Posted by : Yu. Syamz Jul 11, 2013

Alhamdulillah, sudah memasuki hari kedua puasa,macam mana keadaan puasa kita ya? mudah-mudahan puasa kita semalam diterima oleh Allah Taala, In Syaa' Allah.

Bila masuk bulan Ramadhan, sememangnya perasaan seronok tidak dapat dinafikan lagi,ini kerana bulan ini bulan tarbiyah yang mampu mendidik kita semua agar menjadi seorang hamba yang mentaati perintah Allah Taala.

Bermula dengan bangun sepertiga malam untuk berqiamullail, kemudian disusuli pula dengan keberkatan bersahur, sabar menahan lapar,dahaga serta perkara-perkara maksiat sepanjang hari, diteruskan pula dengan beribadah pada malam hari dengan bertarawih,bertadarrus Al-Quran dan ibadat-ibadat sunat yang lain.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seorang hamba yang payah untuk bangun malam dapat bangkit untuk bersahur dan solat subuh berjemaah di Masjid.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila Al-Quran  yang jarang disentuh dibaca dan ditadabbur ayat-ayatnya.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila seseorang yang payah untuk ke masjid berpusu-pusu memenuhi setiap ruang yang ada dalam masjid bagi menunaikan solat tarawih.

Hebatnya tarbiyah Ramadhan bila dapat mengubah seseorang menjadi..bla..bla..bla...



Banyak kehebatan Ramadhan, namun sebagai peringatan buat kita terutama diri waalid ni, bulan Ramadhan merupakan satu titik mula atau satu penambahbaikan, daripada yang belum melakukan kepada melakukan dan daripada sudah melakukan kepada melakukan dengan lebih baik dalam sesuatu perkara khususnya ibadah.

Janganlah kita jadikan ibadah kita bermusim,makna kata, bila tiba musim ramadhan..berpusu-pusu dan berlumba-lumba mengejar pahala,tapi bila bulan lain,kita buat 'lembu kenyang' je dengan pahala-pahala yang dijanjikan Allah Taala.

Maafkan waalid kiranya terkasar bahasa dan melukai hati yang membaca coretan ini,bukan niat untuk melemahkan semangat,tapi untuk membakar semangat dan memperingati diri ini yang selalu lupa untuk mengingati Allah..

Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas..


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَامَ  رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ" رواه البخاري 38 ومسلم 760

{ 3 Tembakan... read them below or Comment }

  1. sentiasa amalkan & beribadah. jgn tggu hadirnya bulan mulia ini baru nk beribadah

    ReplyDelete
  2. semoga ibadah ini akan diteruskan walau selepas ramadhan.. :)

    ReplyDelete
  3. Ada banyak betulnya apa yang walid perkatakan tu.. Ramai yang berpusu-pusu ke masjid hanya pada bulan Ramadhan je, tapi bulan2 lain boleh kira berapa kerat yang ke masjid.. Apa pun, semoga amalan kita semua diterima olehNYA dan semoga amal ibadat di bulan Ramadhan ni diamalkan juga di bulan2 lain.. =)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -