
Alhamdulillah, kehidupan sebagai pengembara yang bermusafir dalam perjalanan menuntut ilmu bakal berakhir tidak lama lagi...namun,bukanlah bermakna tamatnya tugas untuk menuntut ilmu, bahkan sehingga ke liang lahad perlu kita sentiasa menimba ilmu pengetahuan.
Baru-baru ini ada menelefon ayahanda di kampung,memberitahukan tarikh kepulangan ke kampung halaman...seorang ayah yang kegembiraan jelas kelihatan sekalipun tidak dizahirkan dengan kata-kata,namun sebagai seorang anak,memahami dan mengerti perasaan ibubapanya. Terlebih lagi pabila mereka bersendiriaan di rumah dek anak-anak yang keluar menjalani kehidupan masing-masing.
Tatkala terpacul kalimah "sblm raya haji?bereh! [dengan nada gembira]" dari mulut ayah yang selama ini belum pernah keluar perkataan sebegitu dari mulutnya..jelaslah bahawa ibubapa sentiasa menantikan anak-anak mereka untuk pulang ke pangkuan mereka..
Sebagai peringatan buat diri ini dan kawan-kawan...hargailah ibubapa kita tatkala mereka masih hidup,dan kiranya ada yang telah kehilangan orang tua,perbanyakkanlah sedekahkan pahala al-faatihah dan yaasin,kerana amalan itu akan sampai kepada mereka..itulah sepatutnya seorang anak yang soleh/ah berbakti kepada orang tuanya.
Yang orang tua masih hidup,juga boleh untuk sedekahkan pahala al-faatihah setiap pagi selepas solat subuh.terlebih ahsan untuk setiap solat fardhu...
Semoga Allah taala merahmati ibubapa kita semua..dan moga Allah jauhkan kita dari sifat-sifat anak yang derhaka..aamin..
Ibubapa sentiasa kasih dan sayang terhadap anak-anak mereka,tidak kiralah mereka baik atau buruk,cerdik atau kurang cerdik..mereka tidak pernah lupa terhadap anak-anak mereka,yang sentiasa lupa ialah anak-anak terhadap orang tua mereka..nauzubillah..
moga bermanfaat...^_^...lame dah tak update..sibuk persiapan utk pulang ke tanah air..huhu
sebaiknya sesudah solat sedekahkan pahala bacaan AlFatihah untuk kedua ibu bapa kita, dan lebih mustajab lagi sebutkan nama mereka sekali.
ReplyDeletejemput join
ReplyDeletehttp://everlasting-frend.blogspot.com/2012/09/segmen-idola-kegemaran.html
terima kasih untuk perkongsian ni waalid.. insyaAllah akan saya manfaatkan.,
ReplyDelete