Posted by : Yu. Syamz
Jun 27, 2013

Melihat kepada status fb kawan-kawan waalid semenjak akhir-akhir ini, keadaan di Mesir semakin membimbangkan dengan rusuhan,demonstrasi yang dilakukan oleh puak-puak yang anti Mursi(Presiden Mesir sekarang). Lebih tepat waalid boleh katakan anti Islam kerana beberapa perbuatan yang dilihat bukanlah mereka ini anti Mursi,bahkan Anti Islam.
Kenapa di kata anti Islam? terdapat peristiwa yang mana mereka menahan dan melarang laungan azan asar serta maghrib di sebuah wilayah di Bandar Mansurah.
Perhimpunan besar-besaran akan di adakan pada 30 Jun ini sempena genap setahun pemerintahan Dr Mursi. Ayuh sama-sama doakan agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada rakyat-rakyat Mesir dan juga rakyat-rakyat Malaysia yang sedang berada di sana, semoga Allah memelihara mereka dari tangan-tangan yang memusuhi Islam..in syaa Allah..
Info terbaru berkenaan situasi di Mesir boleh lihat@rujuk di pautan berikut :-
1)
http://pmram.org/v2/
2)
https://www.facebook.com/abdul.malik.1481/posts/10201335909257186
p/s: jangan lupa doakan juga saudara-saudara kita di Syria dan juga tempat-tempat lain...