Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan
di dunia ini umpama roda. Adakalanya seseorang itu berada di atas dan
pada masa yang lain dia berada pula dibawah. Di dalam sejarah dunia dan
tamadun manusia kita akan bertemu pertukaran golongan/dinasti yang
memegang tampuk pemerentahan. Pertukaran ataupun silih berganti ketua
negara adalah perkara biasa dan lumrah alam. Begitu juga dalam kerajaan
khalifah Islam selepas Khulafa ar-Rasyidin kerajaan Islam ditakbir oleh
Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Fatimiah dan Uthmaniyah.
Kenapa
berlaku pertukaran kerajaan sedangkan kerajaan sebelumnya
berpengalaman dan telah banyak melakukan pembangunan fizikal dan
membantu rakyat?
Sebenarnya jika di kaji sejarah setiap
peralihan kuasa daripada satu kerajaan kepada kerajaan yang lain
puncanya adalah kerana pemerentah yang lama banyak pelakukan
penyelewengan dalam pemerentahan seperti rasuah, mengutamakan ahli
keluarga dan kroni, projek-projek kerajaan diagih-agihkan kepada
puak-puak mereka sahaja, hak dan keperluan rakyat diabaikan. Pemimpin
negara ketika itu hanya berseronok di istana-istana mewah dan
menghabiskan harta negara untuk perkara-perkara kurang bermanfaat.
Akibat daripada kelemahan inilah pihak pembangkang daripada
bani/dinasti yang lain akan berusaha keras mengumpulkan
pengikut-pengikutnya dan menjatuhkan kerajaan yang lama.
Di
abad ke 21 kita boleh saksikan kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia
telah berlaku pertukaran kuasa iaitu parti pemerentah yang telah
memerintah puluhan tahun dapat dikalahkan dalam pilihanraya dan parti
pembangkan pula mengambil alih kuasa. Contohnya di India Parti Kongres
begitu lama memerentah negara India tetapi akhirnya parti tersebut jatuh
dan digantikan oleh parti pembangkang. Di Amerika, Britain, Filipina,
Thailand dan negara-negara Eropah sering bertukar tangan dengan parti
pembangkang apabila tewas dalam pilihan raya umum mereka.
Dalam
tahun 2010 suatu perubahan telah berlaku di Timur Tengah bagaimana
rakyat yang telah lama ditindas oleh pemerentah yang zalim, yang mengaut
keuntungan hasil negara untuk kepentingan ahli keluarga pemerentah dan
kuncu-kuncunya telah bangkit mempertahankan hak mereka dan meminta hak
memerintah negara di serahkan kepada rakyat seperti berlaku di
Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan yang masih dalam proses kebangkitan
rakyat adalah di Syria.
Dunia telah menyaksikan bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin melalui
Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih
47.18 peratus undi berjaya memenangi pilihan raya bebas di Mesir dan
telah menguasai Parlimen Mesir.
Firman Allah SWT
maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
'." (Surah Ali-Imran ayat 26)
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam
realiti di Malaysia, berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan semasa
berkemugkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya mengalahkan Barisan
Nasional yang telah berkuasa memerentah selama 54 tahun (bermula Parti
Perikatan dan digantikan dengan Barisan National) dalam PRU 13.
Mengikut
data-data pengundi bermula PRU 1 hingga PRU 12, beberapa penganalisa
bebas dapati bahawa dalam PRU 13 Pakatan Rakyat akan dapat menguasai
banyak negeri-negeri di Semenanjung dan akan memperolehi majoriti mudah
dan mampu membentuk kerajaan dan menguasai Puterajaya.
PRU
12 sebenarnya memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional kerana
mengalami kekalahan yang paling teruk iaitu tidak mendapat majoriti 2/3
dan kehilangan 4 negeri dan tidak berjaya merampas kembali negeri
Kelantan.
Pilihan raya negeri di Serawak baru-baru ini
adalah satu petunjuk bahawa pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada
Barisan Nasional. Sehinggakan Pakatan Rakyat dapat menambah kerusi
Dewan Undangan Negeri, sebelum ini sukar diperolehi.
Analisa
yang dibuat ini waalupun tidak 100% tepat tetapi terdapat kebenarannya
yang boleh dipakai kerana kuasa penentu untuk PRU 13 adalah pengundi
muda dan pengundi 'atas pagar'. Pengundi 'atas pagar' banyak bergantung
kepada isu-isu semasa yang di mainkan oleh kedua-dua parti (BN dan PR).
Media alternatif memainkan perana penting untuk menjelaskan isu semasa
kepada pengundi 'atas pagar' dan pengundi muda. Isu NFC (National
Feedlot Centre) menjadi isu hangat yang sukar ditepis dengan mudah oleh
Barisan National.
Dalam kajian yang
dibuat pengundi Cina dan India majoriti akan berpihak kepada Pakatan
Rakyat dan pengundi muda juga majoriti akan menyokong Pakatan Rakyat
disebabkan pengundi muda tidak mudah dipengaruhi oleh media pro
kerajaan atau media letronik.
Salah satu faktor yang
tidak boleh disangkal oleh Barisan Nasional bahawa negeri-negeri yang
di kuasai oleh Pakatan Rakyat telah membuat banyak perubahan daripada
bantuan dan khidmat kepada rakyat hinggakan keperluan asasi mereka
diutamakan seperti rumah, bantuan kemiskinan dan hak memiliki geran
tanah. Projek-projek kebajikan seperti pemberian air percuma, bantuan
pengurusan kematian (skim usia emas) dan bantuan-bantuan lain semuanya
tidak pernah dibuat semasa pemerentahan kerajaan yang terdahulu. Hasil
negeri seperti balak dan pasir juga bertambah perpuluh kali ganda
daripada kerajaan sebelumnya, lapuran audit negara memuji ketelusan
pentadbiran dan peningkatan hasil negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat,
ini semua memberi saham yang tinggai kepada Pakatan Rakyat untuk
menambat hati rakyat jelata dan mengekalkan momentum sokongan umum.
Sahabat yang dikasihi,
Faktor
yang paling besar kenapa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya
adalah kerana rakyat yang dahagakan pemerentah yang telus, adil, tidak
berlaku rasuah dan kekayaan negara dapat dikongsikan untuk semua rakyat.
Terlalu banyak berlaku ketirisan wang negara hingga mencecah billion
ringgit setahun , harga barang-barang keperluan asas dan minyak naik
sedangkan Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia,
pengangguran semakin meningkat (kurang peluang-peluang pekerjaan),
rakyat di bebankan dengan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan
pendidikan di IPTA dan IPTS, hutang negara mencecah ratusan billion
bertambah setiap tahun (jika tidak dapat diatasi negara akan menuju
muflis).
Beberapa perkara yang tidak di sukai oleh rakyat
adalah hak untuk berhimpun secara aman dikenakan dengan syarat-sayarat
yang ketat (menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan
negara), masih mengekalkan tahanan tanpa bicara, para pelajar tidak
boleh bersuara kerana AUKU (akta universiti dan kolej), sistem keadilan
masih tidak mengikut standard antarabangsa (terdapat pilih kasih dalam
perbicaraan) dan tol-tol yang dikenakan kepada rakyat sangat
membebankan sebaliknya keuntungan daripada kutipan tol hanya
mengkayakan syarikat-syarikat kroni sahaja.
Umat Islam
yang prihatin terhadap Islam dan cinta kepada keadilan dan akhlak Islam
merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala
sosial hinggakan terdapat lebih 200,000 anak tidak sah taraf dan jumlah
ini bertambah setiap hari. Ini adalah kerana Malaysia mendapat catar
ke 10 di dunia negara yang suka berhibur. Penggalakkan pergaulan bebas
di antara lelaki dan wanita. Penagih dadah semakin bertambah dan kadar
jenayah juga semakin bertambah setiap hari, seolah-olah tidak ada
jalan untuk menghapuskannya.Displin para pelajar sekolah sangat
membimbangkan kes-kes pergaduhan dan ponteng sekolah, mengikut kajian
bebas 80% pelajar sekolah (menengah dan rendah) tidak melakukan solat,
majoriti mereka tidak solat kerana tidak tahu cara-cara solat yang
betul . Ini adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan di
sekolah-sekolah kerajaan.
Kerajaan ada membina masjid dan
sekolah agama tetapi pada masa yang sama membiarkan kelab-kelab malam
bercambah, pergaulan bebas muda mudi, muzik dan hiburan diberi
keutamaan, kerja-kerja seperti ini umpama tangan kanan buat bangunan
dan tangan kiri pula meruntuhkannya. Kerajaan tidak serius untuk
melaksanakan hukum-hukum Allah seperti hudud dan qisas dan sentaiasa
memberi alasan bahawa masyarakat majmuk sedangkan usaha-usaha kearah
memberi kesedaran , kefahaman dan tarbiah tidak dijalankan hinggakan
umat Islam sendiri menghina dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.
Gejala
murtad menjadi perkara serius diberitakan melebihi 200,000 orang.
Tetapi bukti yang jelas apabila terdapat puluhan ribu memohon untuk
menukar agama daripada agama Islam kepada bukan Islam, sedangkan hukum
murtad yang lebih tegas tidak diluluskan di Parlimen walaupun pihak
pembangkang telah membuat beberapa cadangan hukum yang lebih tegas.
Rakyat
dan umat Islam yang berada dinegeri-negeri yang diperintah oleh
Pakatan Rakyat dapat merasai bahawa masjid-masjid dan surau-surau
banyak mengadakan kuliah agama dan menyuburkan majis ilmu dan
masjid-masjid telah berfungsi di hidupkan dengan aktiviti-aktiviti ke
Islaman dan khidmat masyarakat, berbeza masjid-masjid yang berada di
dalam pemerentahan kerajaan Barisan Nasional kerana ramai usatz-ustaz
tidak diberikan tauliah untuk pengajar.
Sahabat yang dihormati,
Berjaya
atau tidaknya Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sebenarnya
bergantung kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT. Jika Allah SWT
mengendaki Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya pasti tidak siapa boleh
menghalangnya. Contoh yang paling hampir dalam PRU 12, siapa sangka
Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh Pakatan
Rakyat yang menjadi kubu kuat Barisan National? Dan ahli Parlimen
Pakatan Rakyat berjumlah 40% daripada keselurauhan ahli Parlimen, tidak
mustahil jika di izinkan Allah jumlah ahli Parlimen akan menjadi
melebihi 50% pada PRU 13 dan mampu memerentah Malaysia walaupun dengan
majoriti kecil.
Perkara yang paling penting untuk ke
Puterajaya usaha-usaha gigih perlu berterusan samaada para pemimpin
Pakatan Rakyat , penyokong dan ahli-ahlinya bekerja keras dan banyakkan
mendekati rakyat dengan penuh hikmah. Kempen yang perlu dijalankan
perlulah bersih tidak perlu menggunakan bahasa yang kesat, menyerang
peribadi parti lawan dan cuba gunakan pendekatan sopan dan menggunakan
akhlak yang mulia. Jangan sampai niat hendak menang gerak-kerja Pakatan
Rakyat terbawa-bawa menggunakan berita yang tidak sahih dan tidak ada
fakta dan bahan bukti.
Untuk umat Islam perkara yang
cukup penting adalah doa dan solat hajat. Buatlah solat hajat sebanyak
yang mungkin dan mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan
ikhlas semoga doa-doa kalian di terima oleh Allah SWT. Carilah
masa-masa mustajab doa untuk menyatakan hajat kalian. Jika ditakdirkan
doa kalian diterima oleh Allah SWT pasti Pakatan Rakyat akan berjaya
menduduki Putrajaya , kerana Allah SWT akan memberi taufik dan
hidayah-Nya mengubah majoriti hati rakyat Malaysia untuk memilih
Pakatan Rakyat sebagai pemerentah yang menguasai Putrajaya.
Ayat
Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin,
ayat 82. yang maksudnya : “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala,
apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia,
baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”
Majoriti rakyat
menanti jika dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat berjaya menguasai
Putrajaya, mereka perlulah menunaikan janji-janjinya untuk berkhidmat
pada rakyat dan membuat "overhall" terhadap sistem yang ada oleh
pemerintah yang lama. Janji perlu dikotakan dan jika kalian menanamkan
azam untuk membuat islah, pembaharuan dan memulihkan kerosakkan yang ada
insya Allah , Allah SWT akan tunaikan hajat kalian semua.
Sumber Daripada :
Abu Basher