Posted by : Yu. Syamz May 25, 2012

Bismillah Wassholatu Wassalam 3ala Rasulillah S.A.W...







Entry ini dikhususkan buat Isteri tersayang,ummu aisya yang bakal 'berperang' dengan peperiksaan bermula sabtu ini(26 Mei 2012). 


Juga mengharapkan doa kalian untuk mendoakan kejayaan buat kami dalam segala urusan yang kami laksanakan..tidak lupa juga doakan buat semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di bumi barokah ini..semoga semuanya mendapat kejayaan yang terbaik dalam peperiksaan fasa kedua 2012 ini.




Buat isteri tercinta,sempena dengan imtihan yang bakal menjelma nanti,terimalah coretan ikhlas dari suamimu yang tidak pandai meninta ayat2 jiwang ni...terimalah seadanya..huhu..kalau xfaham@xsedap..senyap sudahla ye..hik3..


Habibti… 
syg berkehendakkan kejayaan
'Kapalnya' pun sudah syg naiki
Yakinlah dan bulatkanlah tekad
Teruskanlah berdoa meminta panduan ilahi..
 
Habibti… 
kami sentiasa mendorongmu..
Hiraukan celaan orang yang mencela
Hanya Allah mengetahui hakikat…
Agar dirimu tidak terkesan dengan buruan dunia..
 
Habibti… 
Usah kamu bimbang janji Allah
Sunnatullah bagi mereka yang berusaha, Berjaya
Sunnatullah juga dimana ada ujian-Nya,ada Hikmahnya
Tetaplah keyakinanmu dengan perancangan-Nya
 
Habibti… 
Kejayaan dunia hanya tiket kesenangan dunia
Kejayaan di akhiratlah kejayaan sebenar kita
Usah tertipu dengan pengiktirafan manusia
Ingatlah segalanya ikhlaskan niat buat yang Esa..
Semoga Berjaya…
 
                                                                                            with love- waalidaisya







Nanti kalau xdapat jawab dalam imtihan,jangan buat macam ini pulak..huhu..cubalah seadanya..








Akhirnya...setelah berusaha dengan baik..ingatlah bahawa tiada kuasa dan daya bagi kita melainkan hanya kepada-Nya kita mengadu..




Semoga kejayaan menjadi milikmu...ikhlaskan niat belajar kerana Allah..insyaAllah ketentuan-Nya yang mendapat diterima dengan hati yang redha dan bersyukur...Bittaufiq Wannajah!






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ 


 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 

 Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya 

 Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim, 

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya 

 Ya Allah Ya Ghaffar , 

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. 

Ya Allah , 

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan, Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami, Semoga Engkau kabulkan permohonan kami, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar, 

 اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -