- Back to Home »
- Fitnah Wanita , YEKE NI? »
- Maruahku bernilai Top Up...
Kulim - Perbuatan tidak bermoral.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kegiatan seorang remaja
perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya hanya untuk mendapatkan
tambah nilai prabayar (top-up). Illustrasi hiasan
Sinar
Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara
berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap
malam.
Ketua Polis Daerah Kulim,
Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu
akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya
menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.
“Dia
juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak
di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,”
katanya.
Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja
itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di
sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi.
“Dia juga akan
diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks.
Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami
kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah
nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan,” katanya.
Ghuzlan
berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah
yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar
secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis
dibuat.
“Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu
rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan
seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja
itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak
kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai
rogol,” katanya. -SH
Permata : speechless...huhu
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
March
(9)
- Ahmad Said Tidak Minat Dunia Pendidikan...
- [Panas!!!] Pak Samad Ketuai Bersih 3.0 -Dataran Ta...
- Tidak Sahut Cabaran Debat...facebookers mengutuk N...
- Maruahku bernilai Top Up...
- Tahniah Dan Takziah buat Pimpinan baru PMRAM
- Wan Harujan merepek!! tidak menjawab isu yang diti...
- KRONOLOGI PENAMATAN PINJAMAN OLEH YAYASAN TERENGGA...
- Tarik Pinjaman : KPT Mesir adakan Munajat...Tanda ...
- Tarik Pinjaman : Mahasiswa Terkapai-kapai mencari ...
-
▼
March
(9)