Posted by : Yu. Syamz Jul 13, 2011

Bismillah Walhamdulillah..

Perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir nampaknya menyebabkan Education Malaysia bertindak mengambil tindakan bahawa mereka melarang pelajar-pelajar yang sertai himpunan daripada membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia(EM) :


TINDAKAN KEPADA MAHASISWA/SI YANG TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0

Assalamualaikum.
Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK rujukan SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0. Justeru, mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan sebagai tindakan terhadap keingkaran kepada arahan tersebut.
Sekian dimaklumkan.

boleh rujuk kenyataan di atas di sini

Saya sememangnya sudah mengagak yang perkara sebegini akan terjadi,saya tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan EM lakukan kerana pada hari perhimpunan tempo hari, 'sharp-shooter' yang menjadi mata-mata kepada EM berada setiap penjuru,mengambil gambar dalam keadaan yang boleh dikatakan segan-segan silu.

Ada yang 'menembak' dari dalam kereta bercermin gelap seperti kereta ini :



beberapa orang berada dalam kereta

Dilihat beberapa individu yang berada dalam kereta tersebut dan salah seorang telah 'menembak' diri sy,kebetulan berjalan pulang untuk mengambil sesuatu di rumah.:)

Tidak kurang juga yang turut serta dalam perhimpunan untuk mengambil gambar seperti dalam gambar ini :

Whos at the back? Hehe.. Yg Berbahagia Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) Prof Madya Dr Hj Suaidi (Berbaju Merah) sedang merakam gambar. Sebelah kanannya Tn. Harun, En.Zulkifli Din (Atase Pendidikan, berbaju biru). Pegawai Negeri Kedah, (Dan kelihatan Sedang berbincang pegawai2 negeri. Perak, Pahang, KL)


Dan ada juga yang 'menembak' dari atas bangunan dan dicelah2 bangunan.

BERSIH bukan POLITIK!

Sebagaimana yang kita ketahui,BERSIH 2.0 ini bukanlah berpolitik 'pembangkang' dan juga menentang kerajaan,tetapi adalah kesedaran rakyat untuk melihat penambahbaikan dari sudut sistem pilihanraya dan ketelusan pihak SPR dalam melaksanakan tugas tanpa berat sebelah. Bukankah ini hak rakyat untuk menyuarakan pendapat. Kenapa perlu dikenakan tindakan sebegini?

Saya rasa,tindakan EM ini adalah TIDAK WAJAR dan menyusahkan para pelajar.

sekian.

{ 2 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Wah kat Mesir pun ada gak BERSIH?? hebatnya.. Ramai ke yang join kat sana?

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. BERSIH ni kan menuntut ketelusan SPR dalam pilihanraya..so,kami sbg rakyat juga ingin menyatakan keinginan kami untuk melihat keadilan dan ketelusan..tapi itulah..ada pihak yang salah faham...:)

    ramai jugak...lebih kurang 2000 org kalau dicampur dengan cwngn2 lain...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -