Posted by : Yu. Syamz Jun 14, 2011

Kejatuhan Islam masa tu bermula dengan kejatuhan kerajaan Al Khawarizmi.. Tatar memulakan pencerobohan apabila melihat sikap AlKhawarizmi yang mengasingkan diri drpd kerajaan Islam yg lain..

masa tuh Kerajaan Islam dah ade banyak `click`. Bila Allah inginkan satu2 umat itu musnah, Allah akan campakkan dlm hati mereka perpecahan. Walaupun Abbasiah sebagai Khilafah tetapi ada beberapa kerajaan kecil yg memerintah antaranya AlGhuri, Saljuk, dll

ISLAM DIBAWAH KEGELAPAN BANGSA TATAR SELAMA 43 TAHUN
604 H : TATAR MULA BERTAPAK
616 H - 658 H : TATAR MEMBINA EMPAYAR ( MENAKLUK BUKHARA - GHAZA )
658 : TATAR DIKALAHKAN DI AIN JALUT
" Tatar merupakan kuasa besar yang muncul secara tiba-tiba tanpa mempunyai sebarang tamadun" - Dr Raghib As Sarjani

Apabila umat Islam hilang jati diri, jumlah yang ramai tidak mendatangkan apa-apa. Dengan mudah `dibaham` oleh Tatar... Khalifah pada zaman tersebut hanya pada nama sahaja... tak sabar menanti plot `kelahiran` Saifuddin Qutuz..

Dalam tempoh 2 tahun, Tatar telah menjajah lebih 10 buah bandar umat Islam ( kebanyakannya di bawah kuasa Sultan Khawarizmie ).. setiap bandar yang dijajah jumlah umat Islam yang dibunuh melebihi 50,000 orang.. 10 bandar ? Lahaula wala quwwata illa billah...

Tentera Islam sebenarnya telah mengalahkan Tatar pada tahun 617H pada peperangan di (Afghan sekarang) hasil paduan tenaga antara Sultan Jalaluddin dan Sultan Saifuddin Baghraq dengan kekuatan 90,000 tentera... akan tetapi selepas kemenangan sementara datangnya kekalahan akibat sikap umat Islam yg tamak harta...

Fasa Tatar memasuki bumi Islam Baghdad...Tatar berdiplomasi bersama kuasa Salib, bahkan.... beberapa pemimpin Islam turut serta untuk menjatuhkan kerajaan Islam! wa asafa... =(

Selepas mana Palestin `dijual` kepada Salib, ia pula ditawarkan kepada Tatar sebagai hadiah permuafakatan... kisah Tatar semakin sampai ke kemuncaknya.

Tatar membuat persediaan yang cukup rapi untuk menjatuhkan Kerajaan Abbasiah. Perancangannya telah bermula pada tahun 649 h - 654h iaitu selama 5 tahun! Keperluan material dan keperluan politik disusun dengan cukup cantik. Bukankah Tatar adalah bangsa yang bodoh ? Umat Islam masih belum sedar walhal Baghdad adalah kota ilmu yang terulung di abad itu..

Oleh kerana Baghdad adalah ibu negara kerajaan Islam Abbasiah, persiapan yang dilakukan oleh Holago dalam serangan ini agak teliti dan kemas. Tentera Tatar telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dan datang dari tiga arah yang berlainan.
a. Pa...sukan pertama dipimpin oleh Holago sendiri. Ia dibantu oleh tentera elit Tatar dibawah pimpinan Bato. Misi pasukan pertama ini adalah mengepung bahagian timur kota Baghdad.
b. Pasukan kedua dipimpin oleh Katabgha, pahlawan Holago yang terbaik. Tugas pasukan ini adalah mengepung bahagian tenggara kota Baghdad. Katabgha jugalah yang memimpin tentera Tatar menentang Qutuz di dalam peperangan Ain Jalut.
c. Pasukan ketiga pula dipimpin oleh Bigo. Pasukan ketiga ini adalah tentera yang menjaga sempadan Anadol (sekarang di Turki). Tugas pasukan ini adalah untuk mendatangi Baghdad dari arah utara dan seterusnya mengepung bahagian barat kota Baghdad.

Ketelitian perancangan Holago boleh dilihat dari beberapa sudut:

a. Pasukan pertama dan kedua datang dari jarak 45o kilometer sebelum kota Baghdad. Walau pun begitu Holago berjaya mengaburi mata kerajaan Abbasiah sehinggakan tentera kerajaan... Abbasiah hanya mengetahui kedatangan tentera itu ketika mereka hanya beberapa kilometer dari kota Baghdad.

b. Pasukan ketiga pula datang dari jarak 1,000 kilometer sebelum kota Baghdad. Tetapi pasukan ini berjaya sampai tepat pada masa yang dijanjikan untuk bergabung dengan kedua-dua pasukan yang lain.

c. Pasukan ketiga terpaksa merentasi 1,000 km perjalanan di bumi Turki dan Iraq (kedua-duanya adalah bumi Islam). Perjalanan ini akan merentasi perkampungan Islam dan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan pertempuran awal. Amat menakjubkan apabila mereka berjaya berjalan tanpa disedari oleh orang Islam kecuali setelah mereka berada pada jarak 50 km dari kota Baghdad di sebelah Barat Daya. Kejayaan ini setelah mereka berjaya merasuah Gabenor Anadol, Qalaj Arsalan dan Gabenor Mosul, Badruddin Lu’lu’ sehingga kedua-duanya bertindak mengkhianati umat Islam.

mereka menyembunyikan segalanya dari umat ISlam sehingga pergerakan mereka dan serangan mereka mengejutkan tentera Islam pada ketika itu..teringt dgn pearl habour..mgkn tentera jepun ketika itu mengambil idea tentera Tatar untuk mnyerang Pearl Habour..maka, bermulalah WW II..

Tatar menyebarkan propaganda yg hebat tentang kehebatan dan kejahatan mereka dalam bentuk syair dan sajak. Ia memang berjaya menakutkan umat Islam

Kunci kejatuhan Abbasiah : tidak mendidik rakyatnya dengan roh jihad, tidak mengajar umat Islam seni berperang...

Sebagaimana yang berlaku ke atas kerajaan Islam lain, begitu jugalah yang berlaku ke atas Kerajaan Abbasiah yg berpusat di Kota Baghdad. Selama 30 tahun yg lalu apabila umat Islam diserang, Baghdad menyepi seakan tiada apa-apa yg berlaku, kini tiba giliran Kota bersejarah ini menjadi `sejarah`.. penduduknya dianggarkan 3 juta orang

Saifuddin Qutuz atau nama sebenarnya Mahmud bin Mamdud anak saudara kpd Sultan Jalaluddin dari keturunan Khawarizmie..

Ketika mana Kerajaan Khawarizmi diserang keluarga Sultan ada yang dibunuh dan ada yang dijual di pasar2 termasuklah Mahmud bin Mamdud (Qutuz)

Anda tahu apakah maksud Qutuz? dari manakah ia diperolehi? Qutuz bermaksud " Fierce Dog". Gelaran tersebut diberikan oleh orang Tatar yang melihat potensi kekuatan sejak kecil lagi yang ada padanya. Qutuz dijual di pasar hamba berkali-kali hingga sampai ke tangan Mamalik...

Penasihat Sultan peranannya amat besar kepada Kjaan Abbasiah, oleh kerana khianat dan hubbu riasah, Kota Ilmu Baghdad menjadi taruhan. Muaiyyiduddin Al`Alqami Asyi`ie penasihat Sultan yang berkrompromi dengan Tatar. Sultan Musta`sim Billah masih mempunyai dua penasihat yang lain akan tetapi suara mereka tidak didengari. Mujahiduddin Aibak & Sulaiman Shah penasihat yang meminta supaya Islam berjihad menentang Tatar.

Sambungan Kisah Tatar : Kota Baghdad diceroboh dengan mudah, tidak ada penentangan melainkan pertumpahan darah umat Islam. Penduduknya yang melebihi 3 juta orang di`bersih`kan hanya selama 40 hari sahaja! No Mercy! Jalanan Kota Baghdad mengalirnya merah darah umat Islam. Walupun ada yg tidak dibunuh tapi mereka mati kerana wabak penyakit yg datang dari mayat yg bergelimpangan!

Bagaimana Khalifah Musta`sim dibunuh? Beberapa pengikut Khalifah yg setia menyebutkan kpd Hulagu : Tidak boleh dibunuh Khalifah hingga menumpahkan darahnya ke muka bumi, kerana nescaya ianya akan dituntut oleh umat Islam sampai bila-bila. Justeru tubuh Khalifah diletakkan di atas tanah dan dipijak-pijak oleh tentera Tatar sehingga mati!

Kota Baghdad jatuh secara rasmi pada tanggal 14 Safar 656H. Jatuhnya Baghdad bererti runtuhnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah ditangan Tatar pada Khalifah terakhir Khalifah Al Musta`sim Billah...

sambungan Kisah Tatar : Umumnya Tatar menyerang Kerajaan Abbasiah secara berperingkat :- i. Menceroboh Kerajaan Khawarizmi ( 617 -627H) yg bermula di Samarkhand hingga Barat Rusia.
ii. Menceroboh utara Iraq hingga selatan Turki, kerajaan Salib di Eropah, Armania, Georgia Chechen dll( 628 -649H)
iii. Menceroboh Kota Baghdad & Kerajaan Abbasiah (656H)

Perpustakaan Kota Baghdad merupakan khazanah umat Islam terbesar di dunia pd zaman Abbasiah, menghimpunkan segala ilmu dunia pd zaman tersebut. Ia telah bertahan selama beberapa kurun bermula dari diasaskan pd zaman K.Harun Arrashid(170-193H) yg semakin dibesarkn oleh setiap Khalifah selepasnya hingga kejatuhan Baghdad(656H). Hampir 600 tahun!

Maktabah ini mempunyai ruangan bilik-bilik yg besar. Setiap bilik dikhususkan untuk subjek tertentu.Terdapat ratusan pegawai yg ditugaskan untuk menjaga setiap bahagian. Ada yg menjaga bahagian cetakan, bahagian pustakawan, terjemahan & kajian. Terdapat juga ruangan khas untuk ulangkaji, mengajar, kursus, perbincangan & ruangan rehat bahkan ruangan khas untuk penuntut yg bermusafir.

Apa yg Tatar lakukan dgn khazanah ini? Mudah sahaja, bangsa tanpa tamadun ini mencampakkan bilion buku2 tersebut ke dalam sungai Dajlah (Tigris). Kesemuanya! Tidak ada cita-cita utk mereka membawa pulang ke Karakorum (Ibu negara Mongol ketika itu) utk dikaji dll. Mereka tidak mahu membaca @ membina,bahkan hanya menakluk Dunia untuk menghancurkannya sahaja! Sg Tigris menjadi hitam kesan dakwat khazanah Islam.


Hasil Tulisan dan Pengumpulan Data Oleh : Mohd Adlan Mokhtaruddin

{ 3 Tembakan... read them below or Comment }

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

.:: Arkib Permata ::.

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -