
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah taala atas segala limpahan kurnianNya yang tidak terhingga.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam,para sahabat,pengikut2nya dan seluruh ummat Islam.
Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba. Bagaimana sang pencipta menguji kesabaran dan kehambaan seorang hamba terhadap penciptanya.
Begitu juga dengan nikmat2 yang Allah berikan,semuanya berlaku dengan perjalanan taqdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.
Ayat-ayat di atas adalah pujukan kepada si hamba yang lemah di atas musibah dan ujian yang berat. Berita tentang penyakit
'cancer' atau dikenali dengan nama
leukemia yang dihidapi oleh anak saudara waalid sangat memeranjat dan menyedihkan. Kanak-kanak yang masih belum baligh,berumur 5 tahun sudah merasai kesakitan yang sangat berat dan sukar untuk diubati..
Sungguh berat ujian yang diberikan Allah kepadamu...bak kata pepatah,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Dengan ketiadaan sayap kiri a.k.a sang isteri yang dijemput Allah dalam kemalangan 4 tahun lalu,abang ipar waalid terpaksa mengharungi ujian Allah yang berat ini. Semoga dikau tabah dalam menghadapi segalanya..
Ya Allah,ringankanlah bebanan yang ditanggung oleh mereka,juga bebana orang-orang Islam seluruh dunia..aamin...
Hanya doa dan munajat mampu dilakukan agar Allah memberikan kesembuhan dan kepulihan dari kesakitan yang dihadapi...mohon sahabat-sahabat doakan juga..Jazakumullahu khairan jazak..
Amin.. Semoga tabah menghadapi dugaan
ReplyDeletetanda kasih allah pada hambanya.
ReplyDeleteSubhanallah.. kesiannya... semoga terus sabar dan tabah hadapi dugaan ini.. benar kata waalid, itu adalah tanda kasihNya kepada hambaNya... apa2pun, jangan berhenti berikhtiar ye waalid untuk anak saudara waalid tu... saya doakan agar segala2nya dipermudahkan.amin..
ReplyDeleteiman tetibe teringat pada arwah adik faris =(
ReplyDeleteAssalammulaikum waalid. Apa khabar waalid skuarga kat sana?
ReplyDeleteMaaf lama tak jengah sini. Urmm, setiap orang ada ujian kan waalid..lain org, lain tahap dan jenis musibahnya.
Ada pula yg sekejap, ada pula yg lama laluinya..tapi tiap2 ujian memang mengandungi hikmah kan waalid..
Semoga abg ipar waalid tabah, kuat hadapi ujian ni..sbagai ahli keluarga..sokonglah mengikut kemampuan yg ada..dan untuk adik kecil yg menghidap leukimia..lana hrp dia sembuh suatu hari nnti..slagi ada usaha, insyaAllah, peluang tuk sembuh tu ada.
waalaikummussalam,terima kasih..insyaAllah..sama-sama doakan yang terbaik untuk semua..
DeleteHarap terus bersabar, positif dan terus berikhtiar. Harapnya segalanya akan dipermudahkan. Ameen.
ReplyDelete