Posted by : Yu. Syamz Feb 3, 2012

Semalam menonton satu tayangan video berkisar perlantikan khalifah Saidina Umar Abdul Aziz. Melihat bagaimana khalifah sebelumnya melantik seorang pemimpin yang sangat amanah dan sangat bertaqwa kepada Allah taala. Masihkah ada pemimpin sepertinya?



Video yang ringkas itu menunjukkan kezuhudan dan amanahnya seorang khalifah yang dilantik untuk mentadbir urusan kaum muslimin apabila terpundaknya tanggungjawab ke atasnya. Terngiang ucapan permulaan saidina Umar Abdul Aziz selepas beliau diangkat menjadi khalifah yang ucapannya lebih kurang berbunyi :

" Aku telah di uji oleh Allah Taala dengan memberikan aku tanggungjawab yang besar ini,maka bantulah aku dalam melaksanakan tugasan ini, taatilah aku selagimana dalam ketaatan. Aku bercita-cita untuk mendapatkan tempat yang tertinggi iaitu syurga Allah,maka bantulah aku untuk mendapatkannya"

Begitulah sedikit petikan ucapan yang masih diingati oleh saya...mungkin secara tepatnya,saudara2 boleh rujuk kembali dalam lipatan sejarah2 yang di tulis ulamak.

Kemudian dikisahkan pula bagaimana bermulanya zuhud yang luar biasa ditunjukkan oleh beliau sebagaimana beliau tidak memakai pakaian yang boleh menimbulkan riak dan kemegahan pada dirinya,tidak memerlukan 'bodyguard' atau pengawal yang berderet-deret, tidak bermegah-megah dengan istana/banglo-banglo mewah, rasanya amat berbeza pada zaman sekarang,sang pemimpin bermegah-megah dengan kemewahan dan pangkat-pangkat yang dimiliki. Lupakah mereka akan 'AMANAH' itu akan dipertanggungjawab dan di soal kelak?

Sifat AMANAH perlu ada dalam setiap diri muslim agar segalanya dilakukan berdasarkan landasan yang betul serta tidak lari dari matlamat sebenar sesuatu tanggungjawab.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin merasai keperitan rakyatnya dengan kehidupan seorang pemimpin itu serba lengkap tanpa sedikit kekurangan

So,amanah rakyat/masyarakat sekarang ialah memilih pemimpin yang betul-betul boleh membawa kita semua ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kita ke jalan yang diredhai Allah taala...

wallahua'lam.

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -