Posted by : Yu. Syamz Sep 2, 2012

Alhamdulillah,Syukur kepada Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidina Rasulullah Shallalahu 3alaihi Wasallam dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta ke atas para sahabat dan seluruh pengikut-pengikutnya.

Sebagai makluman untuk sahabat-sahabat waalid yang dihormati,mungkin blog ini akan mengalami kelembapan dari sudut update entry kerana? :

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT)  Mesir sesi 2011/2012. Suruhanjaya ini bertindak sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi bermula dari 1 September 2012  hingga 20 September 2012. Antara matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:

1. Mengendalikan pencalonan sebagai AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.

2. Mengendalikan pengundian sekiranya berlaku pertandingan antara calon.

3. Bertanggungjawab memastikan proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.

Sehubungan  itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan saudara Mohd Syamshul bin Sidik (Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012) di talian 0111-4485597.


“CEKAP DAN TELUS”
“BERILMU DAN BERAMAL”

Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.
haa...itulah sebabnya waalid akan lembab sikit dalam update entry blog ni,mungkin juga akan bersawang sedikit...huhu

Sebenarnya waalid sudah ditaklifkan untuk mengetuai Suruhanjaya Pilihanraya Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) Mesir bagi memudahkan proses pemilihan calon2 kepimpinan KPT Mesir untuk sesi akan datang.

InsyaAllah,kalau ada kelapangan..waalid cuba untuk mengupdate blog kesayangan ini. waalid menagih doa dan semangat sahabat-sahabat agar dipermudahkan urusan dan gerak kerja waalid untuk kesekian kalinya ini.mungkin ini adalah jasa terakhir waalid di sini sebelum terbang ke tanah air..atas doa dan semangat kalian,waalid dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Jazak..^_^

{ 8 Tembakan... read them below or Comment }

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -