Posted by : Yu. Syamz Jul 23, 2013

Alhamdulillah, 23/4/2013..dah nak masuk malam yang ke 15 tarawih. Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sesempurna mungkin.

Bagi entry kali ini waalid ingin menyambung 5 lagi wasiat Imamuna Asy-Syafi'e Rahimahullah sebagai kesinambungan wasiat tempoh hari(baca SINI). Moga-moga wasiat ini dapat memberi pedoman buat kita semua terutamanya yang menulis ni.

Gambar makam Imam Syafi'e di Kaherah Mesir.

6- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

batu yang dikatakan berbekasnya tapak kaki Nabi Muhammad
Shallallahu 3alaihi Wasallam yang boleh didapati bersebelahan
maqam Imam Syafi'e Rahimahullah...batu pun melembutkan dirinya
manusia Agung!

9- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

bersambung...

{ 4 Tembakan... read them below or Comment }

  1. perkongsian yg baik...Alhamdulillah~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hair ni.. Terima kasih walid atas perkongsian.. =)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah =) perkongsian yg berguna dn bermanfaat..wasiat yg ptt kita sama2 ikot

    ReplyDelete

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -