Posted by : Yu. Syamz Sep 10, 2012

Alhamdulillah,segala puji bagi Sang Pencipta yang teragung,Selawat dan salam kehadrat kekasih junjungan serta buat para pengikut dan seluruh kaum muslimin.

Dalam melakukan sesuatu perkara,peranan otak sangat penting. Terlebih-lebih lagi perkara tersebut memerlukan otak yang ligat dalam mencernakan buah fikiran mahupun mengeluarkan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu kemusykilan atau masalah.

ihsan google
Bagi mereka yang sibuk,memegang jawatan dalam persatuan,organisasi, harakah,dan sebagainya, otak ligat dan badan lincas sangat besar peranannya. Bagi yang banyak tanggungjawabnya, tersangatlah memerlukan otak yang ligat berfikir bagi mengawal gerak kerja agar tidak bertindan dan terlepas pandang.

Kadang-kadang kita(khususnya waalid) sangat perlu untuk belajar melakukan banyak benda dalam satu masa. Sebagai persediaan untuk berada dalam medan yang sebenar di tanah air tercinta. Tugas sebagai seorang anak,seorang suami,seorang da'ie dan mungkin banyak lagi taklifan yang akan diberikan nanti amat memerlukan persediaan yang cukup. Barulah nanti tidak 'mati katak' untuk melakukan semuanya.

Untuk mendapatkan otak yang ligat dan badan yang lincas,petua yang senang dan paling mudah untuk dilakukan ialah berSUJUD, mungkin petua ini jarang diambil berat oleh kita.

ihsan google

Sujud mampu menjadikan otak kita cerdas kerana ketika sujud,darah akan mengalir ke dalam satu saluran yang tidak akan sampai darah padanya melainkan ketika kita sujud. InsyaAllah otak kita akan semakin cerdas dan pintar. Disamping itu,banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecerdasan dan 'keligatan' otak kita ni. Termasuklah faktor pemakanan,persekitaran,pergaulan dan sebagainya.

"Akal yang cerdas dari badan yang sihat..."

Seorang yang bergelar ustaz atau pendakwah,kadang-kadang dilihat atau sinonim hanya menadah kitab,mengajar,kuliah,ceramah dan sebagainya. Sebenarnya,dalam Islam juga menggalakkan untuk kita beriadhah. Nabi Shallallahu 3alaihi Wasallam juga turut beriadhah,Nabi beriadhah dengan menunggang kuda,berenang dan memanah.

Mempelbagaikan kemahiran diri termasuk bersukan juga merupakan satu cara untuk para da'ie untuk mendekati para mad'u mereka,namun bukan perlu jadi pemain sukan yang pro,cukuplah sekadar kita reti untuk bersukan. Kalau main bola,agak-agak sepak bola tu kena dah kira ok la tu..begitu juga sukan-sukan yang lain.

Ok,ok..dah melalut dah..asalnya waalid hanya nak buat entry ringkas..jadi panjang pulak,harap maaflah kalau kalian bosan baca entry yang panjang lebar ini..huhu.

Sebagai kesimpulan,blog waalid yang agak bersawang akhir-akhir ini adalah kerana waalid sedang cuba untuk menjadi otak ligat dan badan lincas...huhu. Dah takde keje cari keje..nah,rasakan kau waalid..sahabat-sahabat tolong doakan agar segala pekerjaan waalid dimudahkan olehNya ya.. jazakumullahukhairan jazak...^_^

{ 8 Tembakan... read them below or Comment }

  1. badan sihat, otak cergas.. baru la otak ni fresh =)
    semoga urusaan Waalid senantiasa dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita all the best yer!

    ReplyDelete
  3. baru saya tau tentang sujud tu, terima kasih ye waalid :)

    ReplyDelete
  4. betul waalid, nk dakwah org kita pun kena tarbiyah juga....

    ustaz kena besenam juga. byk tengok ustaz berbadan besar. ini sikit merosakan imej ustaz tersebut...

    My recent post : Gabreil Muniz : Kudung Kedua-dua Belah Kaki, Hebat Bermain Bola.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Waalid..lincas..urmm..maksud waalid..lincah kan? ^_^

    Urmm, zaman skrg ni, kita memang hidup dalam keadaan buat lebih dari satu keja pada satu masa.. Jadi, untuk tu, memang kena jaga stamina, nak kena cergas, cerdas.. supaya kita jadi cekap buat sesuatu.

    Ya, pernah terbaca kebaikan sujud tu.. terima kasih mengingatkan kembali tentangnya :)

    ReplyDelete
  6. minda yg sihat dtg dari badan yg cergas.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -