Posted by : Waalid Al-Marbawi Aug 12, 2011



KAHERAH, 12 Ogos - Timbalan Yang Di-Pertua II BKASM, Saudari Rozana Masnan mengesahkan bahawa status pengajian Saudari Hanisah Hashim adalah mengulang sebagaimana aduan yang dilaporkan.

Ia dikuatkan lagi dengan bukti yang diterima daripada pihak universiti hasil perjumpaan Timbalan YDP II, Saudari Siti Hajar Atikah M.Tarman yang merupakan Timbalan setiausaha II bersama mangsa dengan Madam Maha selaku kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams pada jam 10.15 pagi semalam.

Perjumpaan dengan kerani pengurusan wafidin di Kuliah Pergigian Ain Shams tersebut adalah bagi memastikan bahawa status mangsa adalah mengulang akibat surat penangguhan yang diterima oleh pihak mangsa tidak laku.

Bahkan maklumat yang diterima bahawa, tiada langsung sebarang urusan yang dilakukan oleh Pegawai EM, En Khairi Jalalludin bersama pihak Pejabat Pelajar Luar (idarah wafidin) berkenaan permohonan mangsa untuk menangguhkan pengajian selama satu sesi.

Hasil semua maklumat dan bahan bukti yang diperolehi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak PMRAM untuk siasatan lanjut bagi tindakan susulan.

"Apa yang kita kesal ialah bagaimana En Khairi Jalalludin boleh mengeluarkan surat atas nama JPMK untuk meminta pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agar mengeluarkan pengesahan surat penangguhan kepada saudari Hanisah Hashim sedangkan urusan dengan pihak Pejabat Pelajar Luar langsung tidak dibuat?" soal Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman ketika ditanya respon mengenai isu ini.

"PMRAM akan meneruskan tindakan susulan serta perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini agar Saudari Hanisah Hashim tidak teraniaya dengan beban yuran yang mahal (1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000) yang tidak sepatutnya beliau tanggung," tambah beliau lagi.


Sumber : pmram.org

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -