Posted by : Yu. Syamz Jun 17, 2013

Alhamdulillah, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah Taala sehingga ke hari ini, mudah-mudahan Allah memberkati kita pada bulan syaaban ini dan menyampaikan umur kita sehingga selesainya sebulan Bulan Ramadhan...aamin.

Pada entry kali ini, waalid ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat satu ucapan yang elok dan baik bagi kita orang-orang Islam dalam menyambut ulangtahun kelahiran seseorang. Kita sebagai orang Islam tentulah diajar dengan perkara-perkara yang paling baik.
Ihsan Cik Google


Untuk ulangtahun kelahiran ini, selalu kita dengar ucapan-ucapan seperti berikut :

Happy Birthday
HB(semakin singkat)
Selamat Hari Lahir
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran
Selamat Hari Jadi 

Dan sebagainya ucapan-ucapan yang diberikan kepada seseorang yang menyambut ulangtahun kelahirannya.

Namun, apa yang lebih baik untuk kita ucapkan kepada kawan-kawan kita atau sebagainya bila tibanya ulangtahun kelahiran mereka adalah seperti ucapan tersebut berbentuk peringatan dan bermanfaat buat saudara kita itu. Antara ucapan yang boleh kita amalkan adalah :

"خيركم من طال عمره وحسن عمله"
Maksudnya:" Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"


Ucapan sebegini tentunya akan memperingatkan seseorang agar memanfaatkan umur yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.

Selain itu, elok juga kita doakan akan keampunan dan kesejahteraan mereka dengan doa-doa yang baik.

Semoga kita sama-sama peroleh manfaat

{ 6 Tembakan... read them below or Comment }

  1. Salam kenal...
    Maaf lambat ke blog ini...
    Anda ada di bloglist saya..
    http://www.hanifidrus.my/
    Sila lihat berdasarkan abjab nama blog

    ReplyDelete
  2. terima kasih ye berkongsi ilmu ni walid :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Gabungkan sekali kedua2nya pun elok juga kan waalid :)

    Tambah juga, dengan mendoakan yang baik2 untuknya.. ^_^

    #Terima kasih singgah baru ni, terkejut jap,hehehe. Lama juga berehat dari menulis ya waalid.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...kalau gabung dua2..terlebihlah ahsan(baik)...

      em...lama jugaklah..huhu

      Delete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -