- Back to Home »
- Isu Semasa , luahan rasa , Musykil , Terengganu »
- Ahmad Said Tidak Minat Dunia Pendidikan...
Posted by : Yu. Syamz
Mar 25, 2012
" Ramai
orang Terengganu tak tahu pasal misi Ahmad Said yang menamatkan
pinjaman 6 orang pelajar yang terbabit dengan perhimpunan bersih 2.0
dulu.Anda boleh lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Idris Jusoh ketika
menerajui Terengganu 2004/2008 dulu. KUSZA (kolej sultan Zainal Abidin)
Gong Badak dijual kepada kerajaan pusat dijadikan university Darul Iman
(UDM). Kolej Yayasan Terengganu Cendering di jual kepada UITM.
Ini menunjukkan bertapa tiada minatnya peneraju kerajaan negeri
Terengganu yang bernama Ahmad said ini pada dunia pendidikan, sedangkan
pendidikan adalah asset penting kepada negeri kaya rakyat miskin ini.
Demikian juga Ahmad Said. Beliau boleh dikatakan dua kali lima dengan Idris Jusoh dalam dunia pendidikan negeri Terengganu.
Kalau
Ahmad said benar benar berminat dengan dunia pendidikan sudah barang
tentu sebaik saja dilantik menjadi menteri besar pasti diadakan tapak
baru bagi Kolej sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan
Terengganu untuk memberi peluang kepada rakyat negeri ini melanjutkan
pelajaran.
Pada penulis, Yang diminatinya
ialah membina jalanraya jalanraya dan jambatan jambatan yang harganya
terlalu mahal berbanding dengan harga sebenar tanpa mengambil rampas
tanah macam yahudi sekalipun.
Pada pengetahuan
penulis Untuk membina sebuah kolej hanya menelan kos RM 50 juta saja.
Tidak lebih RM 100 juta.Tapi membina sebatang jalan dari Jeram ke Teluk
Pasu sepanjang 5.6 kilo meter kosnya RM 250 juta. Sebuah jambatan se
kankang gajah kosnya RM 210 juta.
Beliau tak
fikir pasal peluang anak anak rakyat untuk melanjutkan pelajaran apabila
gagal memasuki mana metrikulasi kerana SPM rendah. Kalau dulu
Terengganu ada dua buah kolej yang boleh menampung pelajar pelajar yang
gagal.
Beliau juga tak fikir bagaimana cara
untuk memberi ruang dan peluang pekerajaan dalam bidang pendidikan
kepada sisawazah lepasan university tempatan yang masih ramai tak dapat
kerja. Atau dengan kata lain betapa ramainya siswawah rakyat Terengganu
yang menganggur.
Beliau juga tak pernah fikir
pasal pensyarah UITM yang kena buang kerja dan bermasalah, kerana tak
ada ijazah master yang menjadi syarat layak sebagai pensyarah tetap dan
mengekalkan jawatan serta berpencen.
Kalau
beliau benar benar berminat dengan pendidikan sudah tentu sebaik saja
menerajui Terengganu selepas pilihanraya umum ke 12 berusaha membina
kolej Sultan Zainal Abidin dan kolej Yayasan yang dijual oleh Idris
dulu itu.
Inilah satu satunya tanda orang
yang tak berminat dengan dunia pendidikan untuk memberi peluang anak
anak rakyat Terengganu melanjutkan pelajaran setelah gagal memasuki mana
mana kolej metrikulasi yang semakin hari semakin ketat syaratnya itu.
Apa
akan jadi dengan pelajar SPM yang dapat 4 A dan 3 A tak dapat masuk
metrikulasi. Kalau ada kolej yang dibina oleh kerajaan negeri pasti
mereka dapat peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi
menerusi diploma yang diperolehi itu.
Berapa
ramai anak anak rakyat Terengganu yang ada cita cita untuk melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi, terpaksa bekerja di pusat pusat beli belah
atau dikedai kedai pakaian yang jelas telah menyekat peluang mereka
melanjutkan pelajar keperingkat lebih tinggi.
Sumber : Tranungkite
Permata : hurm....xminat dunia pendidikan,tapi 'berlagak' minat...wallahua'lam
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
March
(9)
- Ahmad Said Tidak Minat Dunia Pendidikan...
- [Panas!!!] Pak Samad Ketuai Bersih 3.0 -Dataran Ta...
- Tidak Sahut Cabaran Debat...facebookers mengutuk N...
- Maruahku bernilai Top Up...
- Tahniah Dan Takziah buat Pimpinan baru PMRAM
- Wan Harujan merepek!! tidak menjawab isu yang diti...
- KRONOLOGI PENAMATAN PINJAMAN OLEH YAYASAN TERENGGA...
- Tarik Pinjaman : KPT Mesir adakan Munajat...Tanda ...
- Tarik Pinjaman : Mahasiswa Terkapai-kapai mencari ...
-
▼
March
(9)