawa daripada satu perbuatan berfacebook yang terpaksa dan tidak disengajakan, boleh membawa kita kepada perbuatan yang lain tanpa sengaja atau terpaksa lagi sia-sia, bahkan, mungkin juga boleh membawa kepada dosa yang tidak kita inginkan.

Janganlah kita berfacebook semata-mata kerana terpaksa dan janganlah kita pula memaksa diri kita dan orang lain untuk berfacebook. Ingatlah, berfacebook atau berbuat sesuatu pekerjaan itu, hatta berdiam diri sekalipun, lakukannya hanya jika ia bermenfaat untuk kedua-dua kehidupan kita di dunia dan akhirat atau untuk akhirat semata-mata. Selainnya, sekiranya hanya untuk membuang masa dengan sia-sia atau dengan berlakunya dosa, maka eloklah ditinggalkan!

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Bahkan Allah SWT telah menetapkan dua orang malaikat Raqib dan 'Atid bagi memantau dan mencatat setiap masa yang kita lalui dan amal yang kita perbuat baik secara terang atau secara tersembunyi hatta di dalam hati dan fikiran kita sekalipun. Kesemuanya itu akan ditanya oleh Allah SWT dan akan dinilai di hadapan para Anbiyak dan sekelian Mukminin.

Bertakwalah dan ingatlah Allah banyak-banyak, di setiap masa dan ketika, semoga kita beroleh kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ikutilah jejak Nabi Muhammad SAW, yang senantiasa hidup dalam beramal soleh dan memberi ingatan, pelajaran dan amaran kepada semua umat manusia. Sesungguhnya, yang menjadi suri teladan dan contoh ikutan yang terbaik bagi setiap orang yang beriman itu adalah akhlak Rasulullah SAW, akhlak mulia yang diibaratkan seumpama Al-Quran yang Agung lagi Terpuji.

Insafilah akan setiap kesilapan dan kesalahan kita. Bermuhasabahlah! Akan setiap perkerjaan dan masa kita. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan leka, apatah lagi dalam golongan yang munafik, fasik atau sesat. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat senantiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka dan memastikan segalanya berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

Sumber asal : Abu Fahim

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -