Posted by : Yu. Syamz Jul 1, 2013

Alhamdulillah, lagi seminggu kita nak bertemu dengan bulan yang sangat mulia,bulan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda,bulan yang mana semua syaitan dan iblis dibelenggu oleh Allah Taala..bulan yang tiada HANTU..hehe..

Seram tak dengan tajuk entry waalid kali ni?haa,kalau kawan2 nak tahu, kali ni waalid nak berkongsi satu cerita seram yang berlaku pada waalid pada malam semalam sewaktu waalid dan anak isteri pulang ke Felcra Sri Makmur dari Terengganu.

Susur keluar dari lebuh raya pantai timur melalui exit Sri Jaya, perjalanan untuk sampai ke Sri Makmur lebih kurang 20KM melalui jalan yang agak sunyi dan gelap yang mana dikelilingi oleh hutan kiri dan kanan.

Nak di jadikan cerita, sewaktu waalid tengah syok2 bawak kereta, waalid sentiasa melihat pada cermin side mirror dan cermin pandang belakang. Tiba-tiba waalid di 'cucuk' dari belakang oleh sebuah kereta yang sangat terang lampunya,namun waalid tidak sempat perasan kereta apa di belakang.

Oleh kerana sudah di cucuk,waalid melajukan sedikit kereta untuk memberi peluang 'dia' memotong di hadapan sikit kerana kebetulan di situ selekoh yang tajam..kan kalau dia memotong bahaya pulak.. selepas sahaja selekoh, waalid ingat nak perlahankan kereta dan bagi laluan pada 'dia'..tapi sekali lihat dalam side mirror..G E L A P....

Erkkk....mana pergi kereta tadi?waalid diam membisu sepanjang perjalanan dan bila nak sampai dekat rumah baru waalid ceritakan kat isteri waalid...tergamam jugak dia...

Yang menjadi persoalan...kemana kereta itu PERGI???

jeng...jeng...jeng....seriau jugak kadang-kadang...huhu

{ 2 Tembakan... read them below or Comment }

  1. wah.. memang menyeramkan tu waalid.. tiba2 hilang. mak aih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...bang boni tryla cuba kena skali..hehe..:P

      Delete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩

- Copyright © ::Permata Perjuangan™ :: - Permata Perjuangan - Powered by Blogger - Designed by Waalid Al-Marbawi -