- Back to Home »
- Sirah Dan Sejarah Islam , Tazkirah »
- Pengajaran Dari Perang Ahzab
Posted by : Yu. Syamz
Jun 29, 2011
Perang Ahzab: Hubungan Ketua Dan Ahli
Perkongsian ini adalah mengenai kepentingan taat kepada pemimpin atau ketua dalam soal dasar dan prinsip. Namun harus ditekankan di sini bahawa taat yang dimaksudkan ialah dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan dosa dan tidak bertentangan dengan agama.
Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".
(An-Nisa', 4: 59)
Para sahabat begitu taat dengan Rasulullah S.A.W sehingga mana dalam suatu peristiwa di mana Rasulullah S.A.W telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan pergi berperang tanpa dinyatakan dengan teliti peperangan tersebut.
Namun para sahabat tanpa membantah menuruti arahan Rasulullah S.A.W sehinggalah di pertengahan jalan barulah mereka mengetahui dengan siapa mereka berperang.
Dalam persatuan atau jemaah, kepimpinan sangat penting sehinggakan Saidina Umar Al-Khatab R.A pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan."
Penting untuk setiap ahli dalam sesebuah persatuan mentaati setiap keputusan yang telah diputuskan secara bersama semasa mesyuarat. Maksudnya seharusnya tiada lagi mesyuarat selepas mesyuarat atau dengan kata lain perbincangan yang cuba menyangkal dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat.
Ini terbukti dalam sirah nabawi semasa dalam perang Ahzab yang merupakan perang paling memeritkan dalam sejarah Islam. Masyarakat muslimin ketika itu telah mengadakan mesyuarat bersama Rasulullah S.A.W bagi membicangkan strategi memerangi orang-orang kafir.
Dalam mesyuarat itu Rasulullah telah mencadangkan satu cadangan tetapi cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh Salman al-Farisi dan mencadangkan orang-orang Islam menggali parit bagi mengurangkan serangan daripada orang-orang kafir yang sangat ramai jika dibandingkan dengan orang-orang Islam ketika itu.
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah S.A.W lalu tentera Islam termasuk Baginda S.A.W sendiri bekerjasama menggali parit tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.
Baginda telah bersama-sama menggali, mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu. Semasa kerja memecahkan batu dijalankan, seorang sahabat menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda bahawa mereka tidak berupaya lagi memecahkan sebiji batu yang besar setelah banyak kali mencuba. Rasulullah S.A.W pergi kepada batu tersebut dan berkata "Wahai batu, kamu jangan menjadi penghalang kepada kemenangan Islam!".
Nabi Muhammad S.A.W diberi mukjizat oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad S.A.W memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja.
Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad S.A.W dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar.
Seorang sahabat telah terlihat batu yang diikat pada perut Rasulullah S.A.W dan terus meluru pulang dan menyuruh isterinya memasakkan seekor kambing untuk diberi makan kepada Rasulullah S.A.W (betapa hebatnya kasihnya terhadap Rasulullah yang merupakan pemimpinnya).
Namun Rasulullah S.A.W telah menjemput semua kaum muslimin yang sedang menggali parit ketika itu untuk turut sama makan sehinggan sahabat tersebut berasa takut kerana dikhuatiri makanan tidak mencukupi.
Tetapi Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan sedikit pun.
Betapa hebatnya pengajaran daripada kisah di sebalik perang Ahzab dalam konteks ketaatan kepada kepimpinan.
Artikel iLuvislam.com
.:: Arkib Permata ::.
-
▼
2011
(129)
-
▼
June
(31)
- Gambar : Puding Buih Timun Cine@Tembikai
- Hiburan Islam : Lirik Qasidah Alfa Shollallah
- Hiburan Islam : Qasidah Alfa Shollalah
- Pengajaran Dari Perang Ahzab
- Mahasiswi Islam Yang 'Seksi'
- Unggun Bersih
- Mujahid Tegar : Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dala...
- La Adri (Aku Tidak Tahu)
- Kena Taat Pemimpin,So...Tak Boleh Lawan Kerajaan BN
- Dalang Fitnah Seks (Rakaman Penuh)
- Tazkirah Via Gambar
- 15 Aktiviti Merapatkan Hubungan Suami Isteri
- Soalan Bersih,Sila Jawab
- BERSIH 2.0 : Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat
- Selamat Hari Bapa...Ayah,Aboh
- Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai
- Usrah: kasih Sayang Kerana Allah
- Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Ut...
- ‘Tok guru’ gagal periksa
- BERSIH : Pesanan Buat PDRM
- PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol ...
- Perjuangan Pas Dan Perjuangan Umno
- Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
- Sepakat Yang Tidak Membawa Berkat
- KISAH TATAR DARI AWAL HINGGA HARI INI...
- Tahniah!!!
- Isu Yang Wajib Di Baca Dan Difahami
- Terengganu Bakal Dipasak Menara Berkembar
- Bahaya gambar perempuan disiar di facebook
- Mahasiswa Terengganu Mesir Difitnah Dan Ditohmah
- Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS
-
▼
June
(31)