Posted by : Yu. Syamz Jun 23, 2011

1.   Mengemas rumah.


Pada hujung minggu, anda ajak pasangan anda untuk mengemas rumah bersama – sama. Lakukannya secara bekerjasama dengan pasangan anda. Anda berdua akan lebih rapat kerana anda berdua meluangkan masa bersama -sama ketika mengemas rumah. Ketika inilah anda boleh bekerjasama dengan dia.


2.   Merancang masa depan bersama–sama.


Anda duduk bersama–sama dengan pasangan anda dan rancang masa depan untuk anda berdua. Tanya impian pasangan anda dan jadikan impian dia sebagai impian anda juga. Anda akan jadi lebih rapat kerana anda berdua mempunyai matlamat yang sama.

3.   Mandi bersama–sama.


Jika ada masa, anda boleh mandi bersama–sama dengan pasangan anda. Ketika mandi, anda bersihkan badan pasangan anda dan dia membersihkan badan anda. Lakukannya dengan romantik dan seronok.

4.   Dating seks.


Tentukan hari–hari tertentu untuk melakukan hubungan seks. Dengan ini, anda berdua akan lebih bersedia. Jika anda atau pasangan anda mahukan seks pada masa yang lain, teruskan sahaja. Cuma jadual ini perlu ada supaya anda berdua kerap melakukan hubungan seks. Seks boleh merapatkan hubungan suami isteri.

5.   Bercuti bersama–sama.


Ada peluang sahaja, anda berdua pergi bercuti. Jika ada anak, bawalah sekali tetapi anda tetap fokus pada pasangan anda.

6.   Mengorat sesama sendiri.

Walaupun sudah berkahwin, jangan berhenti menggatal antara satu sama lain. Ada peluang, anda mengorat pasangan anda seperti biasa.

7.   Masak bersama–sama.

Masak bersama–sama dan ketika makan, anda suap pasangan anda. Ia sungguh romantik dan akan merapatkan hubungan antara anda berdua.

8.   Jelajah perkara baru bersama–sama.


Anda ajak pasangan anda untuk mencuba sesuatu yang belum pernah anda cuba seperti memanjat gunung, belajar menari dan sebagainya. Anda berdua pasti akan lebih rapat.

9.   Berdua–duaan pada setiap hari.

Sebelum tidur misalnya, anda luahkan segalanya pada pasangan anda. Anda juga dengar apa yang pasangan anda cakapkan. Jangan simpan rahsia. Sambil berpelukan anda berdua luahkan perasaan masing–masing.



10.  Menonton wayang atau filem di rumah.


Rehatkan minda anda dengan menonton filem sama ada di rumah atau di wayang. Berehat bersama dengan pasangan anda. Jika di rumah, anda boleh menonton movie sambil berpelukan.

11.   Ciuman sayang.


Ada sahaja masa terluang, anda boleh mencium sayang pasangan anda. Cabar dia untuk mencium anda juga.

12.   Berkebun bersama –sama.


Di waktu petang, anda boleh berkebun dengan pasangan anda. Aktiviti ini akan mengajar anda berdua erti kesabaran. Ini kerana, bukan senang hendak membesarkan sesuatu pokok.

13.   Bersembahyang bersama–sama.

Setiap kali masuk waktu, sembahyang bersama–sama. Kemudian, saling bersalaman dan bermaaf-maafan.

14.   Menjadi sukarelawan bersama–sama.


Ada masa anda boleh menjadi sukarelawan bersama–sama. Misalnya melakukan kerja kebajikan di rumah anak yatim dan sebagainya.


15.   Berjalan berpegangan tangan.

Ketika di tempat umum, anda berdua jalan berpegangan tangan. Jangan lepaskan tangan walaupun sekejap.

Leave a Reply

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -