Posted by : Yu. Syamz Feb 9, 2012


Dato' Abu Bakar Chik beri tempoh 3 hari kpd MB Trg tarik balik kenyataan Pas Ajaran Sesat - Ustaz Mohd Soud Said

Wah...dah menjadi-jadi pulak menteri besar 'kesayangan' saya ni ye, semalam saya ada post mengenai persepsi beliau terhadap mahasiswa/wi yang berpolitik yang dikatakan melampaui batas undang-undang, hari ini keluar pulak statement bahawa Parti Islam se-Malaysia dituduh Parti Ajaran Sesat.

Kalau diperhatikan,tuduhan ini sebenarnya dah lama saya dengari dari mulut2 pengikut2 UMNO, tapi kali ini kenyataan itu keluar dari Menteri Besar sendiri...kecewa saya..huhu

Rakyat tentu dapat melihat dan menilai sendiri sikap yang ditunjukkan oleh menteri besar ini.

Saya tidak setuju 100% dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Ahmad Said(DSAS). Kerana sebagai pimpinan kerajaan lagi2 yang sebagai Menteri Besar sepatutnya memberikan contoh teladan yang baik kepada rakyat,namun sikap sebaliknya yang ditunjukkan. Pastinya sikap sebegini mengecewakan rakyat Terengganu.

Saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan DSAS menarik balik kenyataan tersebut sebelum berakhirnya tempoh yang diberikan oleh Dato' Abu Bakar Chik.

Usahlah berpolitik secara kebudak-budakan,zaman sekarang bukan lagi politik ugut-mengugut,rakyat tahu menilai dan rakyat sudah membuka mata dan minda masing-masing untuk memilih mana intan,mana permata.

Satu lagi kenyataan yang patut DSAS tarik ialah mahasiswa berpolitik ialah melampaui batas undang-undang kerana politik dan agama tidak dapat dipisahkan,biarlah kami fikir jalan yang patut kami ikuti dan bukan semata-mata mengikut telunjuk pemerintah...

Wallahua'lam.

Permata : saya bukanlah seorang yang pandai mengulas isu-isu terkini seperti admin amenoworld,sozcyili dan otai2 blogger lain,namun diharapkan pendedahan yang dibuat dapat memberi kesedaran dan pengamatan yang setimpalnya bagi yang ingin mengetahui akan kebenaran..wallahua'lam.


Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -