
Alhamdulillah, kita dah hari ke-8 berpuasa,sudah tentu selama 7 hari sebelumnya kita dah isikan dengan macam-macam ibadat dan pengabdian diri kepada Allah,tahniah dan Alhamdulillah..moga-moga Allah menetapkan kita dalam istiqomah melakukan ibadah kepadaNya..aamin.
Bila sebut tentang ikhlas, ianya bersifat subjektif dan hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, di sana ada tanda-tanda untuk kita mengenali sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang ikhlas.
Sebenarnya waalid nak memperingatkan diri waalid agar sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang kerja,lagi-lagi amanah mendidik anak bangsa. Kerana untuk pengetahuan,seminggu dua ni, khabarnya ada pihak dari JPN/PPD akan turun untuk memantau sekolah-sekolah. Entah sekolah waalid terlibat atau tidak dalam pemantauan itu.
 |
ihsan google |
Sebagai persediaan, guru-guru di sekolah waalid ni dah 'tak senang duduk' dengan perkhabaran itu, setiap fail-fail sekolah dikemaskini dan dilengkapkan sebaik mungkin, Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dipastikan lengkap setiap hari persekolahan, dan sebagainya persediaan dalam memastikan tidak kena 'basuh' bila pemantau datang.
Waalid melihat perkara ini sangat tidak kena bilamana kita hanya membuat sesuatu perkara dengan
perfect bila adanya pemantau dari pihak yang lebih tinggi kuasanya. Walaupun sebelum datang pemantau, setiap kerja telah dilakukan,tapi mungkin banyak cacat celanya. Hah,bila dah nak datang pemantau,masing-masing mula sibuk untuk menjaga imej masing-masing.
Sebaiknya,sikap amanah dan ikhlas dalam tugasan sangat perlu kita titik beratkan agar setiap perkara yang kita lakukan dipastikan sempurna dan terbaik sekalipun tanpa pengawasan dan pemantauan.
Susahnya menghadirkan Ikhlas bila hati kotor(mcm waalid)... bila 'nampak', baru nak bertungkus lumus. Sama juga macam keimanan kita kepada Allah...bila tak nampak azab Allah,senang-senang kita buat maksiat..tapi cuba Allah beri sedikit ujian@menampakkan azabNYA..sudah tentu kita akan sempurnakan dan perbaikan setiap amalan kita,kan?
Ikhlaskan niat,Amanah dan jujur asas kemajuan Ummat Islam..
~selamat menjalani ibadah Puasa~
dtg bw sini..Salam ramadhan.
ReplyDeletemohon jasa baik utk review post ni kejap.
Semoga Allah balas jasa baik anda :')
http://edaeri.blogspot.com/2013/07/review-sambil-berdoa-please.html