- Back to Home »
- BERSIH 2.0 Mesir , Mahasiswa , Pencabulan HAK »
- BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
Bismillah Walhamdulillah...
1) Gelombang rakyat Malaysia menuntut keadilan dalam pilihanraya melalui Bersih 2.0 cukup memberi kesan yang buruk kepada kerajaan. Pihak kerajaan menuduh Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang tidak sah sedangkan jika kita merujuk Perlembagaan Persekutuan, perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang diwakili NGO menunjukkan bahawa ianya adalah tuntutan murni dan baik.
2) Oleh kerana Bersih 2.0 adalah satu usaha murni yang digerakkan oleh rakyat Malaysia, maka seluruh rakyat Malaysia yang berada di serata dunia bangkit menyatakan sokongan terhadap tuntutan ini. Ia digerakkan diseluruh negara seperti London, Hong Kong, Australia termasuk juga di Mesir.
3) Di negara-negara lain seperti London, Hong Kong dan sebagainya ia berjalan dengan baik dan lancar. Pihak kerajaan dan kedutaan juga tidak menunjukkan apa-apa sekatan terhadap usaha ini. Malahan jika di London mahupun di Hong Kong, ia juga dibantu oleh pihak berkuasa tempatan menjaga lalu lintas dan sebagainya.
4) NAMUN, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Mesir. Usaha rakyat Malaysia yang sedar akan usaha murni ini untuk berhimpun bagi menyokong Bersih 2.0 diugut dengan dikeluarkan perkeliling oleh pihak kedutaan Mesir. Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 Julai 2011 melarang rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan aman Bersih 2.0.
5) Di dalam perkeliling itu juga menyatakan bahawa mahasiswa/mahasiswi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan. Satu ugutan yang tidak sepatutnya berlaku selaku kedutaan yang mewakili kerajaan yang mengamalkan amalan demokrasi. Sedangkan rakyat Malaysia di Mesir hanya menyokong usaha murni Bersih 2.0 yang langsung tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan Malaysia.
6) Bagi mahasiswa Terengganu Mesir pula, mereka diugut untuk ditamatkan pinjaman atau sebarang tajaan terutamanya daripada YT kepada yang terlibat menyokong usaha murni Bersih 2.0.
7) Yang paling melucukan adalah, pihak YT (Yayasan Terengganu) menyatakan (sila rujuk Utusan Malaysia, ARKIB : 14/07/2011) bahawa pihak mereka sedang menunggu laporan daripada pegawai HEP Terengganu Mesir, iaitu Encik Kamal Abdullah berkenaan hal ini sedangkan Encik Kamal Abdullah masih lagi tidak datang ke Mesir sejak beberapa bulan yang lalu. Dan pejabat urusan belum lagi dibuka sejak beberapa bulan yang lalu.
8) Oleh itu, kami selaku rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan memohon agar pihak yang berwajib terutamanya pihak kedutaan Mesir melihat dan menangani perkara ini dengan bijak dan adil. Kami mengharapkan agar tiada unsur-unsur politik dipalitkan dan kami membimbangi berlaku perkara yang tidak diingini akibat daripada tindakan tidak profesional ini.
Kami Mahasiswa Mesir Prihatin.
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
July
(55)
- Perang cyber Mesir: Siswa/wi vs UMPORNO
- Kandungan Memorandum 9 Julai 2011
- Pabila Kak Erma Fatima Melatah!
- [video] Pencabulan Hak Mahasiswa!
- [video] YB Jamil Khir Tolak Memorandum Pelajar Mesir
- Tahajud Cinta : Cemar Realiti Islam
- BERSIH 2.0 : POLIS MINTA VIDEO DARI ORANG RAMAI!
- BERSIH : Lagi Tindakan Kepada MAHASISWA
- Cakna Mahasiswa : Tahniah PMRAM!
- Al-Fatihah : Pergi Tak Kembali~
- Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH
- BERSIH : Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pe...
- KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SU...
- BERSIH 2.0 : Mahasiswa Mesir Diugut? Apa Kata Kami..
- Keluhan Subuh
- ISU PENYINGKIRAN : APA PENDAPAT ANDA?
- Gara-Gara BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir d...
- Malaysia: Police use brutal tactics against peacef...
- Thank you, rakyat Malaysia — Kashini Krishnamurthy
- Lagi Ugutan Kepada Pelajar!
- Kalau Dahi Tak mengenal Sejadah
- Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
- Links Exchange! JOM....
- 10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-Angan Ke...
- EM Mesir Bertindak Kpd Pelajar!
- Di Mana Generasi Mariam
- BERSIH 2.0 : BERITA DARI SINGAPURA
- KEBENARAN VS KEBATILAN
- Suggestion to Kerajaan For avoid BERSIH 3.0
- Malaysians Resort To Facebook To Voice Out Their O...
- Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH
- Bersih 2.0 : Siapa Yang Taksub dan Pokok Kelapa
- Video : Himpunan Aman Bersih Diluar Negara
- Doaku buat kalian Pejuang ISLAM!
- BERSIH 2.0: Awas SMS Perangkap Pihak Polis..!
- Siapa ada maklumat berkenaan TOK GURU ni...
- BERSIH 2.0: Nama-Nama Pimpinan Yang Disenaraihitam...
- Kemana Perginya Kesedaran
- Sonic boom caused Cairo 'explosion' panic
- Video : Iklan Kerajaan sempena BERSIH 2.0
- Pakaianku Lebih Baik Dariku
- PM bersihkan BERSIH
- Gambar Sekitar Pra Bersih : Rakyat Malaysia di Mesir
- Aku Dok Tahu Setarang Barah
- Proton Pahlawan Series
- Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai
- Bulan Syaaban : Peristiwa Dan Amalan
- Renungan Akibat Facebook-Selepas MATI!
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SK...
- Adakah Malaysia Akan Terjadinya "يوم الغضب"-Hari K...
- Aduh..Kena Tangkap Dengan Polis,Macam Mana Mahu Bu...
- BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
- Konvensyen PMRAM & DPM Bakal Tiba
- Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majl...
- Macam Ni Ke SPR Negara Kita?Wajib Tukarlah...
-
▼
July
(55)