- Back to Home »
 - Arma , Mahasiswa , mahasiswa bangkit »
 - ARMA : ANTARA KEBAJIKAN DAN BAHAN UGUTAN
 
Posted by : Yu. Syamz
Aug 15, 2011
 Semenjak penafian awal hak PMRAM dalam  meduduki anjung ARMA yang sudah pun berlalu selama hampir dua dekad,  siri demi siri penafian hak telah dilalui PMRAM dan juga ahlinya.
Setiap peristiwa dan catatan kronologi  daripada setiap penafian hak tersebut memberikan kesan yang cukup  mendalam dan   dapat dilihat hingga kini.
Bagaimana kita lihat hak yang telah  dipersetujui antara PMRAM dan pihak kedutaan iaitu kuasa pemutus kepada  dasar pentadbiran ARMA perlu melibatkan 3 orang wakil badan pengurus  telah pun dihapuskan daripada peraturan ARMA 1981 tanpa perbincangan  secara bersama dengan pihak PMRAM.
 Ketiadaan 3 orang wakil PMRAM dalam struktur jawatankuasa pemutus  dasar pentadbiran ARMA untuk membuat keputusan sekaligus sebagai ahli  mesyuarat telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap  pihak-pihak tertentu.
 Ini dapat kita lihat apabila keputusan yang hampir merenggut hak  bersuara 3 orang mahasiswa yang menetap di ARMA yang telah diugut untuk  dikeluarkan daripada ARMA ekoran terlibat dalam perhimpunan BERSIH  baru-baru ini.
 Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya perjuangan untuk  mendapatkan kembali hak keberadaan 3 orang wakil PMRAM dalam  jawatankuasa lembaga itu.
 Ini kerana, seperti yang termaktub dalam peraturan asrama tahun 1981,  PMRAM mempunyai kuasa dalam kumpulan mesyuarat pentadbiran dan  pengurusan ARMA. Berikut senarai ahli jawatankuasa asal pentadbiran dan  pengurusan ARMA:-
1. Pengarah, JPM (Pengerusi)
2. Penyelia Asrama (Setiausaha)
3. Pegawai Kebajikan (I) JPM
4. Pegawai Kebajikan (II) JPM
5. Juruwati Asrama
6. Tiga orang wakil PMRAM
1. Pengarah, JPM (Pengerusi)
2. Penyelia Asrama (Setiausaha)
3. Pegawai Kebajikan (I) JPM
4. Pegawai Kebajikan (II) JPM
5. Juruwati Asrama
6. Tiga orang wakil PMRAM
 Ahli Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang berhak membuat  dasar dan keputusan  serta menjadi penasihat dan menimbang sebarang  rayuan daripada pelajar.
Walaupun bilangannya hanya 3 daripada 8, sekurang-kurangnya pihak PMRAM dapat menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu keputusan. Akan tetapi kumpulan Ahli Jawatankuasa ini dibubarkan dan diubah tanpa restu dan persetujuan PMRAM dan sekaligus menafikan hak keberadaan PMRAM di ARMA.
Tujuan asal perjuangan orang-orang dahulu untuk mendirikan sebuah asrama adalah untuk kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di sini, namun kini asrama tersebut iaitu ARMA telah dijadikan sebagai ‘senjata’ dan bahan ugutan bagi mahasiswa yang berani bersuara menyatakan pendapat mereka.
Walaupun bilangannya hanya 3 daripada 8, sekurang-kurangnya pihak PMRAM dapat menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu keputusan. Akan tetapi kumpulan Ahli Jawatankuasa ini dibubarkan dan diubah tanpa restu dan persetujuan PMRAM dan sekaligus menafikan hak keberadaan PMRAM di ARMA.
Tujuan asal perjuangan orang-orang dahulu untuk mendirikan sebuah asrama adalah untuk kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di sini, namun kini asrama tersebut iaitu ARMA telah dijadikan sebagai ‘senjata’ dan bahan ugutan bagi mahasiswa yang berani bersuara menyatakan pendapat mereka.
 Usaha untuk mendapatkan semula ruang  pejabat PMRAM di ARMA telah pun  dimulai dan dilakukan oleh mereka terdahulu yang cintakan hak dan  kebajikan.
 Maka peranan kita pula selaku mata rantai penerus perjuangan untuk  mempertahankan tujuan murni mereka itu agar ia kekal menjadi tujuan  kebajikan dan tiada unsur memberatkan terhadap mana-mana individu yang  bersuara.
 Bersama-samalah  kita memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dikecapi  oleh PMRAM. Dan bangkitkanlah sensitiviti dan semangat sesama ahli  dalam memperjuangkannya. Tidak lain tidak bukan hanya untuk kebajikan  kepada seluruh mahasiswa.
 “ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka”
 Semarak Gelombang Kuning.
 Disediakan oleh:-
Muhammad Nadzir b. Jamaluddin
Pengarah,
Unit Panitia ARMA,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.
Muhammad Nadzir b. Jamaluddin
Pengarah,
Unit Panitia ARMA,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.
 Sumber : Web Rasmi PMRAM
.:: Arkib Permata ::.
- 
        ▼ 
      
2011
(129)
- 
        ▼ 
      
August
(15)
Aduan Salahlaku Atase Pendidikan [Khairi Jallaluddin]
Temuramah TV Selangor bersama pelajar Malaysia di ...
Ketahui Perkembangan Ummat Islam Semasa
Nasyid Pembakar Semangat Yang Luntur(Sunnah Orang ...
Sikap Kurang Ajar Encik Khairi Jalalludin
ARMA : ANTARA KEBAJIKAN DAN BAHAN UGUTAN
Gelagat KJ Boboy berhadapan dengan Pelajar
Pengurusan Haprak En Khairi Jalaludin (Atase Pendi...
PENGURUSAN EN KHAIRI JALALLUDIN : SURAT PENANGGUHA...
Oh Indahnya Demokrasi Malaysia....
PMRAM Akan Siasat Kekeliruan Pengurusan Pegawai, E...
Apakah Tandanya?
Isu Mahasiswa : Temubual Bersama Ustaz Ridhuan Mat...
KJ Boboy sayang...sila kemas barang dan pulang!
Jom Jalankan Usrah!
 
 - 
        ▼ 
      
August
(15)
 

