Posted by : Waalid Al-Marbawi Sep 23, 2012

Innalillahi wainna ilaihi rooji'un..

Wei...nanti2..jangan fikir bukan-bukan ye,tuan blog ni bukan mati kehidupan..tapi mati akal la..hehe..jangan marah haa...^_^

Lama dah blog ni tak berupdate,begitulah kehidupan sebagai seorang hamba yang sememangnya banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah,segala kerja Suruhanjaya Pilihanraya persatuan telah selesai,tahniah dan takziah buat pimpinan mahasiswa tganu yang baru menaiki tampuk kepimpinan,semoga Allah membantu kalian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir akhirnya melabuhkan tirai dua hari yang lepas,pelbagai lontaran idea dan cadangan serta muhasabah diberikan untuk sepenggal pentadbiran sesi yang lalu. Setiap manusia pasti ada kekurangan,sebab itulah kita harus berjemaah/berpersatuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain...

Sejuta keampunan dirafa'kan kepada Allah atas penerimaan usul yang dibawa oleh waalid berkaitan kesatuan. Kesatuan yang mantap ditagih untuk menguatkan ukhuwah dan kekuatan ahli-ahli dalam menjalani kehidupan sebagai mukmin.

Semoga anak-anak Terengganu di Mesir akan terus meningkatkan dan mengeratkan kesatuan yang sudah terpateri erat sejak sekian lama.

p/s : maaf buat semua sahabat kerana lama dah waalid tak dapat ziarah kalian..insyaAllah akan membalas kunjungan sehabis mampu yang mungkin..:)

{ 11 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Utamakan tugas penting dulu.. Ada masa baru update blog..

    ReplyDelete
  2. WAALID NI BUAT ORG CUAK JE... PATUTLAH LAMA MENYEPIKAN DIRI... TAK PE... KERJA LEBIH PENTINGKAN

    ReplyDelete
  3. welcome back Waalid!
    ptt la lama menyepi. hehehe
    xpe, utamakan mane yg penting dulu :)

    ReplyDelete
  4. aiyo waalid...jgn kasi heart attack haa!!

    alhamdulillah...tugas tu penting...dahulukan yg penting :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Selamat kembali ke dunia blogger.

    ReplyDelete
  6. hahahahha.. bikin suspen je..hehehe

    takpe waalid. utamakan yang lebih penting dulu..

    ReplyDelete
  7. Waalid pun dah lama tak update? Sama la kita. Moga2 semua urusan Waalid dipermudahkan oleh-Nya. amin.

    ReplyDelete
  8. salam kenal dan follow 37
    ditunggu follow kembali.terima kasih

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, betul walid, buat skala prioritas untuk yang lebih penting

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -