- Back to Home »
- Isu Semasa , Syarak dalam Kehidupan »
- Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.
Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.
"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor.
Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysiamenggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.
Artikel 'Masjid Selangor diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.
Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.
“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.
“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.
“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” menurut khutbah rasmi itu.
Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.
Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu.
"Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik."
Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
June
(31)
- Gambar : Puding Buih Timun Cine@Tembikai
- Hiburan Islam : Lirik Qasidah Alfa Shollallah
- Hiburan Islam : Qasidah Alfa Shollalah
- Pengajaran Dari Perang Ahzab
- Mahasiswi Islam Yang 'Seksi'
- Unggun Bersih
- Mujahid Tegar : Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dala...
- La Adri (Aku Tidak Tahu)
- Kena Taat Pemimpin,So...Tak Boleh Lawan Kerajaan BN
- Dalang Fitnah Seks (Rakaman Penuh)
- Tazkirah Via Gambar
- 15 Aktiviti Merapatkan Hubungan Suami Isteri
- Soalan Bersih,Sila Jawab
- BERSIH 2.0 : Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat
- Selamat Hari Bapa...Ayah,Aboh
- Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai
- Usrah: kasih Sayang Kerana Allah
- Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Ut...
- ‘Tok guru’ gagal periksa
- BERSIH : Pesanan Buat PDRM
- PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol ...
- Perjuangan Pas Dan Perjuangan Umno
- Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
- Sepakat Yang Tidak Membawa Berkat
- KISAH TATAR DARI AWAL HINGGA HARI INI...
- Tahniah!!!
- Isu Yang Wajib Di Baca Dan Difahami
- Terengganu Bakal Dipasak Menara Berkembar
- Bahaya gambar perempuan disiar di facebook
- Mahasiswa Terengganu Mesir Difitnah Dan Ditohmah
- Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS
-
▼
June
(31)