- Back to Home »
 - Mahasiswa , mahasiswa bangkit , Pencabulan HAK »
 - Pengurusan Haprak En Khairi Jalaludin (Atase Pendidikan EM Mesir).
 
 "
Isu mahasiswa di Mesir yang berlaku baru-baru ini tidak senyap begitu sahaja. Timbul pula isu baru berkaitan pengurusan KJ. 
FB  Kak limah telah mendedahkan pelbagai kejahatan yang telah  dilakukan  oleh en.KJ. Antara tugas utama KJ adalah untuk memastikan  semua pelajar  di Mesir akan menyokong UMNO.
KJ terlalu sibuk untuk mengUMNOkan  orang sampai terabai kerja utama  dia selaku Atase Pendidikan. KPT  (kementerian Pengajian Tinggi) melantik  beliau untuk menjalankan tugas  selaku pegawai yang menguruskan  kemasukan pelajar ke  universiti-universiti di Mesir ini. malang sekali  tugasan utama beliau  terbengkalai dan menyusahkan orang lain. 
Isu terbaru berkaitan  pengurusan pegawai "haprak" ini telah  terbongkar apabila seorang  mahasiswi Universiti Ain Shams bernama  Hanisah Hashim mendedahkan  kelalaian KJ dalam mengurus kemasukan beliau  ke tempat pengajian  beliau. 
Saudari hanisah telah menerima surat "Pemakluman  Kemasukan Ke  Universiti  di Mesir" dari pihak KPT yang bertarikh pada 8  disember  2009. Surat tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah  mendapat  tempat di Universiti Ain Shams dan akan memulakan pengajian  pada sesi  2009/2010. 
Saudari hanisah telah mengalami beberapa masalah sehingga terpaksa memohon untuk menagguhkan pengajiannya. Permohonan beliau telah dihantar kepada KJ untuk diuruskan dan dimaklumkan kepada pihak Pejabat Pelajar Luar (wafidin) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
Pihak KPT telah memberi jawapan balas kepada saudari hanisah terhadap permohonan tersebut dan menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan pendaftaran bagi sesi 2009/2010.
Ini terbukti apabila pihak universiti mengesahkan bahawa status pengajian hanisah adalah mengulang tahun "repeat year" bukan sebagai pelajar baru sesi 2010/2011. Status pengajian ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung sendiri kos yuran yang berganda sebanyak GBP 3000 bersamaan LE 30,000 (RM 15,000).
Rentetan dari bebanan yuran yang tidak mampu dijelaskan, saudari hanisah tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan sesi 2010/2011.
Isu ini jelas menunjukkan pengurusan haprak KJ yang telah menipu pihak KPT dan menyusahkan banyak pihak. Mahasiswa sedar menyarankan agar pihak KPT menyiasat maklumat yang telah diberikan oleh pegawai ini dan memilih pegawai yang profesional untuk menjalankan amanah tugasan. En Khairi Jalaludin perlu dipanggil pulang dan menamatkan perkhidmatannya di Mesir.
Kerana terlalu sibuk dengan tugasan parti, kerja utama selaku Atase terbengkalai.
sumber :http://ibnharith.blogspot.com/ "
.:: Arkib Permata ::.
- 
        ▼ 
      
2011
(129)
- 
        ▼ 
      
August
(15)
Aduan Salahlaku Atase Pendidikan [Khairi Jallaluddin]
Temuramah TV Selangor bersama pelajar Malaysia di ...
Ketahui Perkembangan Ummat Islam Semasa
Nasyid Pembakar Semangat Yang Luntur(Sunnah Orang ...
Sikap Kurang Ajar Encik Khairi Jalalludin
ARMA : ANTARA KEBAJIKAN DAN BAHAN UGUTAN
Gelagat KJ Boboy berhadapan dengan Pelajar
Pengurusan Haprak En Khairi Jalaludin (Atase Pendi...
PENGURUSAN EN KHAIRI JALALLUDIN : SURAT PENANGGUHA...
Oh Indahnya Demokrasi Malaysia....
PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, E...
Apakah Tandanya?
Isu Mahasiswa : Temubual Bersama Ustaz Ridhuan Mat...
KJ Boboy sayang...sila kemas barang dan pulang!
Jom Jalankan Usrah!
 
 - 
        ▼ 
      
August
(15)
 






