"
Salam. Rasional ke Ahmad Said ini?
Nama program ini pun telah mengundang cemuhan. Program Pas: Parti
Ajaran Sesat (P:Pa) yang diusahakannya di Terengganu malah akan dibawa
menjelajah seluruh Malaysia. Saya nasihatkan Najib berfikir sejuta kali
untuk membenarkan program yang tidak masuk akal ini diwar-warkan seluruh
Malaysia.
Apa pula kata Pas Terengganu? Ustaz Abu Bakar Chik menganggap
isu ini terlalu berat. Pihaknya tidak mahu memanjangkan isu itu dari
sisi politik kerana menganggap isu sesat adalah perkara yang tidak boleh
dibuat main-main kerana boleh berbalik semula kepada diri sendiri.
Apakah
Ahmad Said begitu takut, bimbang akan pengaruh Pas mula meresap seluruh
Terengganu dan akhirnya menelan dirinya? Carilah pendekatan lain yang
tidak menyebabkan rakyat mempersoalkan siapa dirinya - akhlaknya, taraf
pendidikannya,tindak-tanduk politiknya.
Pelancaran program ini sesungguhnya mampu menenggelamkan jasanya yang agak baik terhadap perkembangan sosio-ekonomi Kemaman.
Saya
percaya Rafizi dan Pas Kemaman amat tertarik dengan isu yang jelas akan
menjerut Ahmad Said ini. Awaslah wahai Ahmad Said! Rasanya Rafizi
sekarang ditugaskan untuk menyelia Parlimen Kemaman bagi pihak PKR
Terengganu.
Apakah program ini, pada pemikiran Ahmad Said mampu mengubah persepsi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya terhadap Pas?
Siapakah
sasarannya? Adakah setiap program ini dilaksanakan, rakyat Terengganu
hadir secara suka rela? Adakah yang hadir itu penyokong Pas, anak-anak
muda, pengundi atas pagar atau sekadar yang dihimpunkan (itu pun dengan
kerahan sama ada umpanan duit atau paksaan) ialah penyokong UMNO tegar?
Saya
yakin yang akan hadir itu ialah penyokong UMNO yang tegar, simpatisan
UMNO dan pengundi atas pagar sama sekali tidak akan hadir kerana nama
program itu sendiri pun begitu kasar dan bersifat fitnah dan menyinggung
sensiviti agama. Saya percaya mereka tidak akan hadir kerana mereka
enggan bersekongkol dengan agenda yang seolah-olah mempersenda Islam itu
sendiri.
Jika Ahmad Said sempat berfikir dan menilai, sagugialah
beliau membatalkan program ini. Hal ini kerana bukan sahaja memyebabkan
penyokong partinya sendiri yang akan protes dalam diam malah mengundang
kebencian dalam kalangan rakyat jelata, yang akhirnya menyebabkan
timbulnya situasi "kalah sebelum berjuang".
Ahmad Said perlu
sedar sifat dan sikap orang Pas, selagi mereka diasak, tambahan dengan
asakan yang tidak masuk akal atau berunsur fitnah, mendorong mereka
untuk lebih kuat berusaha atau akan "all out" untuk menghapuskan legasi
UMNO Terengganu. Dan ini sebenarnya tidak mustahil berdasarkan
dasar-dasar ekonomi, sosial, dan politik Najib yang amat lemah, serta
kurang peka Najib terhadap isu moral dan akhlak, apatah lagi soal
menambahbaik perkembangan agama Islam yang tidak terserlah, unsur rasuah
yang menonjol, program Ahmad Said ini sesungguhnya mempercepat
kejatuhan Najib.
Perlu Ahmad Said sedari, Mahathir sendiri pun
mengakui bahawa partinya, UMNO, kian lama kian tersisih daripada
golongan cendekia dan profesional maka soal sinergi antara Pas dengan
siasah dan Islam telah pun difahami dan diterima oleh rakyat terbanyak
hatta oleh bukan Islam kerana dalam PAS sendiri bregitu banyak didokongi
oleh tokoh-tokoh ilmuan agama dan profesional.
Kerana itu,
rakyat akan bertanya, siapa kamu Ahmad Said jika nak dibandingkan TG Hj
Hadi? Rakyat akan berkata, cerminlah dirimu dahulu, sebelum mengatakan
orang lain sesat. Buktikan dahulu bahawa parti kamu bebas dari rasuah
dan skandal moral.
Rakyat akan membaca isyarat bahawa memang
benarlah kamu hanya takut dan resah terhadap Pas dan pengaruhnya di
Terengganu, akan akhirnya kamu dan rakan-rakan kamu yang akan tersingkir
dari singgahsana kuasa!
Sumber:http://helangjagat.blogspot.com