- Back to Home »
- Mahasiswa , Peringatan , PMRAM »
- Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Perubahan Negara
Posted by : Yu. Syamz
Jan 7, 2012
Tugas sebagai sebagai seorang mahasiswa memang berat tetapi tugas sebagai seorang dewasa lagi berat. Jika dikatakan bahawa mahasiswa di alam kampus yang belum lagi mendirikan rumahtangga ini sibuk dengan pelbagai tugasan maka waktu selepas mendirikan rumahtangga itu pastinya akan lebih sibuk dan diuji dengan pelbagai ujian.
Inilah lumrah sebuah kehidupan. Masing-masing ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sekiranya dunia ini hanya semata-mata kesenangan nescaya Allah SWT tidak perlu menjadikan di akhirat kelak adanya syurga dan neraka.
Oleh yang demikian, untuk mendapatkan syurga ini iaitu kesenangan yang hakiki maka ianya memerlukan kepada pengorbanan dan usaha yang gigih serta berterusan (istiqamah).
Dewasa ini telah timbul pelbagai cerita dan kisah yang berkaitan dengan mahasiswa. Di Malaysia kita telah melihat bagaimana kebangkitan mahasiswa dalam menuntut hak dan mengembalikan semula kebebasan yang selama ini dikongkong oleh pihak-pihak tertentu.
Kuasa mahasiswa cukup hebat. Kehebatannya mampu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang angguh dan zalim. Ini jelas terbukti, era pemerintahan Suharto, Presiden Indonesia suatu ketika dahulu mampu untuk digulingkan oleh kesatuan yang ditunjukkan oleh mahasiswa.
Inilah hebatnya kuasa kerja yang ada pada mahasiswa dan anak muda.
Namun, kehandalan dan kehebatan yang ada pada mahasiswa itu perlu digunakan pada tempatnya. Mahasiswa agen perubah masa depan negara.
Justeru, usaha ke arah mempertingkatkan jati diri sebagai seorang mahasiswa yang matang dan waras dalam setiap tindakannya perlu dilaksanakan bermula daripada sekarang.
Mahasiswa sekarang perlu menonjolkan kehebatan diri mereka kepada khayalak umum bukan untuk bermegah , riak dan takabbur tetapi untuk Islam supaya kehebatan Islam itu dapat dilihat pada jiwa mahasiswa.
Oleh yang demikian mahasiswa Islam perlu sentiasa optimis dan meletakkan diri mereka sebaris dengan mereka yang berjaya.
Kita inginkan mahasiswa yang mantap dari sudut thaqafah, hebat dari kemahiran, menarik dari sudut perancangan, cantik dari sudut gerak kerja dan tindakan serta dan mahasiswa yang meletakkan kepentingan ummat dan masyarakat sejagat melebihi daripada kepentingan diri sendiri.
Selain itu, kita juga mengimpikan mahasiswa yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain mengikut apa jua posisi, supaya keberadaan dan kewujudan kita dalam masyarakat dapat membantu kerja-kerja Islam.
Bukan dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya mereka memiliki kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi sekiranya perkara tersebut tidak digunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.
Bukanlah juga dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya hanya mampu berceramah dan memberi tazkirah di merata-rata tempat semata-mata tanpa dibuktikan dengan kecemerlangan prestasi akademik.
Justeru, sebagai mahasiswa yang mendokong segala prinsip dan ajaran Islam, maka semestinya kitalah orang yang sepatutnya memegang ‘title’ cemerlang itu.
Oleh itu, saya berpesan kepada seluruh mahasiswa Islam yang berada di Bumi Mesir ini khususnya supaya melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan semesta pertama yang berlangsung sepanjang Januari ini seterusnya menjayakan suptopik ucapan dasar Presiden PMRAM “ Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama “.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
ABDUL AZIZ BIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN,
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2012
(277)
-
▼
January
(28)
- Selamat Hari Lahir Sayang
- FORUM MAHASISWA 2012[" MAHASISWA : TIPIKAL vs SUPE...
- [Video] Filem Yang Membongkar Fakta Pemerintahan D...
- Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)
- SBRB-Sila hindari
- Jadi 'HERO' dan 'HEROIN' yang BerAKAL
- Petikan Pengajian Fadhilatu Sheikh Muhammad Awammah
- Saiful Bukhari dan KBSB - Pendedahan eksklusif unt...
- AWAS : 'Rohypnol' TAKTIK BARU PEROGOL
- HOT [video] : Pendedahan siapa Abu Aqif Studio?
- Biarlah Berpada-pada
- PARTI ISLAM MENANG UNDI PILIHAN RAYA PARLIMEN MESIR
- Lagi Penindasan Terhadap Mahasiswa-Angkara video p...
- Hukum Penggunaan Wang Zakat. Lampiran Khas 2
- Hukum Guna Wang Zakat : Lampiran Khas 1
- Asnaf ZAKAT : Menteri Termasuk, Pelajar Terkeluar...
- 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
- DSAI bebas - Pemfitnah,Pemaki Hamun?Apa Nasib Mereka?
- [Sirah Untuk Direnungkan] - Pemecatan Dato' Hassan...
- Selamat Hari Lahir ke-2 buah hatiku..
- Video | Fitnah - Pandangan UAI
- Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Peru...
- Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermai...
- biodata | sejarah hidup ustaz azhar idrus
- Dahsyatnya FITNAH [bhg 2]
- Dahsyatnya FITNAH [bhg 1]
- TIPS BAGI MENGHILANGKAN RASA CINTA DAN RINDU
- 100 Tahun Memertabatkan Islam di Negeri Terengganu
-
▼
January
(28)