Posted by : Waalid Al-Marbawi Aug 10, 2011

KAHERAH, 9 Ogos - Satu aduan berkaitan salah laku seorang pegawai EM, En Khairi Jalalluddin ke atas seorang mahasiswi perubatan bidang pergigian Universiti Ain Shams telah diterima oleh pihak PMRAM tengahari tadi.

Aduan tersebut berkaitan kekeliruan status penangguhan kuliah selama setahun oleh mahasiswi tersebut, Hanisah binti Hashim yang berasal dari Selangor.

Beliau disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.

Sehubungan itu, beliau telah menerima surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK (sekarang EM) rujukan JPMK(AKA)1000/016/06(03) atas alasan Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi , Pegawai Atase EM bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia.

Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa saya sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah dibuat.

"PMRAM memandang kes ini sebagai isu penganiayaan ke atas mangsa (Saudari Hanisah Hashim). Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci bagi tindakan susulan," ujar Syeikh Mujahid, Naib Presiden III, selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini dan surat yang JPMK yang telah dikeluarkan daripada En. Khairi selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam isu ini. Kita juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membela nasib saudari kita ini," tambah beliau lagi.

sumber : PMRAM

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -