Posted by : Yu. Syamz
Sep 30, 2011
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumi...an
seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak
disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang
ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita
semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh
seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya.
Dengan gaya bertutur,
selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah
lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam
jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya
tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit
jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman
mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini,
menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah
pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan
sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya
diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi
ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau
jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan perut dan
menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya
bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum,
sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti
dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam.
Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun
ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara
kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu
kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka
mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan
mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan
pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan
sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran
yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang
terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT
berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,
kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya
berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu
tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir.
Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya
keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang
masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung).
Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu
kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi
demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti
terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku
pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga
terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian
Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada
pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum
pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak,
kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada
di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu
menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung
jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka
yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman,
hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka
untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika
ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih
hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit
dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin
panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran
manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi
kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat
tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun
melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut
kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi
setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua
yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain
kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan
kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak
mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap
semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung
di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi
sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau
hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada
hamba-Mu ini."
Selepas itu saya beri taklimat tentang solat
jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke
tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi
susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak
mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang
digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar
kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan
bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan
van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah
sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk
meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
"Mas,
saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu,
sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita
yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang
punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas itu muncul pula
seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid
saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya
itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut,
tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu
sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual
ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.
Saya
berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu
kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik.
Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang
saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat
memilukan.
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya
perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi
menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk
ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air
hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya
kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air
itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum,
supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau
mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan
keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak
mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang
diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah
tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan
tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak
tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur
itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur
berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin,
saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya
Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan
itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya
tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya.
Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh
almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin
dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi
sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi
saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang
yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang
Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya
orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah
ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan
kepada Allah SWT pencipta alam ini.
Kepada kita semua pembaca
setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita
menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa
kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?
Renungkanlah..
sumber : hamba Allah..(seorang pengurus jenazah)