Posted by : Yu. Syamz Feb 8, 2012

Keistimewaan Demokrasi ialah ia menemui hasil daripada pengalaman pertentangan panjang dengan kezaliman dan kediktatoran pemimpin dan raja-raja method dan halacara yang dianggap hingga hari ini sebagai jaminan yang paling ideal bagi memberikan perlindungan kepada rakyat daripada kezaliman. Walaupun ia tidak akan terlepas daripada setiap hasil usaha manusia.

Tidak menjadi suatu kesalahan kepada manusia terutama ahli fikir dan pemimpin mereka untuk memikir dan meletakkan method dan halacara yang lain agar dapat mencapai apa yang lebih tepat dan ideal. Tetapi untuk memudahkan usaha tersebut dan supaya dapat dilaksankan dalam realiti kehidupan manusia, kami berpendapat bahawa kita mesti mengambil sedikit sebanyak jalan yang dilakukan oleh Demokrasi yang dianggap mesti dalam melaksanakan keadilan, syura, menghormati hak manusia dan berhadapan dengan kezaliman raja-raja yang meninggikan diri di atas muka bumi ini.



Antara kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak ialah : Apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya maka ia adalah suatu perkara yang menjadi wajib. Maqasid Syariah jika hanya dapat dicapai melalui satu wasilah sahaja, maka wasilah tersebut mengambil hukum Maqasid tersebut.


 Dalam syarak, tidak ada suatu dalil pun yang melarang mengambil teori ilmiah dan penyelesaian amali yang berasal daripada orang bukan Islam. Nabi saw sendiri dalam peperangan Khandak telah mengambil saranan untuk menggali parit sedangkan ia merupakan salah satu cara peperangan orang Parsi.


Baginda juga mengambil manfaat daripada tawanan perang Badar yang pandai membaca dan menulis untuk mengajar kanak-kanak muslimin menulis, sekalipun mereka ini musyrik. Ini disebabkan hikmah adalah sesuatu (barang berharga) yang hilang daripada umat Islam, di mana sahaja dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling layak dan berhak dengannya.


Antara perkara yang menjadi hak kita ialah mengambil teori-teori, cara dan sistem orang lain yang memberikan faedah kepada kita selagi ia tidak bertentangan dengan nas-nas yang nyata dan kaedah syarak yang telah ditetapkan. Kita juga mestilah menilai apa yang kita ambil itu, membuat penambahan kepadanya dan membentuknya mengikut roh kita sehinggalah ia menjadi sebahagian daripada kita dan hilanglah bentuknya yang asal.
Dan dari sinilah kita mengambil daripada Demokrasi, cara, sistem dan jaminannya yang sesuai dengan kita. Kita berhak merubah dan menukarnya. Kita tidak mengambil falsafahnya yang memberikan kuasa menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal ataupun menggugurkan perkara yang telah diwajibkan.

......................................................................................
Sumber rujukan : Kitab Feqh Daulah Menurut Perspektif Islam
dipetik dari : ukht Zhuliana

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -