Assalamualaikum semua, ni ada satu kisah tentang perbualan seorang gadis yang tidak menutup aurat dengan seorang ustaz.. semoga entri ni dapat memberi manfaat kepada kita semua..meh baca~ dipetik dari forum syok.org
Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup
aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup
aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai
dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung
labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai
jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit
namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup
aurat….dosa
tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana
perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan
mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang
perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan
lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan
berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang
perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita
ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia
berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas
dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya
menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta
namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya
dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama
dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu
buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik
atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya
mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung
menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita
melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita
di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat
contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup
aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi
jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri
sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya
dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi
ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan
ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka
pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong
mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa
kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang
membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di
akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan
aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia
kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa
orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan
oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar
orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “
the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta
…kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t
make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan
hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita
kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai
tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai
ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu
calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua
la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari
kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah
Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf
sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”