2 JULAI 2011
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
menganjurkan kempem pra BERSIH 2.0 di sekitar kawasan penempatan
pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Dalam kempen tersebut, pihak SUARA
menjelaskan mengenai isu dan tuntutan BERSIH terhadap kerajaan Malaysia. Kempen
berjalan dengan aman.
9 JULAI 2011
Para mahasiswa/wi Malaysia di Mesir
turun beramai-ramai ke dataran Hayyu Asyer bagi menyatakan sokongan terhadap
BERSIH 2.0 walaupun pihak Kedutaan ada mengeluarkan pekeliling larangan
terhadap penganjuran BERSIH.
Sambutan yang menggalakkan dan para
hadirin hanya menurunkan tanda tangan sokongan terhadap BERSIH. Tiada kekecohan
dan huru hara sepanjang perhimpunan terbabit.
14 JULAI 9011
Mahasiswa Terengganu telah dikecam
untuk dikenakan tindakan terhadap mahasiswa tajaan Yayasan Terengganu oleh Pengarah
Yayasan Terengganu (YT), Encik Azizi bin Mamat.Ianya disiarkan melalui akhbar Sinar
Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malaysiakini.
21 JULAI
2011

Wakil pelajar menghubungi YT iaitu Encik Razali untuk
mendapatkan penjelasan dan beliau menyatakan :-
1. Mahasiswa
dinasihatkan untuk memadamkan perkara-perkara yang berkaitan BERSIH didalam
Facebook.
2.YT sedang menyiasat
penglibatan mahasiswa dan berkemungkinan akan mengambil tindakan.
Yang Dipertua Keluarga Penuntut
Terengganu (KPT) dan Naib Pengerusi HEWI KPT menyertai rombongan persatuan
untuk menyerahkan memorandum "Menuntut
HAK MAHASISWA" di Pejabat Kedutaan Besar Malaysa Kaherah,
Mohandissein.
Rombongan diketuai Pengerusi DESAK dan
disertai Presiden PMRAM, Presiden SUARA, YDP BKAN, Pengerusi PMRAM Cawangan,
Presiden PERUBATAN dan Presiden ABIM.
(antara kenyataan akhbar)
Mutakhir
Pelajar Terengganu sertai perhimpunan haram 9 Julai di Kaherah
2011/07/14
KUALA TERENGGANU:
Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang
dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan
padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga
mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang
telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar
juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan
dipaparkan dalam laman sosial Facebook.
Pengarah Yayasan
Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, ketika ini beliau masih
menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan
Jabatan Penuntut Malaysia.
"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan
menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan
yang akan diambil," katanya.
Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terbabit dalam perhimpunan haram
itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas
hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.
Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di
beberapa universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris
ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai
perkara itu.
Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat
kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara
terang-terangan menentang kerajaan.
"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu,
mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.
"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan
sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti
kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya. – BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/PelajarTerengganusertaiperhimpunanharam9JulaidiKaherah/Article/
Sumber dipercayai daripada :
Media Mesir