Posted by : Yu. Syamz Aug 24, 2013

Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang mengecapi nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya..moga-moga kita bersyukur dengan segala limpahan kurniaNYA..

Dalam melayari bahtera rumahtangga semestinya banyak ujian dan halangan yang mesti ditempuhi, namun apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapinya, kadang-kadang ujian yang datang mempunyai hikmah yang tidak disedari. Dengan ujian yang hadir itu bertindak sebagai pengerat hubungan antara suami dan isteri.


Selain keimanan yang menjadi asas ikatan sesebuah rumahtangga, jangan kita lupakan satu perkara yang sangat mustahak dalam sesebuah institusi kekeluargaan,iaitulah KERJASAMA...

apa yang penting...kerjasama(versi wonder pet..haha)

Kalau si isteri tidak sempat untuk melakukan sesuatu contohnya menyidai kain,apalah salahnya si suami ikhlaskan diri dan meringankan tulang membantu si isteri menyidai kain, begitulah sebaliknya. Semua ini bukan menjadi bebanan,bahkan akan menjadi kemanisan dalam berumahtangga..

Semoga setiap baitul muslim(rumahtangga mengikut acuan Islam) yang dibina akan menatijahkan sebuah masyarakat yang harmoni tanpa ada benci dan dendam serta mempunyai cita-cita mendaulatkan Islam di persada dunia..

sekian tips dari doktor cinta..haha..=P..jangan marah haa...

{ 3 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Assalamualaikum.

    Pulak dah..jadi dokter cinta la :D hahahah

    Lana banyak tgk org lebih tua la bab2 ilmu rumah tangga ni..terutama skali, mak ayah kita la kan waalid.. :)

    Betul kata waalid, kena banyak bekerjasama. Tak salah kalau suami tolong kemas meja, basuh pinggan lepas isteri dah bertungkus lumus memasak didapur.

    Keluarga itu, unit terkecil dalam membentuk masyarakat dan tamadun manusia. Betul tak? ke salah?hehehe. Nak masyarakat yang baik, bermula dari unit keluarga yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله

      Hehe..dokter cinta la plak..huhu

      yup..memang orang tua ni banyak rahsia rumahtangga yang boleh kita contohi..

      betul tu,rumahtangga adalah unit kecil masyarakat...bila baik dan eloknya 1 unit kecil,in syaa' Allah akan baik dan eloklah unit yang besar(masyarakat umum)

      Delete
  2. Mesti best kan kalau dapat suami begitu,

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -