Posted by : Yu. Syamz Sep 13, 2012

Akhir-akhir ini kita ummat islam sangat sedih dengan beberapa perkara yang berlaku melibatkan maruah dan kehormatan kita sebagai seorang yang beragama Islam. perkara pertama ialah merebaknya  'gangnam style' yang waalid boleh katakan berjayanya orang kafir melaghakan orang Islam dengan hanya 1 tarian simple. cuma oleh kerana minat kepada korea mungkin,ianya begitu cepat merebak dan mempengaruhi anak-anak muda,tidak terlepas masyarakat melayu amnya.

[++] 'Hazihi Sabili', Inilah Jalanku! This is My STYLE, Islam is The Best.. So, which one is your 'STYLE'? - Credit to MFR Studio

Mudahnya kita terpengaruh dengan kemajuan semasa,semberono mengikut rentak orang kafir,sudahkah kita mengkaji makna-makna lirik nyanyiannya,makna gerak lenggoknya. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang menjual maruah agamanya..aamiin.

Perkara kedua yang sangat menikam dan menghiris-hiris hati ini ialah sebuah filem yang MENGHINA junjungan besar SAIDINA RASULULLAH shallallahu 3alaihi wasallam. Filem yang dibuat oleh orang kafir berbaur lucah itu menghina tubuh mulia Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda S.A.W. Waalid sangat sedih kerana tidak ada apa yang mampu waalid lakukan selain berdoa agar Allah memelihara agama Islam yang mulia ini.

Mungkin tindakan yang dilakukan terhadap duta US di Libya agak keterlaluan,namun ianya tidak mustahil bagi seseorang yang tersangat menyintai Rasulullah dan tidak sanggup dengan penghinaan terhadap Baginda. Tetapi waraslah dan berfikirlah dengan rasional untuk melakukan tindakan agar tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada Ummat Islam.

Sama-samalah kita berusaha untuk menentang penghinaan terhadap Baginda S.A.W.. ada yang menyuarakan ketidakpuashatian dengan berdemo aman..silakan,ada yang hack dan memberi ingatan kepada orang amerika..silakan,ada yang membuat penerangan tentang kemuliaan Nabi..silakan..dan lain-lain tindakan yang boleh menguntungkan dan menyelamatkan kekasih Mulia yang kita cintai dan sanjungi..

wallahua'lam

p/s : blog jarang update..SPR masih terpundak atas batu jemala patik..huhu...bleh lihat sini...-->http://www.infokpt.com/v3/2012/09/13/pengumuman-kekosongan-kerusi-ajkt-sesi-20122013/
doakan dipermudahkan urusan waalid olehNya..insyaAllah..TQ

{ 1 Tembakan... read them below or add one }

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -